Monday, December 24, 2012

you made my day~ :D

Assalamualaikum w.b.t

my mood for today:
alhamdulillah. saya gembira sangat~ :)) 
24 Disember 2012, Wida' LRKK + JSU. tak tau nak kata macam mana. tapi saya gembira dan seronok sangat. alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas nikmat yang aku dapat pada hari ini. akan ku pahatkan kenangan indah hari ini dalam hatiku. :D sampai Teluk Senangin dalam pukul 10am kot. konvoi kereta. hehhe. saya, Ummi, Ida dan Kak Fizah naik kereta Kak Najmah. memang dari duduk dalam kereta sampai nak dekat sampai asyik gelak ja. hahahha. *kecuali tyme nak dekat sampai,sebab ada org tido. :P hahaha. sampai ja sana, buat modul first, bina istana pasir~ :D tapi kena terapkan nilai-nilai kerajaan Islam. TERBAEK! semangat ja kitorang buat. hehehe. sori tak dak gambar sebab kamera org lain. huuu. *cepatla tukang upload gambar, upload kat fb~ tyme buat istana pasir tu kena taaruf sekali. orang yang lalu kat tepi laut tu pandang pelik ja kat kitorang. *'pehal diorang ni, besar-besar pun nak main bina istana pasir.' mungkin kata hati orang tu kot. HAHAHHA. dah habis bina, kena terang kat group satu lagi. pastu kena lukis ikut arahan ex-masulah JSU pulak. tak sangka lukisan pertama saya jadi lebih kurang dengan lukisan kedua. :3 *malas nak terang pasal modul tu. huhu. pastu, the best part. MAKAN~ heeeheheheheheh.. menu saya: nasi ayam + bandung ais. :) 

tyme makan tak bole tangkap gambar sangat sebab kamera yang guna tyme kat Teluk Senangin tu bateri dah exhausted.. Kak Fizah ar ni, tengok gambar lama sangat. hahaha. *saja nak pangkah. XD lepas makan singgah rumah kak Najmah. lepas tu balek UTP. dan seterusnya, saya pegi teman Kak Najmah cuci kereta Vios kesayangan tu. hoho.. nak dikatakan kat sini, yang seronoknya tyme Wida' tu la. sebabnya, banyak tangkap gambar kot. :P HAHAH. tak, tak. sebabnya, walaupun benda tu namanya Wida', tapi saya gembira. bukan gembira sebab orang tu nak grad, tapi gembira sebab ntahla. mungkin sebab....

:') seriusly.
tapi di sebalik kegembiraan tu, ada kesedihan yang terpendam. :'/ hmmm.. *tiba-tiba emo. hahah. nak nangis, tapi tak mampu dan tak boleh. tak tau kenapa. sebenarnya, orang yang sedih tapi tak mampu untuk menangis ni lagi perit rasanya daripada orang yang sedih tapi dia mampu untuk menangis. sekurang-kurangnya dia sedih dan dia dapat nangis. nangis tu bole melegakan. yang tak boleh nangis ni macam mana nak lega? sebab tu la orang yang tak boleh nangis ni sebenarnya lagi perit rasanya. bukan tak nak nangis, walaupun dah paksa air mata suruh turun, tapi tak turun jugak. huhuu. hanya air mata dalam hati yang mampu turun. T_T dah-dah, ubah topik.

ucapan dari penaja: semoga ukhuwah yang terbina bukan setakat di UTP, bukan setakat di kampus, tapi biarlah sampai bila-bila. in sha Allah. amin :') semoga akak berjaya dunia akhirat dan semoga cepat nikoh. :P last but not least, DON'T FORGET ME. ;) hahah. YOU MADE MY DAY~

goodbyes are not forever.goodbyes are not the end. they simply mean i'll miss you until we meet again. :') 
semoga ada pertemuan semula selepas perpisahan ini. :'( amin. 

untuk renungan~ [al-hujurat, 10]

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).  
(  سورة الزخرف  , Az-Zukhruf,43:67)

Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan 
yang telah bersama -sama kita lalui 
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

:'/
<3 syahirah






Sunday, December 16, 2012

minggu yang menguji~ :'/

assalamualaikum w.b.t

fuuuhhh~! TERBAEK! minggu ni sangat lah menguji kesabaran, ketabahan, kesedihan, macam-macam ke lagi la. huhuu.. serabut tu memang selalu laa. hmmm. dah tak tau nak kata apa. mula-mula serabut dengan projek Islamic Studies. dalam masa yang sama serabut jugak dengan Wida' RM. :'( tapi saya lebih rela dan sanggup serabut pikir Wida' daripada serabut pikir pasal Video Osem untuk Islamic Studies tu. tak tau la kenapa. hanya Allah yang faham macam mana. huuu..

