Saturday, March 23, 2013

apa kata hati?

Assalamualaikum w.b.t.

"pelikla, kenapa semua orang nak pakai cincin ni? bagi aku cincin ni untuk orang nak kawen je." kata seorang sahabat kepada saya. let me clarify you on something. ;)

hadis pertama daripada hadis 40 imam nawawi, rasanya semua dah sedia maklum. innamal a'malu binniyat. sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat. nak buat apa pun semua bergantung pada niat kita. kalau pakai cincin niat nak tunjuk kat orang kita ada cincin emas ka cincin perak ka, cincin gurka ka, yg tu la sebab kita pakai cincin. tapi sayang, sia-sia ja la kalau niat camtu. cuba reset niat pakai cincin sebab nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w. kan lagi molek. dapat pahala pulak tu, insyaAllah. :) banyak sunnah Rasulullah yang kita boleh ikut, antaranya pakai cincin la. tapi kalau pakai cincin kat jari tengah, jari telunjuk atau ibu jari, sunnah apanya? sunnah Nabi Muhammad s.a.w. pakai cincin tangan kanan, jari kelingking atau jari manis.

so, kalau lepas ni nampak orang pakai cincin tak payah la nak tanya-tanya lagi ataupun sakat dia, "amboi, bila kawen? tak ajak pun. " "mana suami?" dan seangkatan dengannya. cuba husnu zhon, "dia nak cuba ikut sunnah Nabi tu. :)" satu lagi, sunnah yang senang kita buat ialah SENYUM atau lebih dikenali sebagai SMILE. *erk, sama ja maksudnya. -_-" jumpak mana-mana orang senyum, bukan guna duit pun kan? dan rasanya energy yang digunakan pun tak sampai 100kJ kan? O.o ni tak, orang senyum kat kita, kita kata "pehal dia tu? tetiba senyum kat aku, dahla tak kenal. kalau minat, mai la cakap terus terang." *oke, ini poyo.  why don't you give your sweetest smile to her/him back?? :) even a SMILE is charity.


oke, terperasan macam dah terkeluar tajuk dah sekarang. apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat kita. belajar kerana Allah, bukan kerana nak cemerlang saja, bukan sebab nak kerja. #Reminder for me too. konklusinya, rajin-rajin la muhasabah diri, reset niat balek. takut niat tak betol. T_T
"Ya Allah, tetapkanlah kami di jalanMu. tegurlah kami saat kami terleka. ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan, yang sedang kami lakukan dan yang bakal kami lakukan." amin ya Rabbal 'alamin.

<3syahirah