Saturday, March 24, 2012

terima kasih ya allah, atas dugaan itu. :)

assalamualaikum w.b.t

memandangkan sekarang ni musim baru habis dapat result bagi pelajar-pelajar SPM 2011, so sukacitanya ingin berkongsi pengalaman walaupun takla seberapa sangat pengalaman tu. =.=' bak kata orang, "pengalaman mendewasakan kita." yup, memang betul. "SPM is something but it does not determine your success or failure in life. i believe SPM is not a measure of holistic intelligence." *copy dari tweet kak wardina safiyyah. :) biasala, ada yang dapat result elok, ada yang dapat kurang elok. tapi yang pasti semua yang berlaku tu, mesti ada hikmahnya. alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan keputusan SPM yang saya dapat. terima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan cikgu-cikgu yang banyak tolong dan bagi sokongan, nasihat, dorongan, kata semangat dan macam-macam lagi la. jasamu dikenang. insyaAllah. :)

sebenarnya, bukan nak cerita pasal result SPM, tapi pasal benda yang berkaitan jugak la dengan SPM. yup, trial. for your information, trial SPM adalah result saya yang paling teruk dalam sejarah exam saya sepanjang saya tingkatan 5. memang tyme tu rasa down + frust + putus asa + tension semua yang seangkatan dengannya. frankly speaking, trial saya dapat 7A daripada 12. bukan tak bersyukur, tapi rasa down disebabkan beberapa peristiwa. antaranya sebab result addmath (subjek kegemaran). trial haritu, saya dapat addmath b. agak sedih sebab sepanjang saya hidup, addmath pernah sekali ja dapat b. ingatkan tak mau dapat dah. rupa-rupanya trial tu dapat b lagi. sedih sangat. sampai saya bertukar jadi seorang yang pendiam, tak dak mood sepanjang minggu dapat result tu. kawan-kawan pun perasan. ada yang tanya kenapa jadi camni..? "takdak apa aih." tu ja jawapan yang mampu dibalas. ada kawan yang paham, ada kawan yang tak paham kenapa saya jadi macam tu.

tyme minggu balek tu, saya hantar mesej kepada seorang guru kesayangan saya yang sekarang mengajar di melaka. beliau ajar saya addmath masa saya form 4. guru kesayangan sebab pengajarannya yang dapat difahami dan beliau suka bagi nasihat yang membina. :) nasihat yang selalu beliau bagi, "buka buku baru. " :) hehehe. saya cerita apa yang saya rasa termasuklah rasa tak layak untuk mengajar kawan-kawan. rasa diri ni macam tak layak sebab takot saya bagi ajaran yang silap. keyakinan nak ajar tu dah takde. rasa macam nak lari je bila kawan tanya soalan addmath kat saya, tapi takot diorang cakap apa pulak. kadang-kadang je saya bagi alasan, "tanyala orang lain yang lagi pandai." memang down sangat tyme tu. pastu, tcer addmath kesayangan saya pun balas mesej saya dengan nasihat yang sangat memberi kekuatan dan semangat pada saya.

"janganla camtu. allah yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita. kita ni janganla putus berdoa. semua ada hikmah. bila dugaan camni jadi lebih awal, maka kita akan lebih beringat. tcer memang sangat yakin, syahirah boleh buat tyme SPM nanti.bukan saja addmath, malah semua subjek gak. jadila apa yang kita mampu." (saya taip sebijik dengan apa yang ditaip dalam mesej beliau.) saya dapat kekuatan sikit daripada nasihat beliau. dan selepas tu, bermulalah perjuangan saya untuk improve segala yang kurang. hasilnya, SPM sebenar saya dapat result yang elok walaupun tak dapat straight A, tapi saya bersyukur dengan dugaan yang allah bagi pada saya tyme trial tu. mungkin kalau allah tak bagi dugaan macam tu, saya akan lalai.. :') terima kasih ya allah.

walau apa pun result yang kita dapat, kenala sentiasa bersyukur. bagi yang dapat result elok, janganlah berasa bangga dan bagi yang dapat result yang kurang elok janganlah bersedih dan rasa down. sesungguhnya ALLAH yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. kita hanya boleh usaha, ikhtiar dan tawakkal. kalau dapat result elok tu, alhamdulillah.. kalau kurang elok, itu mungkin allah nak uji keimanan kita. :) *peringatan untuk diri sendiri jugak.

"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." surah al-baqarah ayat 216. 