nak dikatakan kat sini, memang menguji la. menguji macam mana nak selesaikan keja-keja untuk Wida', menguji kemarahan, kesabaran. tu yang susah tu. huhu. hanya beberapa orang yang tahu pasal keserabutan sebenar Video Osem tu. T_T dan orang tu bukan orang yang selalu saya cerita masalah saya. *padahal bukan selalu pun cerita masalah kat orang. :P Ya Allah, ajar aku untuk memaafkan orang dan melupakan apa yang dia buat pada aku yang membuatkan aku marah pada dia. amin. :/

oke, tukar mood. 16hb Disember 2012-Wida' RM Sept 12. huhuu.. entahla macam mana nak kata. tapi yang pasti dan for sure mood saya untuk Wida' kali ni bukan gembira dan bukan suka. sedih. Wida' sebelum ni takdak la rasa sedih sangat. tapi kali ni rasa macam hmmmmmmmm... SEDIHNYA~! T__T nak nangis, tapi air mata ni ketegaq, tak nak keluar. huhuu.. mungkin sem ni ada orang yang saya sayang,yang saya rapat akan keluar UTP. mungkin sebab tu yang membuatkan saya sedih sangat. wwuuuuuu~ sapa yang tak sedih kalau berpisah dengan orang yang kita sayang kan? tapi yang peliknya, tyme nak berpisah dengan kawan-kawan sekolah Irshad dulu pun saya tak rasa sedih macam ni. sedih tu satu, plus pikir macam mana la lepas ni.. hmm... serius sedih. :'( kalau tyme Wida' nanti nampak saya senyum, mungkin tu sekadar untuk memaniskan muka depan orang. dalam hati, hanya Allah yang tahu. :"(

"Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat" -riwayat Muslim.

sejak nak habis sem ni tiba-tiba emotional la pulak. dengar lagu pun sedih. emo, emo. huhuu. Ya Allah, izinkan aku untuk membina kenangan bersama orang yang aku sayang sebelum beliau menamatkan pengajian beliau di bumi UTP.amin. :'/ sobs.



hayatilah~ :'/ huhuu.. 



untuk yang disayangi :'(




Friday, December 7, 2012

wahai diri

assalamualaikum w.b.t

hadoii.. lamanya tak update.. bersawang + habuk banyak sangat. hahaha. :P minggu ni mungkin minggu saya tension kot. memanjangnya tension. kalau tak tension pun sedih, kalau tak pun kecewa, yang penting yang negatif-negatif la senang cita. huhuu. dari hari isnin sampai la hari ni(khamis). tapi apa-apa pun, hidup kena teruskan. satu lagi, kalau kita tension ka sedih ka, cuba jangan jadikan orang lain sebagai mangsa keadaan. kalau nak luah tu, tak dak masalah rasanya. tapi janganla sampai bila orang tegur kita elok-elok, kita melenting pulak. contoh: insan A "weh, hang dah siap assigment bla..bla..bla.. magnet kejayaan dak lagi?" *magnet kejayaan tu saja tambah buat penyedap ayat. XD insan B "aaahhhh.. hang diam bole dak?!!! lempang masuk longkang kang baru tau." *err, perbualan ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah kembali ke Rahmatullah. hanya rekaan semata-mata.

hmm.. mula-mula tension dgn project english la, project thinking skills la, test thinking skills, test english.. hhuuuuuuhhhhh~~! penat mikir. -.-" huhuu. pastu dgn fop(fundamentals of programming) punya lab assignment kena hantar la. jenuh pikir nak cari sapa nak tolong printkan. alhamdulillah dapat. :) tambah pulak tiba-tiba sentap satu malam tu. *adala sebab dia kan. hehe. pikir pasal benda tu dari malam tu sampai harini. entah la. tak marah, tak terasa tapi sentap. tapi... ntah la nak cakap macam mana. haihh.. let bygones be bygones. :'/

malam tu dah tension + sentap + sedih sekali kot, KOT~ saya pun pegila merayau di Google..cari kata-kata untuk mengubat hati ni balek. then, post kat fb. huu.T.T

:')
sekarang in sya Allah oke dah kot cuma terpikir lagi maksud sebenar ayat seorang senior tuu. hadoi.. apa maksud dia, saya pun tak tau. dia dah bagitau, cuma saya rasa bukan tu maksud sebenar dia. :/ eagernya nak tau. huhuu. nak dikatakan kat sini, apa pun berbalik pada Allah. semoga Allah memberi kesenangan sesudah kesulitan. :) amin.. harini(Jumaat) present Islamic Speech Review. huuhu. doakan~ :)
mood:sedih 

<3 syahirah