Wednesday, November 26, 2014

dialah HERO, dialah PAKWE...

assalamualaikum w.b.t

cont. dari post sebelum ni.
ya. hati mana yg tak tersentap bila ahli keluarga sendiri yang eksiden. aku kena tinggal kt rumah sorang2 tyme tu sebab aku tak sedaq mak & abah kol, sebab henset silent tyme kerja. ptg tu, hati gelisah mmg tak sedap duduk. tunggu khabar dari abah ja untuk tau perkembangan Iwan (adik lelaki aku). :'(

jujurnya, hanya Allah tahu macam mana aku rasa time tu. tak dapat digambar dan ditaip macam mana 'perasaan' tu. dlm pukul 7pm abah kol Iwan kena pindah dari Hosp Bukit Mertajam ke Hosp Seberang Jaya pulak sebab dia ada kecederaan kat hati. semakin menjadi tak senang duduk aku. alhamdulillah, Allah hantar makcik aku untuk bawak aku ke hosp untuk jumpak dgn mak, abah & Iwan kat hosp. bersyukur sangat2.

sampai dkt wad ICU, nampak mak & abah duduk kat bangku kt luar wad tu. muka mak memang jelas baru lepas nangis. sebak menyelubungi diri..... *nangis. pastu abah ajak aku masuk wad ICU, tengok Iwan. aku ikut abah dari belakang. sampai kat katil Iwan, (aku ingat lagi, katil no 10) aku rasa macam bergetar seluruh badan. tak sampai hati tengok dia macam tu, sebab tak pernah tengok dia macam tu. paling teruk pun demam. aku rasa hmmmm... *menahan sedih* *menahan air mata*

dalam hati, "Iwan, kenapa jadi macam ni? doktor, tolongla selamatkan adik saya." *saia ta kuad* ada jugak terdetik dalam hati "Angah rasa kamu pesakit paling hensem dalam wad ICU ni. walaupun wayar sana sini." habis baca doa, aku keluar wad balik dgn abah. kami setia menunggu Iwan yg masih tak sedarkan diri. masih kaku atas katil. mengambil giliran solat, berganti-ganti masuk wad sesekali utk cek keadaan Iwan.

29.10.2014 (4.00am) Along sampai hosp dari UM. lepas dia keluar dari wad tgk Iwan, ternyata dia pun tak dapat tahan air mata. abah kata pagi nanti pukul 8am Iwan nak kena operate hati. doktor kata hati dia hancur. dalam hati aku "Iwan, kalau boleh derma hati, Angah nak derma dekat kamu." & berdoa "Ya Allah, berikan peluang kedua kepada adikku ya Allah." ni memang betul-betul hati hancur. bukan yg orang selalu kata hati hancur sebab baru clash dengan kapel memasing. hmm. pagi tu dalam pukul 8am lebih adik perempuan yg dkt Irshad pulak baru sampai. alhamdulillah ada sepupu yg sudi tlg ambikkan dia. tyme tu Iwan tgh dioperate. so, adik ak sempat nak tgk abang dia. aku pendekkan cerita, habis operate kedua, doktor kata iwan makin kritikal. tekanan darah makin kurang. dia tunggu masa saja. dan macam2 lagi ayat yg keluar yg membuatkan aku sendiri tak dapat tahan air mata & membuatkan aku rasa aku nak ganti tempat Iwan. :'( kalaulah bolehhhhh. ptg tu ramai yg datang dkt hosp. RAMAI. serius. kawan aku kata sampai beratur. yala, sekali masuk boleh dua org ja. tyme tu mak suruh kami adik beradik balik. kata mak "angah, adik, along balik kemas rumah. kita nak sambut Iwan buat kali terakhir." dan air mata pun mengalir tanpa henti. *nangis lagi. seperti yang dijangka, (tapi masih berharap tidak akan terjadi) malam tu kami pergi balik ke hosp berkat bantuan sahabat aku. alhamdulillah, kami adik-beradik sempat tgk dia sebelum dia pergi. mak suruh aku baca yaasin kat iwan tyme tu. mak & abah ada dgn doktor dkt meja dekat dgn katil tu. makcik aku pun ada.

memang susah untuk aku habiskan yaasin masa tu. mana taknya, baca sikit, nangis. tyme baca yaasin tu, tiba-tiba aku dgr makcik aku cakap "innalillahiwainnailaihiroji'un...." rasa macam jantung aku berhenti seketika. makcik aku tanya doktor utk minta kepastian. dan akhirnya mak dtg kat aku dan peluk dari belakang "Iwan dah tak dak Angah." aku jadi speechless dan reactionless. only a few second baru aku nangis dan Along, adik & pakcik aku tetiba muncul kat dalam wad tu. abah peluk kami adik beradik. "adik, adik dh tak dak abang dh.. Angah dah tak dak adik lelaki dah." suasana sedih & pilu menyelubungi kami sekeluarga. semua, tak terkecuali menangis. paling teruk mak lah. yalah, orang yang paling lama hidup dgn Iwan. sebelum Iwan lahir ke dunia, Iwan duduk dlm kandungan mak. Iwan lahir, mak jaga dia dgn abah sampai dia 17 tahun. tak sangka Allah hanya pinjamkan dia pada kami selama 17 tahun 8 bulan. abah mintak kat doktor utk kucup Iwan. pastu mak, Along, aku & adik. aku cerita sampai sini sajalah. nak cerita lagi, takut panjang sgt entry ni.