<3 syahirahnsmr







Friday, March 16, 2012

sori, tak dapat jadi yang terbaik.

assalamualaikum w.b.t

seronok. petang tadi dalam pukul 5.45pm LRKK ada buat usrah lajnah. alhamdulillah 7 org pegi termasuk masulah. yang lain tak pegi, ada sebab-sebab tertentu. :) best la usrah tadi. first, baca al-quran surah at-taubah ayat 38-43 bersama maksudnya sekali. lepas baca al-quran tu, barula mula aktiviti yang masulah nak buat iaitu SENI. (teringat cikgu seni SMKA AL-IRSHAD. huhuu) kami semua buat seni tangan. haa, bukan dok main lawan tangan ka, conteng tangan ka, tapi kami buat DOMO. hehhe. domo versi LRKKians. :) sebenarnya, domo tu keychain untuk letak kat henset. nasib baik la saya ni pernah menjahit. so, hasilnya pun boleh tahan. hehehe. memang enjoy jugak tadi. first time buat benda tu. nak tengok DOMO yang kami buat.?

haa, saya punya yang hujung sekali mulut pink. :P *sejak bila minat pink pun taktau la. haha
usrah habis tyme azan maghrib. pastu, terus balik bilik. elok-elok bukak pintu bilik, nampak roommate saya tidur atas katil dia, tapi mata terbuka sikit. so, saya pun pegi la kat dia. "aku rasa aku demam la.." huh..?! :/ "try pegang tangan aku, panas tak.? " saya pun sambut tangan dia yang dihulur. em, memang rasa macam pegang cerek yang tengah mendidih. demam rupanya roommate aku ni. dalam hati, "macam mana ni.? aku bukan pro sangat bab-bab ni. tula, dulu pbsm bukannya nak dengar elok-elok tyme orang terang. haha." saya tanya dia, "aku ada minyak cap kapak, nak tak.?" dia tak mau. pastu dia suruh panggil kawan baik dia tapi bila saya pegi bilik tu, orangnya tak de. huhuu. dah pukul 7 lebih dah tyme tu. pukul 8 nak kena pegi tutor english pulak. =.=' macam mana ni.? pastu, saya pun hantar mesej kat beberapa orang kawan lagi, 3 orang kot. tanya diorang ade ubat demam tak. pastu, ada salah sorang antara diorang balas ada panadol. hmm, panadol pun panadol la. sekurang-kurangnya boleh jugak kurangkan sakit kepala daripada biar ja. saya pun bersiap-siap nak pegi tutor. sebelum pegi tutor, saya turun bilik kawan saya ambik panadol pastu naik atas bilik balik. bagi panadol dan minyak cap kapak tu kat roommate saya. risau jugak tinggal dia sorang-sorang. tapi apa nak buat, takat tu je saya boleh tolong dia tyme tu. :( lepas habis tutor english + beli roti dan air mineral, saya terus balik bilik.

bukak je pintu, nampak sorang lagi kawan tengah urut belakang roommate saya. ya, allah teruknya aku. roommate aku, orang lain yang jaga. :( rasa bersalah menyelubungi diri. terlalu bersalah. tyme tu, atas dahi roommate saya dah ada cool fever. atas meja dah ada bubur. saya tanya, "dia dah makan belum.?" kawan saya pun cakap, "makan bubur sikit." memang sikit pun, tak luak pun nampak. pastu, tanya lagi, "dah makan ubat ke belom.?" dah. lega sikit rasa bila dengar dia cakap dah. lepas kawan saya tu bagi nasihat kat roommate suruh makan, dia pun balik bilik dia. "tadi pegi klinik tak.?" "tak pun, tak larat." hmm, then ada la sembang sikit-sikit. saya pun tak mau kacau dia. dahla penat, nanti tambah penat jawab soalan saya pulak. =.='

lepas beberapa minit, dia tidur. saya pulak duduk atas katil. still rasa bersalah. roommate (bukan nama sebenar) aku mintak maaf sebab aku tak dapat jaga kau tadi. bukan aku taknak, tapi aku tak berkesempatan. bukan aku tak sudi, tapi aku tak berapa pro bab-bab macam ni. sori tak dapat jadi roommate yang baik. sori sebab aku hanya tolong carikan panadol je untuk kau. sori sebab tak dapat urut kau dan tak dapat sedia makanan untuk kau. kalau kau tak dapat jaga aku nanti tyme aku sakit, takpe. aku tak marah dan tak salahkan kau. aku terima, sebab mungkin tu balasan untuk aku sebab tak jaga kau. sori tak dapat jadi roommate yang baik.


<3 syahirahnsmr

Wednesday, March 14, 2012

tentang DIA~ :)

assalamualaikum w.b.t

semua orang tak sempurna. nobody is perfect. tapi kalau kita nak pilih kawan, kenalah cari yang terbaik. kalau nak cari yang sempurna memang tak jumpa la. kat dunia ni, ada macam-macam jenis orang yang kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat tafsir macam mana. so, kalau nak pilih kawan tu, pilihlah kawan yang baik, yang apabila kita lihat wajahnya, kita ingat ALLAH, bila kita salah, dia tolong tegurkan, apabila kita sedih, dia yang mengubatkan kesedihan tu, bila kita gembira, dia pun tumpang gembira dan bila kita susah, dialah orang yang akan menolong kita jika terdaya. :)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

