whoooaaaa!! leklu~ jangan gabra. saya bukan ahli politik, calon mengundi pun belum layak lagi. tapi saya sebagai seorang Muslim yang ingin melihat syariat Islam tertegak di atas muka bumi ini. to be specific, in Malaysia. :) tak boleh dinafikan, politik dan Islam tak boleh berpisah. politik DAN Islam. bukan politik atau Islam. kepada yang tak minat politik, nampak butang pangkah (x)? dipersilakan tekan. kepada yang sudi sila teruskan. *walaupun tak dak la menarik sangat hasil coretan ni. :P
kalau matlamat BN menegakkan syariat Islam, then why not we vote for BN? tapi kalau matlamat PR memartabatkan agama dan syariat Islam, why must we vote for BN? get the idea? *smile. bukan undi ikut nama parti, tapi sepatutnya undian dibuat berdasarkan matlamat sesuatu parti tu, betul tak? so, kepada yang layak mengundi, silalah buat solat hajat, solat istikharah, solat taubat dulu sebelum mengundi. mintak petunjuk daripada Allah supaya kita memilih pemimpin yang betul, yang adil dan jujur plus tidak berlaku zalim kepada rakyat. :) undi anda amat bermakna. hargailah undi anda. *eh, tetiba.
kata-kata terakhir daripada pihak penaja: jangan dekati zina, jangan dekati fitnah, jaga ukhuwah sesama saudara seIslam. :) Sumbanglah dengan apa sahaja yang kita ada. Tidak cemburukah kita kepada para sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup mati kerana Rasulullah S.A.W dan kerana menegakkan Islam? renung-renungkan dan selamat beramal. tingkatkan ibadah, Salam mujahadah! :D
"Ya Allah, menangkanlah Islam di bumi Malaysia." amin.
<3 syahirah