Thursday, April 5, 2012

kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. :)

Assalamualaikum w.b.t


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta."
(QS. al-Ankabut: 2-3)

"kewajipan itu lebih banyak daripada waktu." baru sekarang saya paham macam mana yang dimaksudkan dengan kata-kata tu. sebelum ni tak berapa nak paham. *maklumla, lampi sikit. (lambat pick up) hahah. sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan ni, memang la banyak sangat banda yang nak buat. tambah-tambah waktu sekarang. dengan test, quiz, skrip drama. macam-macam lagi la. esok ada test 2 chemistry, quiz 2 fizik, sabtu ada test 2 pre-calculus, hari ahad skrip drama nak kena bagi kat ahli kumpulan yang lain dah. 13hb nanti test 2 fizik pulak. rasa macam tak sempat nak buat semua. baru foundation. first semester pulak tu. macam mana la nanti bila naik 1st year ke, 2nd year ke..? =.=' 


terasa kagum pulak kat senior-senior yang berjaya bahagikan masa diorang. dengan test & quiz sempat jugak diorang gi iFest & buat smart group(usrah). esok ada MIKRAJ (majlis ilmu rakan masjid junior, kalau tak silap.kalau salah, tolong betulkan. :P) tapi hari sabtu tu pulak ada test pre-calculus. PA yang tak dibayar gaji & tak diundang pun mula melakukan keja.(syaitan laknatullah) "nak pegi ke tak.? esok test 2 pre-cal. macam mana kalau tak habis study lagi.? tak mau study ka.? kalau dah pro, tak pe jugak." nasib baik akal ni tak putus fius lagi, cuba nak tolak bisikan syaitan tu. "Jika kita bantu agama Allah, nescaya Allah bantu kita." so, diri ni cuba yakin dengan ayat tu. kalau itu yang Allah takdirkan, aku pegi ke tak, tetap dapat yang tu jugak. *paham tak..? =.=' tak reti nak terang camna. harap-harap faham. :) paling tak pun kalau tak sempat habis study, rasanya boleh kot bawak buku pre-cal study sikit-sikit kat LH tu. 


insyaAllah, Allah tolong~ :) doakan la ye. harap sangat boleh habis study pre-cal sebelum malam esok. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. bantulah aku untuk jawab soalan test 2 pre-calculus nanti.amin.." 




insyaAllah. :)



<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment