Wednesday, October 9, 2013

hohoho.. HOLIDAY~!!!!!

assalamualaikum w.b.t.

currently saya tengah dalam proses mengambil lesen kelas B2 & D. ;) alhamdulillah dah lulus ujian KPP berkomputer, sekarang tengah nak pulun practice kat litar and heading to lesen P mungkin. hmm. i hope it will be so soon. amin..

C.U.T.I.= cuti. memang kebanyakan orang akan rasa seronok bila dengar ja cuti. including me of course. sebelum cuti lagi dah seronok, excited lebih. dah cuti apatah lagi. tapi sebelum ni saya belum pernah rasa cuti yang panjang lagi. mana tak nya, tyme orang cuti panjang sikit lepas SPM tu, saya kena pi PLKN. dahtu, tyme PLKN 2 minggu kat sana tu pulak, dapat la surat tawaran yang tak disangka tu. masukla pulak UTP. so, memang tak rasa cuti panjang selama ni. ni la first time nak rasa cuti panjang. lebih kurang 3 bulan lebih, tapi orang panggil cuti 4 bulan. haha.

frankly speaking, tak tau nak buat apa dah sekarang. -_-" kalau tak dak kelas memandu memang errr tak taula macam mana nak isi masa cuti ni. nak baca buku, baca sekerat buku ni dah bosan, ngantok, tukar buku dah tebal la pulak. haiihhh.. so, tv ja la yang teman. layan Mr Arrogant, Kampung Girl, malam Isnin tengok cerita P.Ramlee. hoho. tapi sepatotnya seorang Muslim yang selagi ada Allah dalam hati dia, dia tak kan rasa bosan, boring, tak tentu arah, and whatever pacebak and so on. "...dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." #sentap sendiri. :{ Allahu Rabbi. reflect ourselves back. macam mana hubungan kita dengan Allah, tu yang meng'effect'kan hidup kita seharian. *meng'effect' kau! tinggi darjat bahasa aku. HAHA*

apa-apa pun kalau kita jaga ibadah, jaga hati, jaga iman insyaAllah tak kira cuti ka tak kita akan rasa tenang. tak dak pun nak bosan, down apa semua bagai. haaa! #ReminderForMyself
lagi satu yang tak puas hati ni pasal application yang untuk Android tu. Whatsapp, Wechat, Line, KakaoTalk semua lebih kurang adik-beradik kembar ja. apasal la nak wujudkan banyak-banyak application yang sama, function yang sama, yang beza rasanya emoticon dia ja kot. semua tu boleh chat. semua tu boleh voice chat. haisshhh. tapi kalau dibagi pilihan, saya nak KakaoTalk sebab emoticon dia paling comel~ :3 k dah. tutup kes. dan tutup tirai.
semoga hari-hari mendatang akan lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya. amin. :)
p/s: saya dah mula rindu semorang. :'/

<3 syahirah

Friday, August 23, 2013

kata-kata yang tak terluah

assalamualaikum w.b.t.

kata-kata yang tak terluah. aku percaya kadang-kadang mesti ada tyme yang kita tak dapat & mungkin tak mampu nak luahkan. same goes to me. bukan niat tak nak telus ka menda, cuma tu la. ntah. blank, tak tau nak susun ayat kot. first sekali, sorrrrryyyy sangat-sangat. aku tau aku tak banyak menolong & mungkin salah aku jugak. btw, aku ni payah nak nangis. bukan tak mau nangis, tapi tak taula kenapa air mtu mahal sangat nak ketegaq tak mau turun. dah selalu dah jadi camtu, orang nangis, aku bapak selamba ja. tapi tu bukan niat aku la. tak suka sebenarnya jadi macam tu. rasa macam loser bila orang lain dapat nangis, tapi aku?? hmm. teran pun dah, paksa pun dah. tapi still air mata tu x berjaya diturunkan. entah sebab sikit sangat air mata aku ka camna. T_T

actually, aku ni bukan jenis terasa sangat la. kalau terasa pun sat ja. kalau marah pun biaq aku down sendiri ja. insyaAllah boleh dengan bantuan Allah. so, kalau dah nampak aku dah oke, mohon jangan ungkit balik. biar jadi abu sudah. buka buku baru. tapi aku ni bukan jugak seorang penasihat yg baik. serius. frankly speaking. :| kalau nak suruh dengar tu boleh, kalau nak mintak pendapat pun mungkin boleh, tapi nak nasihat tu macam lemah sikit. lebih-lebih lagi bila face-to-face. jadi malu, segan camna ntah. *lol. sejak bila aku pemalu sampai tahap ni? -_-"