lebih-lebih lagi untuk orang yang memasuki alam remaja dan memasuki universiti (kata kat diri sendiri  sebenarnya.. :P) kat universiti lebih banyak cabaran + dugaan + ujian (termasuk la test physics,chemistry n pre-calculus. haha) kalau kita pilih kawan yang baik, insyaAllah kita akan berada di landasan yang betul, tapi kalau kita tersalah pilih, paham-paham jela... ada ja orang yang nampak baik, tapi sebenarnya sebaliknya dan ada jugak orang yang nampak biasa-biasa ja, tapi hati suci + murni + tulus, macamla kawan saya yang saya kenal di UTP ni. :) tim & nai. (bukan nama sebenar. ) diorang orang kelate. saya pun tak tau macam mana boleh tersangkut dengan orang kelate. hahha, dah pertemuan tu ALLAH yang tentukan, :) diorang ni satu sekolah menengah dulu. sepanjang hidup saya, tak pernah jumpak pun lagi orang kelantan yang gila-gila macam diorang. (kalau dah duduk dengan diorang, memang boleh masuk tanjung rambutan la lepas tu. =.=') hahah. 

kalau nak tau, diorang ni memang baik. insyaAllah saya tak salah pilih diorang sebagai kawan saya. :) walaupun saya ni orang penang + diorang baru kenal saya di UTP, baik je diorang layan saya. macam dah kenal 5 tahun. oke, sekarang mai nak cerita pasal tim dulu. tim ni satu sg (smart group:ala-ala group usrah la.) dengan saya. kami kenal tyme taaruf dalam sg la. tak sangka boleh kawan baik dengan dia. pastu, saya dan tim ni satu lajnah & unit dalam RM (rakan masjid)  LRKK stands for lajnah rekreasi,kebudayaan dan kesenian, unit pulak unit luar. so, kalau ada meeting apa-apa yang melibatkan lajnah ataupun unit, memang orang first yang saya cari adalah tim. :) dia ni boleh dikatakan comel la jugak. *terpaksa mengaku. huhu. :'( harap-harap dia tak jumpak blog saya. :) dia ni, selalu jugak tolong saya. ada sekali tu, saya pegi bilik dia (dia satu bilik dengan nai. lupa gitau tadi. heheh) buat apa ntah, dah lupa. pastu, saya naik bilik balik. beberapa minit lepas tu, ada orang ketuk pintu. tengok-tengok tim. terkejut la jugak sebab first time dia jejak kat bilik saya yang nun jauh di tingkat 4. haha. dia pun hulur sebuah henset merah + hitam. saya punya la tu. yup, TERtinggal di bilik tim. tyme tu, dalam hati tetiba rasa terharu. sanggup dia dari tingkat 1 naik ke tingkat 4 semata-mata untuk bagi henset kawan dia sorang ni. huuh~ terharu~ :') boleh ja kalau dia nak bagi malam tu ke ataupun tunggu saya gi balik bilik dia. tapi dia hantar sendiri henset tu. memang baik dan AWESOME! :D 

oke, sekarang beralih kepada sorang lagi, nai. :) dia ni pun sama jugak macam tim. tak banyak beza. dia pun satu lajnah dengan saya tapi tak satu unit. sg pun tak sekali. huhu. yang boleh saya cerita kat sini, dia banyak tolong saya dalam printing service. :) yela, saya ada lappy je, printer takde. so, memang payah sikit la kalau orang macam saya ni nak pegi IRC tiap-tiap kali nak print. (malas gile.. :P) dah banyak dah dia tolong print. haritu, dia dan tim yang offer nak tolong print short stories untuk saya. TANPA SAYA SURUH /MINTA. bukannya sehelai dua, berhelai-helai. mungkin dalam 40 helai kot. hmm, memang bukan calang-calang orang. pastu, nak print graf untuk report fizik pun saya mintak tolong dia. assignment pun mintak tolong dia print jugak. huhu, banyak la. boleh dikatakan nak dekat 100 kot. *eh, banyak sangat la pulak. 80 kot. haha. :D saya nak bayar untuk short stories yang dia dah print untuk saya, tapi dia cakap, "tak payah, kalau kau nak bayar, bayar RM250." *gila betoi print lebih kurang 40 helai sampai RM250. hahah. so, mau tak mau, terpaksala saya tak bayar. tapi insyaAllah saya akan bayar jugak. macam tu la serba sedikit pasal kawan saya yang saya anggap agak baik di UTP ni. :) 

semoga persahabatan kita kekal selamanya di hati~ :) i <3 tim & nai. :D *kalau depan diorang jangan harap saya boleh cakap macam ni. :P segan kot~ heheh

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya: 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."  





<3 syahirahnsmr



Monday, March 12, 2012

sekadar apa yang terlintas~

assalamualaikum w.b.t

sebenarnya, tak dak idea pun nak post apa kali ni. =.=' tapi hati tetap nak update jugak naluri seorang hamba ni. :) *semangat pulak, hahah. hmm, tadi sampai di UTP pukul 5.30pm macam tu la. sampai-sampai, terus kemas barang, ambik baju kat ampaian, (malas ambik dari minggu lepas. :P) dah habis semua tu, sempat pulak online sekejap. *sekejap ke,? dari pukul 6.30pm macam tu sampai 8pm. hehhee. dahtu, offline dan buat fizik tutorial. niat punya baik nak buat soalan tutorial tu, tengok-tengok soalan chapter 5 tu, satu je soalan yang boleh saya jawab. *tu pun tak tau betul ke tak. huhu. dah tak tau awab soalan chapter 5 tu, saya pun beralih ke soalan chapter 6 pulak. boleh la jugak jawab sikit-sikit tapi tak semua. sambil-sambil tu, dengar lagu kat henset dalam playlist yang diberi nama OPICK (sebab kebanyakan lagu dalam list tu lagu opick) antara lagu-lagu tu:-
1.BILA WAKTU TELAH BERAKHIR
2.BISIKAN NURANI
3.BUKA MATA BUKA HATI
4.CAHAYA HATI
5.DENGANMU AKU HIDUP
6.RAPUH
7.BERDUA BERSATU
8.DENGAN KUASAMU
9.LAGU RAKAN MASJID
10.YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU
11.DI SAAT AKU MENCINTAIMU

kalau nak tau, semua lagu-lagu tu la yang selalu saya dengar kalau saya nak dengar lagu kat henset. pastu, baru la bukak lagu lain kalau dah bosan. hahah. bolehla search tengok lagu-lagu opick tu. best~ :D serius tak tipu. tapi tu bagi pendapat saya la. lain orang lain hati. rambut sma hitam, hati masing-masing berlainan. *adoi, apa kes keluar peribahasa pulak tetiba ni. =.=' hahah. em, tyme buat soalan fizik tutorial chapter 6 tu, tetiba pulak stuck. so, memang tak dak mood nak buat dah. nasib baik ada kawan mai bilik, mula-mula dia tanya pasal pre-calculus, pastu dia nak online kejap pulak. saya pun terpaksa la bukak balek laptop. :P tyme tu, kebosanan jelas terpancar. huhuu. lepas dia habis guna, barula saya guna. bila dah online, tak ramai pulak yang online, so hanya online sekejap je sampai pukul 1.00am kot. hahah barula saya update blog ni.

sekarang menunjukkan pukul 2.00am di jam laptop saya. so, rasanya mata dah bersiap sedia nak katup(katup tu bahasa utara yang bermaksud=tutup) sebelum tu, nak jugak share sesuatu. teringat tazkirah ustaz muslim bagi tyme kem KEBAS malam hari jumaat haritu. "3 perkara yang ada pada seseorang yang dapat rasa kemanisan iman iaitu: 1. cinta kepada ALLAH dan RASUL lebih daripada segalanya. 2. mencintai manusia kerana ALLAH semata-mata. 3. benci untuk kembali kepada kekufuran." itulah apa yang dikata oleh ustaz. semoga kita semua dapat merasa kemanisan iman yang lebih manis daripada kek di secret recipe. :D

uhibbuki fillah. credit to: sesiapa yang mengenali diri ini. :)



<3 syahirahnsmr

Sunday, March 11, 2012

pengalaman sebagai faci buat kali pertama untuk hari terakhir di KEBAS :)

assalamualaikum w.b.t

hari ni hari last KEBAS. huhu, *sedih~ :'( pagi-pagi tu ade aktiviti RUHUL JADID. lawak betol la senaman tuu. hahaha, try tengok. :D

 serius lawak. tak boleh tahan gelak dengan effect current tu. HAHAHA. :P lepas senaman, makan pagi. alhamdulillah makan bihun singapore. sedap jugak. (makanan free, ade ke yang tak sedap.? haha) pastu, semua faci dan adik-adik form1 masuk surau. ada aktiviti amali wudhuk + solat. faci-faci kena check diorang punya cara berwudhuk dan solat. *tegur sekadar yang tahu je. :) pastu diorang solat dhuha :) time diorang solat tu la faci kena tengok apa yang tak betul. dah habis semua orang solat, faci kena tegur apa-apa yang dirasakan perlu ditegur. first, saya tegur pasal rukuk, sujud, duduk antara dua sujud. yang tu je kot yang ingat. :P partner faci saya pulak tegur pasal takbir. :) *walaupun ilmu tak seberapa, tapi nasib baik kat UTP haritu dah buat amali solat jugak dengan kakak-kakak faci. :) thanQ akak. :D

lepas amali tu, ada slot ukhwah dan ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi). time slot ikhtilat tu lagi best kot sebab dalam slot tu, adik-adik diberi 2 keping puzzle dan diorang kena pegi ke tempat-tempat yang ada papan puzzle yang serupa dengan kepingan puzzle yang diberi (dalam surau jugak la,.) time tu la faci-faci kena tengok cara pergaulan diorang. ada beberapa orang faci yang jadi paparazi, tangkap gambar time diorang nak letak puzzle tu lebih-lebih lagi bila time diorang tak perasan + dok dekat-dekat. haaa~ hahaha. :P lepas tu, saya sempat jugak la pegi jumpak tcer biology, tc hafifah. :) *kalau sembang dengan tcer. memang tak boleh lepas. tyme tu tcer tengah jaga exam untuk budak-budak yang tak ambik exam haritu sebab pegi olahraga. mungkin tcer bosan kot sebab tu tcer kata boleh je jumpak tcer kat belakang. haha. best jugak la, rindu~ :D lepas solat zohor baru ada explorace. saya join dengan kawan saya yang jaga checkpoint iklan. kat checkpoint tu, adik-adik kena bincang buat iklan berkaitan dengan benda apa yang diorang dapat daripada cabutan soalan yang kitorang bagi. macam-macam, pasal helikopter, stoking, arnab, kucing. tapi sayangnya tak berapa menarik. huhuu. *usaha lagi ye dik. heheh :P nak jadi ceritanya, tyme  satu kumpulan adik lelaki ni buat iklan tu, faci lelaki yang jaga checkpoint tu dengan kitorang tak puas hati(kawan sekelas saya. hahah) so, dia bagi denda *tapi tak macam denda pun. apa daa~ =.=' dia tanya, "antara tiga-tiga orang kak-kak tu kan, sapa yang dah masuk u.?" kureng betoi hang din. dalam hati je, gila nak kata depan-depan. haha. dia bagi satu peluang ja kena teka. pastu, bila diorang dah bersepakat, diorang pun gitau jawapan. malangnya jawapan yang diberikan salah. calon-calon tu ada yang pakai tudung hijau, pink(sayaa, hehhe) dan coklat kot, seingat saya. hehhe. adik tu bagi jawapan yang pakai tudung hijau. haahah. *awet muda lagi rupanya aku ni, ke muka tak nampak matured lagi macam budak u..? =.=' taktaula nak kata. hahah.

lepas habis explorace, ada acara bagi hadiah untuk dua kumpulan yang TERBAEK. tapi kumpuln saya tak menang pun. huhuu. haha. dah lepas bagi hadiah dan ucapan daripada ustazah, faci laki cakap bolehla bersalaman dengan faci-faci.. :) semua pun pakat salam. huhuu, sedih pulak. :'( ramai je yang salam dengan faci-faci semua. saya pun tak terkecuali. hehhe. ada jugak la bagi nasihat(kononnya la. :P) "belajar elok-elok naa. jangan lupa kat kami. " macam tu la lebih kurang nasihat saya kepada adik-adik form1 tuu. tapi saya tak sempat pun nak salam semua sebab mak dah sampai untuk ambik bawak balek rumah. hahah. harap-harap lepas ni diorang dan faci-faci termasuk saya akan menjadi lebih baik dan mengaplikasikan apa yang dah belajar di KEBAS tu. :) seriusly, first tyme jadi faci. (^_^) dan agak best pengalaman ni. :)

semoga ukhwah yang dah terjalin antara faci dan adik-adik form1 2012 akan kekal. :)


ukhwah fillah. :D hehhe




KEBAS 2012 TERBAEK..!! :D

<3 syahirahnsmr




Saturday, March 10, 2012

sepanjang kem KEBAS untuk hari 1st :)

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, agak seronok di SMKA AL-IRSHAD sepanjang KEBAS arini. huuh, ni yang kali kedua saya taip. sebab tadi dah taip tapi tertekan back. huhuu. so, malas nak ulas panjang-panjang.

ni la kump saya. kump 10. tyme diorang dapat barang amanah.



ni pulak tyme diorang kena cari sign kawan-kawan untuk aktiviti  TAKEMATATA. :)



ni pun tyme cari sign jugak. ish, ish. sibuk + khusyuk betol haha :P


dan ini adalah borang untuk disign tyme aktiviti TAKEMATATA tu. :)











hmm, sempat kot saya share sedikit ilmu tyme dengar tazkirah daripada ustaz muslim (salah sorang ustaz di SMKA AL-IRSHAD) memandangkan sekarang dah lewat malam + semua dah tido. huhuh.beliau cakap, "kita tak terlepas daripada dakwah. bagaimana cara nak berdakwah.?" 
1. akhlak mulia 
2. warak
3. menundukkan pandangan
4. jaga lidah (tak mengumpat)
5. malu buat maksiat (tak kira la ada orang ke tak)
6. lemah lembut dan sabar
7. bersifat benar dan jujur
8. tawadduk. 

mungkin tak boleh nak hurai lanjut lagi apa yang ustaz cakap tadi. esok pun kena bangun qiam, so nanti-nanti kot saya edit lain. *tu pun kalau rajin. :P heheh 

