Sunday, May 19, 2013

fikir-fikirkanlah!

assalamualaikum w.b.t.

"Utp atau Upm? :O Help me T__T" tweet seorang junior saya. hmm. to be specific, junior UTP + junior Irshad. biasa la tu, tyme tyme camni memang bebudak lepasan SPM akan berada dalam dilema. lebih-lebih lagi yang dah masuk u. sama macam keadaan saya tyme dulu-dulu. *buat macam dah tua sangat sekarang. -.-" cuma bezanya tawaran upu, i got UIAM. fyi, sebenarnya cita-cita saya nak masuk UIAM. yes, lebih kurang boleh kata universiti harapan la. *boleh ka camtu? O.o dan tawaran kos yang saya dapat adalah kos yang saya mintak, kejuruteraan fizikal dan sains komputer.*kalau x salah, kos ni la. panjang sangat nama, tak ingat. TAPI, at the same time UTP pun saya teringin jgk nak belajar kat sana sebab tyme upper form dulu bila dengaq UTP sure rasa macam "whooaaaa.. UTP tuu~" haha. kos yang ditawarkan pun adalah kos yang saya minat iaitu kejuruteraan mekanikal atau nama comelnya Mechy.

memang susah nak buat pilihan. saya akui. lebih-lebih lagi pilihan yang ada tu dua-dua mengikut minat saya. :') nak dipendekkan cerita, last-last saya stay UTP. setelah dibincang sana-sini, akhirnya tula jawapannya. cumanya nak bagitau kalau sapa yang rasa tak pasti nak stay UTP atau pindah, UTP is actually not an engineering university only but also an Islamic university.(abaikan grammar)*walaupun mungkin n tak seperti UIAM. jujur cakap, sebelum masuk UTP memang tanggapan saya UTP ni keadaan dia macam sosial sikit. seriusly pikir camtu. dulu laa~ tapi lepas masuk UTP, lepas join Smart group, lepas join Rakan Masjid(RM) baru sedar tanggapan tu salah.

salah satu sebab saya tak jadi nak pindah UIAM adalah hati saya dah mula rasa sayang RMUTP n UTP tu sendiri. :) sayang sahabat-sahabat, sayang senior yang dah kenal tyme tu. macam-macam la. jangan pandang rendah sangat kat UTP, mungkin bukan top 5 universiti tapi for me UTP is awesome. kepada junior-junior yang sedang berpikir-pikir, bermasak-masak nak stay ka keluar, harapnya dapat pikir betol-betol. istikharah jangan lupa. lepas dapat jawapan, ingat ayat [al-baqarah,216] kita tak tahu, Allah tahu. :) bersangka baik dengan Allah. yang penting jangan sampai bertengkaq dengan parents sudah.

UTP best!! semoga apa yang dicita-citakan tercapai seiring dengan keredhaan Allah. :)

<3syahirah