kadang-kadang, senyuman tu pun dah cukup berharga bagi orang yang menghargainya. if and only if ternampak aku termasam muka, dengan rendah diri, aku mohon letakkan senyuman kat wajah aku balik. :') fitrah manusia sering lupa. ingatkan bila aku lupa, tegur bila aku salah, support bila aku goyah, kejut bila aku tidur, suap bila aku lapar. *oke, ni lebih. :P aku cuma harap kita saling memahami. yang mana boleh ubah, aku akan cuba ubah pelan2. yang mana tak boleh ubah, harap dapat terima aku seadanya.
"cubit peha kiri, peha kanan terasa." :) sekian.

SAPA TAK SAYANG SAHABAT OIII~!!
p/s: mohon maaf kalau entri ni bahasa kasaq. XD
<3 syahirah 

Monday, July 22, 2013

OhMyAcademic~

assalamualaikum w.b.t.

hmmmmppphhh. *mengeluh seketika. soalan tutorial Statics yang try buat dari lepas terawih tadi sampaila sekarang ni (3.38am) tak siap-siap lagi. T_T macam nak nangis pun ada. takpala, wat lek, wat cool. huhuu.
someone tweet to me "statics 1 soalan 30-60 minit" that what i feel also. dah macam tak boleh nak hadam kenapa dapat jawapan camtu, macam mana dapat jawapan camtu. dahla nak dekat test 2 + assignment IS belum buat lagi. eerggghh. stress pun ada. tapi harus ingat, akademik tu pun salah satu taklifan daripada Allah. sebab tu kena jaga akademik. sobs. semoga Allah kurniakan aku kefahaman dalam mempelajari ilmu dunia dan akhirat. amiinnnn. #PrayForUs.

nota kaki: #PrayForIslam #PrayForBesut :)

<3 syahirah

Monday, July 15, 2013

bersalahnyaaaaa. . .

assalamualaikum w.b.t.

normal tak kalau selalu sangat rasa bersalah? hmm.. ntah kenapa la sejak dua menjak ni asyik rasa bersalah kat orang ja. T_T mintak maaf sangat-sangat. sorang, sorang buat saya rasa bersalah. *tak salahkan orang tu pun. mungkin sebab diri ni yang banyak sangat buat silap. mintak maaf sekali lagi. i will try harder better. :'/ mood: agak stress dengan diri sendiri.

<3 syahirah

Sunday, May 19, 2013

fikir-fikirkanlah!

assalamualaikum w.b.t.

"Utp atau Upm? :O Help me T__T" tweet seorang junior saya. hmm. to be specific, junior UTP + junior Irshad. biasa la tu, tyme tyme camni memang bebudak lepasan SPM akan berada dalam dilema. lebih-lebih lagi yang dah masuk u. sama macam keadaan saya tyme dulu-dulu. *buat macam dah tua sangat sekarang. -.-" cuma bezanya tawaran upu, i got UIAM. fyi, sebenarnya cita-cita saya nak masuk UIAM. yes, lebih kurang boleh kata universiti harapan la. *boleh ka camtu? O.o dan tawaran kos yang saya dapat adalah kos yang saya mintak, kejuruteraan fizikal dan sains komputer.*kalau x salah, kos ni la. panjang sangat nama, tak ingat. TAPI, at the same time UTP pun saya teringin jgk nak belajar kat sana sebab tyme upper form dulu bila dengaq UTP sure rasa macam "whooaaaa.. UTP tuu~" haha. kos yang ditawarkan pun adalah kos yang saya minat iaitu kejuruteraan mekanikal atau nama comelnya Mechy.

memang susah nak buat pilihan. saya akui. lebih-lebih lagi pilihan yang ada tu dua-dua mengikut minat saya. :') nak dipendekkan cerita, last-last saya stay UTP. setelah dibincang sana-sini, akhirnya tula jawapannya. cumanya nak bagitau kalau sapa yang rasa tak pasti nak stay UTP atau pindah, UTP is actually not an engineering university only but also an Islamic university.(abaikan grammar)*walaupun mungkin n tak seperti UIAM. jujur cakap, sebelum masuk UTP memang tanggapan saya UTP ni keadaan dia macam sosial sikit. seriusly pikir camtu. dulu laa~ tapi lepas masuk UTP, lepas join Smart group, lepas join Rakan Masjid(RM) baru sedar tanggapan tu salah.