<3 syahirahnsmr

Friday, March 9, 2012

perjalanan~

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, sampai jugak di rumah kawan saya, saffrina. :) mula-mula tadi, mak macam tak boleh hantar pagi-pagi kat summit sebab baru gitau kat mak kawan tak tau jalan nak pi rumah, so dia nak ambik kat summit. pastu, tetiba ja mak suruh siap. maknanya, bolehla hantar. dah siap semua, saya pun keluar dengan mak naik kereta gi summit. ingat nak tunggu kat pintu depan masuk summit tu, tapi pagi-pagi pukul 7, paham-paham je la macam mana. gelap+suram+sunyi+sepi+menakutkan. semua ada. haha. mak pulak tak berani nak tinggal anak dia yang sorang ni kat situ sorang-sorang. *kalau mak nak tinggal kat situ pun, saya akan pegi tempat lain yang lebih cerah. =.='

pastu, mak pun tinggalkan saya di depan hotel summit (cerah la tempat tu.) walaupun cerah, tapi kat luar tu tetap tak de orang. ada la sikit-sikit orang lalu lalang. saya pun salam dan keluar kereta. tunggu depan hotel tu. rasa takot still ada, so dalam hati pun mengingati Allah.(zikir). tiba-tiba ada sorang pakcik ni, takde la tua sangat, dia tegur saya. "nak pi mana awal-awal macam ni.?" heheh. hanya senyuman yang mampu dibalas. :) beberapa minit lepas tu, barula kawan saya tu datang. naik la motor dengan dia nak pegi rumah dia. huuuhh~ meremang bulu roma. lebih kurang ayah saya ja. duduk atas motor tu, dah tak boleh nak lepas tangan dari tempat belakang tu takot dibawa angin pulak. hahha. memang kalau nak mesej pun, singkat-singkat je. kalau nak mesej panjang-panjang memang berejam la jawabnya. dengan nak taip lagi, dengan nak pegang tempat belakang tu lagi. huuh.. seksa. :P

tapi last-last sampai jugak ke destinasi. japgi nak bertolak pi SMKA AL-IRSHAD pulak. kena tahan lagi la.. =.=' haha. takpe bila lagi nak merempit ngan dia, kan.?! :P em, ape-ape pun harap-harap selamat pegi dan selamat sampai. mintak-mintak la tak hujan harini dan esok supaya aktiviti kem KEBAS berjalan seperti yang dirancang. insyaAllah amin. :)

<3syahirahnsmr

aku rindu sayang kamu. :)

assalamualaikum w.b.t

malam 7 Mac 2012 iaitu hari rabu, saya balik rumah dengan bas. masa dalam bas, sebelum bas tu bergerak tengah tunggu orang lain, saya pun 'on'kan media player di handphone. lagu 'BILA WAKTU TELAH BERAKHIR' nyanyian opick bergema di earfon. lagu tu sedih kot. dahla malam-malam, dengar lagu sedih tu pulak, sorang-sorang pulak tu*walaupun ada orang kat sebelah, tapi dengar sorang-sorang. :)

terghalit(ghalit bahasa utara maksudnya leka) la jugak dengar lagu tu. pastu, lepas satu lagu, lagu lain pulak. pastu, lagu lain. sampaila lagu 'dengan kuasaMu' by NUR ONE. (time ni bas dah gerak dah la.) lagu yang sangat best dan sekarang telah menjadi lagu kegemaran pemilik blog ini. :) saya kenal lagu tu pun masa tyme MAS (minggu aluan siswa) di bumi UTP. sebab banyak montaj RM(rakan masjid, bukan Running Man ye. :P) diorang letak lagu tu sebagai lagu latar. best~ cubalah dengar. mantap habis. hehe.






Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta


jikalau ada seseorang yang mengatakan dia sayang padamu,
itulah saya. :)
jika ada seseorang yang mengatakan dia rindu padamu, 
sayalah orangnya :)
dan jika ada seseorang yang mengatakan dia sedia membantumu, 
itu juga saya. :)
namun, jika seseorang itu mengatakan dia akan melupakanmu, 
jawapannya, itu bukanlah saya kerana saya tidak akan melupakan orang yang saya pernah sayang. insyaAllah.:D

credit to:- someone. :)


<3 syahirahnsmr

Tuesday, March 6, 2012

roti bun bilis pun dikira sedekah. :)

assalamualaikum w.b.t

"eh, syahirah. aku nak beli roti bun tu dari kau boleh.? aku x de selera la nak makan nasi." roommate yang baru masuk bilik, tetiba tanya macam tu. "boleh, boleh. tak payah bayar la."
"takpe, aku bayar." bertikam lidah la dua orang manusia ni. =.=' lepas solat maghrib, saya pun ambik bun bilis satu, bagi kat roommate. "nak kena bayar berape.? (sambil tengok harga kat plastik bun tu) oh, RM0.90. nanti aku bayar." ish, tak paham-paham lagi roommate aku ni. "laa, tak pe. tak payah bayar.amik je." dalam hati berharap dia tak la mintak nak bayar, payah pulak kalau bergaduh nanti. hahah. buat macam besar sangat masalah. :P

on the way nak gi toilet, dalam hati pulak berkate, "ala, RM0.90 je pun. sikit je kalau nak banding dengan rezeki yang Allah bagi kat aku. lagipun, bukannya aku takde roti bun tu lagi. beli sampai 4 ketul. apa salahnya sedekah je. adoi, apesal la kau tak paham yang aku nak sedekah kat kau ni roommate.. =.=' huhuu. " last-last, rasenye dia pun terima je kot tawaran saya untuk amik free je bun bilis tu. (kalau bun bilis tu RM100.00 kot la kena bayar. haha)

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim



“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal 
maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai 
Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah 
dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )


Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim 
itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk 
dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si 
penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )


Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala 
bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )


"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada 
jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh 
tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan 
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah 
Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (  AlBaqarah : 261 )

serba sedikit sharing hadis dan ayat al-quran tentang amalan bersedekah. :) walaupun RM0.90, itu juga dikira sedekah kalau kita niat nak bersedekah. insyaAllah, Allah akan lihat amalan yang kita lakukan. allah kan Al-Basir(Maha Melihat) lagi Al-Alim(Maha Mengetahui). :) 



<3 syahirahnsmr

Monday, March 5, 2012

isnin kawan dengan khamis. :)

assalamualaikum w.b.t

hari ni isnin, 5/3/2012. kepada yang puasa sunnat, alhamdulillah. kepada yang tidak berpuasa, untuk dapat pahala jugak, tolonglah sediakan makanan untuk orang yang berpuasa. :) em, esok lusa dah nak balik rumah. excited gile. tak sabar sebab.... nak jumpak family dan nak join kem kat SMKA AL-IRSHAD (sekolah kesayangan. :D) kem tu adalah kem ibadah untuk budak-budak form 1 tahun 2012 dan dinamakan KEBAS stands for, KEm Bersama Angkatan Senior 2012. :) hahah. idea sapa ntah. insyaAllah saya hanya ditugaskan untuk menjaga checkpoint kot. kalau faci tak cukup baru diorang masukkan nama saya sebagai faci. tak kisah pun jadi faci ke tak, cuma teringin nak join ja. :) *nak jumpak kawan-kawan sekali sebenarnya. hehhe.

eh, macam keluar tajuk pulak. =.=' sebenarnya saya nak share kelebihan puasa sunat isnin dan khamis. sebelum tu, bolehla saya share kelebihan hari isnin dan khamis dulu. :) antaranya:-

hari isnin 

 1.) Nabi Idris as. naik kelangit
 2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
 3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
 4.) Lahirnya Rasulullah SAW
 5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW  

 6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
 7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 


hari khamis


 1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir
 2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan
 3.) Bunyamin datang ke Kota Mekah
 4.) Ya'akub as datang ke Mesir
 5.) Nabi Musa masuk ke Mesir
 6.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah
tu baru kelebihan hari isnin dan khamis belum kelebihan puasa sunat isnin dan khamis lagi. :) heheh. ni baru la nak gitau kelebihan puasa sunat kedua-dua hari tuu. 

pertama:Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis
(Riwayat Imam Tarmizi.menurut beliau hadis ini soheh)

kedua:Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari isnin dan khamis.Maka aku menyukai dibentangkan amalanku(dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"
(Riwayat Imam Tirmizi)

ketiga;Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab;"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan(menjadi nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
(H.R Imam Muslim)

kalau nak tau dengan lebih lanjut, bolehla search kat internet. semuanya di hujung jari. :) semoga kita dapat bersama-sama berpuasa sunat isnin dan khamis. kalau tak mampu dua-dua, sehari pun cukup la. takpe, pelan-pelan. lama-lama biasala, kan.?! :D "apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal." puasa tu pun salah satu kebaikan. (^_^) insyaAllah Allah akan tengok kebaikan yang kita lakukan. bersangka baiklah dengan Allah. :)

<3 syahirahnsmr

Saturday, March 3, 2012

dengarlah.. rintih hatiku~

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, hari ni tak terasa penat sangat. tadi pun, sampai bilik kat V2C pun lebih kurang pukul 12.45pm kot. nasib baik la ada kawan teman nak beli makanan untuk lunch. kalau tak, memang rasanya tak makan dah tengah hari tadi. (makan pun malas bila duk kat utp ni. =.=') saya beli makanan bungkus. macam biasa, lauk yang diambil pun setiap hari sama : nasi + ayam goreng + kuah gulai sikit. tula lauk yang selalunya saya beli. kadang-kadang je tambah kentang sikit. bukan apa, cuma tak minat nak makan benda lain. yela, ikan, sayur... hmm, tak terbuka hati lagi nak makan makanan yang sihat macam tu. haha. lepas makan tu, mestila basuh tangah kan. :P then, solat zuhur. lepas solat, terus bukak note physics sebab esok(AHAD) ada test 1 physics. huhuu. first tyme dalam hidup ambik test pada hari ahad. :( sambil study, sambil dengar lagu kat henset. dah berapa banyak lagu dah main... :)

tiba-tiba, daripada tengah baca tadi terhenti. letak kepala atas meja. (bukan tido ye. :P) dengan tak sengaja, air mata jernih pun jatuh.. huhuu, sebab media player henset saya mendendangkan lagu: BUATMU IBU by aeman. :) haha, sensetif jugak ea. tak tau la kenapa tetiba boleh nangis. mungkin sebab teringat kekhilafan hari tu. :'( memang lagu tu sangat sedap + sebak + sedih + seangkatan dengannya. dan rasanya memang wajar kalau saya nangis, kan.?! kalau tak nangis tu, mungkin tak berapa hayati kot. hahah. em, semoga kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah. anak yang dapat menyejukkan mata, yang dapat menenangkan jiwa dan yang dapat menolong ibu dan ayah kita masuk ke SYURGA, bukan ke NERAKA. :)


Buatmu Ibu


Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
p/s: selalulah dengar lagu ni supaya kita sentiasa mengingati pengorbanan ibu kita. (^_^) 
<3 syahirahnsmr

Friday, March 2, 2012

my favourite trademark. :)

assalamualaikum w.b.t

my favourite surah: al-insyirah :)
                                                                                     
                                                 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
                                                                                      أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
                                                                                      وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ
                                                                                         الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ
                                                                                           وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
                                                                                        فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
                                                                                         إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
                                                                                        فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ
                                                                                         وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ


sebenarnya, saya paling suka ayat 5-6 yang bermaksud:  "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." :D sebab saya suka ayat ni ialah bertepatan dengan trademark saya tyme kat sekolah menengah dulu. tau ape? " susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.." yup, memang macam peribahasa pun. ha, sekarang kan dah guna peribahasa kat blog. first tyme rasanya. haha. kalau tak percaya, boleh la tanya kepada kawan-kawan saya yang rapat dengan saya. saya pernah cakap macam tu depan diorang. kalau nak tau, trademark tu hanyalah sebab makanan. (^_^) memang tak masuk akal sikit. tapi tula hakikatnya... 


suatu hari tu, time makan tengah hari kat DM (dewan makan), macam biasa, meja kitorang penuh la dengan manusia-manusia kelaparan. seingat saya time tu dapat buah tembikai susu rasanya. kalau tak silap la. insyaAllah betul. :) lepas dah licinkan pinggan, baru saya makan buah. memang rutin macam tu. (tak ikut sunnah rasulullah, sebab dah terbiase.huhu) saya pun memulakan makan tembikai susu tu dari kulitnya yang kat bawah tu. tiba-tiba sorang kawan saya tegur, "eh, hang makan kulit dulu.? orang makan isi hang makan kulit." ketawa pecah berderai. =.=' saya pun balas, (takkan nak senyap pulak, kena la pertahankan. hehe) "la, biaqla.. susah-susah dulu, senang-senang kemudian." ??!!?? diorang tak paham kenapa saya cakap macam tu. saya pun terang la kat diorang, " yela, kulit tu kan tak berapa sedap, isi dia kan sedap. so, bila aku makan kulit dulu, aku susah dulu la, pastu baru senang sebab lepas tu baru makan isi dia yang sedap." (lebih kurang macam tu la saya terang. tak ingat dah. =.=') ha, tengok.! kan dah boleh apply apa yang belajar dalam peribahasa. hahah :P 


betulla tu apa yang dimaksudkan dengan ayat 5-6 surah al-insyirah tu. kan terbukti, walaupun dalam konteks makanan. :) kalau dalam konteks pelajaran pun boleh jugak ape. macam spm haritu, biarla kita susah-susah dulu. pi cari cikgu tu, pi cari cikgu ni, tanya soalan. stay sampai pukul 2, 3 pagi untuk study, bukan online naa. :P insyaAllah sesudah kita bersusah payah macam tu akan disusuli kesenangan. dapat straight A ke, dapat sambung belajar kat oversea ke. amin. :) yang pasti, memang kita kena susah dulu sebelum senang. mana ada tiba-tiba ja dapat senang. macam orang kaya pun, diorang kena susah-susah cari duit dulu baru boleh senang. "bukan senang nak senang, bukan senang nak susah." :D harap-harap kita dapat meng'apply'kan peribahasa tuu. "BERAKIT-RAKIT KE HULU, BERENANG-RENANG KETEPIAN, BERSAKIT-SAKIT DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN. " :) 


semoga kita boleh jadi CHAMPION. :)



<3syahirahnsmr