salah satu sebab saya tak jadi nak pindah UIAM adalah hati saya dah mula rasa sayang RMUTP n UTP tu sendiri. :) sayang sahabat-sahabat, sayang senior yang dah kenal tyme tu. macam-macam la. jangan pandang rendah sangat kat UTP, mungkin bukan top 5 universiti tapi for me UTP is awesome. kepada junior-junior yang sedang berpikir-pikir, bermasak-masak nak stay ka keluar, harapnya dapat pikir betol-betol. istikharah jangan lupa. lepas dapat jawapan, ingat ayat [al-baqarah,216] kita tak tahu, Allah tahu. :) bersangka baik dengan Allah. yang penting jangan sampai bertengkaq dengan parents sudah.

UTP best!! semoga apa yang dicita-citakan tercapai seiring dengan keredhaan Allah. :)

<3syahirah

Tuesday, April 16, 2013

PILIH, JANGAN TAK PILIH!

assalamualaikum w.b.t.




whoooaaaa!! leklu~ jangan gabra. saya bukan ahli politik, calon mengundi pun belum layak lagi. tapi saya sebagai seorang Muslim yang ingin melihat syariat Islam tertegak di atas muka bumi ini. to be specific, in Malaysia. :) tak boleh dinafikan, politik dan Islam tak boleh berpisah. politik DAN Islam. bukan politik atau Islam. kepada yang tak minat politik, nampak butang pangkah (x)? dipersilakan tekan. kepada yang sudi sila teruskan. *walaupun tak dak la menarik sangat hasil coretan ni. :P

"Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Surah al-Maa-idah ayat 51). Allah dah berfirman dalam al-Quran, jangan pilih pemimpin dari golongan yang zalim. this statement is general dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik pun, tapi kalau 'siapa yang makan jeruk,dia terasa masamnya.' :)

kalau matlamat BN menegakkan syariat Islam, then why not we vote for BN? tapi kalau matlamat PR memartabatkan agama dan syariat Islam, why must we vote for BN? get the idea? *smile. bukan undi ikut nama parti, tapi sepatutnya undian dibuat berdasarkan matlamat sesuatu parti tu, betul tak? so, kepada yang layak mengundi, silalah buat solat hajat, solat istikharah, solat taubat dulu sebelum mengundi. mintak petunjuk daripada Allah supaya kita memilih pemimpin yang betul, yang adil dan jujur plus tidak berlaku zalim kepada rakyat. :) undi anda amat bermakna. hargailah undi anda. *eh, tetiba.

kata-kata terakhir daripada pihak penaja: jangan dekati zina, jangan dekati fitnah, jaga ukhuwah sesama saudara seIslam. :) Sumbanglah dengan apa sahaja yang kita ada. Tidak cemburukah kita kepada para sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup mati kerana Rasulullah S.A.W dan kerana menegakkan Islam? renung-renungkan dan selamat beramal. tingkatkan ibadah, Salam mujahadah! :D
"Ya Allah, menangkanlah Islam di bumi Malaysia." amin.

<3 syahirah

Saturday, March 23, 2013

apa kata hati?

Assalamualaikum w.b.t.

"pelikla, kenapa semua orang nak pakai cincin ni? bagi aku cincin ni untuk orang nak kawen je." kata seorang sahabat kepada saya. let me clarify you on something. ;)

hadis pertama daripada hadis 40 imam nawawi, rasanya semua dah sedia maklum. innamal a'malu binniyat. sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niat. nak buat apa pun semua bergantung pada niat kita. kalau pakai cincin niat nak tunjuk kat orang kita ada cincin emas ka cincin perak ka, cincin gurka ka, yg tu la sebab kita pakai cincin. tapi sayang, sia-sia ja la kalau niat camtu. cuba reset niat pakai cincin sebab nak ikut sunnah Rasulullah s.a.w. kan lagi molek. dapat pahala pulak tu, insyaAllah. :) banyak sunnah Rasulullah yang kita boleh ikut, antaranya pakai cincin la. tapi kalau pakai cincin kat jari tengah, jari telunjuk atau ibu jari, sunnah apanya? sunnah Nabi Muhammad s.a.w. pakai cincin tangan kanan, jari kelingking atau jari manis.

so, kalau lepas ni nampak orang pakai cincin tak payah la nak tanya-tanya lagi ataupun sakat dia, "amboi, bila kawen? tak ajak pun. " "mana suami?" dan seangkatan dengannya. cuba husnu zhon, "dia nak cuba ikut sunnah Nabi tu. :)" satu lagi, sunnah yang senang kita buat ialah SENYUM atau lebih dikenali sebagai SMILE. *erk, sama ja maksudnya. -_-" jumpak mana-mana orang senyum, bukan guna duit pun kan? dan rasanya energy yang digunakan pun tak sampai 100kJ kan? O.o ni tak, orang senyum kat kita, kita kata "pehal dia tu? tetiba senyum kat aku, dahla tak kenal. kalau minat, mai la cakap terus terang." *oke, ini poyo.  why don't you give your sweetest smile to her/him back?? :) even a SMILE is charity.


oke, terperasan macam dah terkeluar tajuk dah sekarang. apa-apa pun semuanya bergantung kepada niat kita. belajar kerana Allah, bukan kerana nak cemerlang saja, bukan sebab nak kerja. #Reminder for me too. konklusinya, rajin-rajin la muhasabah diri, reset niat balek. takut niat tak betol. T_T
"Ya Allah, tetapkanlah kami di jalanMu. tegurlah kami saat kami terleka. ampunkan segala dosa-dosa yang telah kami lakukan, yang sedang kami lakukan dan yang bakal kami lakukan." amin ya Rabbal 'alamin.

<3syahirah

Thursday, January 17, 2013

LISTEN. kini tinggal kenangan.

assalamualaikum w.b.t

memandangkan sekarang ni femes dengan isu LISTEN. LISTEN. LISTEN, tapi saya tak nak pun cerita pasal tu. benda tu  mesti semua orang dah tau. tengok kat fb, youtube and so on. tarikh hari ni adalah tarikh yang agak bermakna dan sebab tu saya 'gagah'kan jugak diri ni nak taip. -.-" huhu..

17.1.2012 setahun yang lalu, hari pertama saya dan kawan-kawan batch Jan 12 AWESOME menapakkan kaki ke bumi UTP untuk meneruskan pengajian lepas SPM. sebenarnya saya sendiri TAK EXPECT LANGSUNG boleh lepas interview hari tu. seriusly. :| frankly speaking rasanya tyme inteview tu saya rasa saya tak buat sehabis baik pun. dan saya rasa saya la yang paling tak menonjol tyme interview dalam group tu. +________+ tapi dah Allah tetapkan rezeki saya di UTP, sapala kita nak mengubah takdir. :)

alhamdulillah, sekarang genap setahun di UTP. what i can say is: I MISS MAS JAN 12. :') rindu sangat kenangan tu. andai dapat kuundurkan masa. mungkin ada yang marah atau berdendam dengan facee sebab marah kita, cakap kita S_M_A_ laa.. tapi bila difikirkan balek, normal la tu. minggu orentasi kan? lagipun, macam presiden MPPUTP kata, "..Jangan berdendam neh. Ambil yang baik bakul sampahkan yang kurang baik sepanjang MAS dan slot-slot disiplin.." bagi saya, saya sangat berterima kasih kepada abg baim dan facee2 yang lain. paling tak boleh lupa, tyme malam MAS. gimik yang sangat best + cuak. tak pernah saya rasa sebelum ni. (Y) hanya orang yang kena tyme tu ja rasa macam mana perasaan tyme tu. dahla kena panggil berdiri kat depan, depan-depan tu tiba-tiba TERtatap muka HOD discipline dept. :X silap besar la tyme tu. hahahha. last sekali tengok-tengok gimik untuk sambut birthday dan yang sedihnya saya jadi mangsa keadaan sebab bukan birthday saya hari tu. k bye. -.-"


sem Jan 13 ni, ada jugak segelintir budak-budak Jan 12 yang jadi facee. :) hmm. masa yang cepat berlalu. semua tu kini hanya tinggal kenangan. tapi in sha Allah saya takkan lupa. teringat pulak hari first tu sebelum masuk Main Hall untuk mula MAS, terjumpak dengan first facee merangkap senior kat depan pintu MH tu. :) alhamdulillah, Allah temukan saya dengan orang yang saya rasa sangat baik, sopan, perform akademik + kerja Islam. semoga ukkhuwah yang terjalin bukan hanya di UTP in sha Allah sampai syurga. amin. :')

mengenalimu satu anugerah yang berharga dari Yang Maha Esa. :D
pesanan penaja: semoga semua Jan 12 akan perform setiap sem dan dapat result yang AWESOME like our batch. :) amin.. #missing someone. :'/




<3 syahirah