aku terkilan sebenarnya...
1) sebelum Iwan meninggal, aku ada janji nak jual henset samsung Galaxy Grand aku kat dia dgn harga RM 150. lps habis kenduri arwah semua, mak cek dompet dia ada RM 130. aku syak dia simpan duit nak beli henset aku. serius, setiap kali tgk henset tu aku teringat kt Iwan. if I know, i will not sell to you. but i will give it to you free of charge. :'( sehari sebelum dia eksiden, malam tu dia ada tanya aku "Angah, macam mana? dah install ka semua yg abang nak tu? fb, insta, whatsapp, wechat?"
2) sebelum dia pergi, dia banyak kali bagitau aku, dia nak sangat sweater hitam aku. tapi aku tak bagi. dia offer macam2, nk tukar dgn sweater dia la, tukar dgn henset dia lah. aku tetap tak bagi. tapi aku pelik, sweater hitam aku tu kosong saja. hitam sesungguhnya hitam saja. tapi apsal dia nak sgt? padahal sweater dia lg cantik aku rasa. nak ditakdirkan, masa eksiden Iwan pakai sweater aku tu. ya, aku dah halalkan... dan aku menyesal tak bagi kat dia sebelum ni. T_T
3) masa eksiden tu jugak Iwan pakai tshirt "Fear Allah, do you?" yang aku beli kat dia kat UTP. sebab dia nampak aku pakai baju tu kat rumah haritu dan dia pun teringin. dan aku pun dgn baik hatinya belanja baju tu kat dia satu.
aku sedih, kenapa dia tinggalkan kenangan-kenangan yg tragis macam tu utk aku? :'( hmmm.

ya Allah, kurniakan kami sekeluarga kekuatan & ketabahan. terutamanya kepada ibuku. kerana ibuku lah yang paling sedih antara kami semua. ajarkan kami erti redha ya Allah.

#np bila waktu telah berakhir - Opick
#np di mana kan ku cari ganti - P.Ramlee
#np Bukan Milik Kita - Sixth Sense

dialah HERO, dialah PAKWE. skrg, aku dah tak ada pakwe. :(

raya tahun lepas. tahun depan tak tahu la macam mana. T_T abah sorang lelaki

dua HERO aku, sekarang tinggal seorang. hmmm

ya, aku tau dia hensem. dia dh tak dak baru nak puji. :'( *kenangan di Cameron

raya tahun ni. tak sangka ni raya terakhir dgn Iwan. :"(


Al-fatihah. semoga roh adik Angah dicucuri rahmat. Iwan, walau tiada di mata kini, tapi dekat di hati ini. kami takkan lupakan kamu. kami sentiasa ingat dekat kamu. kamu selalu ada dalam doa kami. tunggu kami kat sana. semoga kita sekeluarga dapat berkumpul balik di syurga Allah yg hakiki. aminnn. insyaAllah. :'( ANGAH SAYANG IWAN SAMPAI BILA-BILA. KAMU ADIK ANGAH. 

*nangis*



Tuesday, November 11, 2014

tragedi Oktober

assalamualaikum w.b.t

terlalu lama sangat blog ni tak diupdate. sangat lama. entahla, mungkin sebab masa tak mengizinkan.

28 Oktober 2014 hari yang tragedi bagi aku dan hari tu jugak first day aku start kerja dekat AEON BM. tak sangka, Allah sebenarnya tak izinkan aku untuk bekerja lagi. hmmm.

petang tu, lepas balik kerja pukul 4.10pm macam tu.. aku sampai rumah, kereta mak tak dak, moto abah & Iwan pun tak dak. pelik. memang aku pelik. sebab:

1) sepatutnya mak dah balik sekolah waktu tu.
2) selalunya abah pi sekolah dengan kereta. tapi kenapa tiba-tiba pulak naik moto

aku risau. masuk rumah, cek fon rupa-rupanya ada miskol dari mak & abah. bertambah risau. dalam hati "Ya Allah, janganlah jadi apa-apa pada mereka."  perasaan aku time tu Allah ja tau macam mana. tak lama lepas tu abah call. abah cakap ada kat Hosp. BM. Iwan accident dengan lori. rasa macam jantung disentap! Allahurabbi.

to be continued....

Monday, April 14, 2014

siapalah aku...

assalamualaikum w.b.t

i am not the one yang layak untuk bagi pendapat atau nasihat & seangkatan dengannya. tapi sebagai sahabat, aku nak kau tau, walau macam mana pun kau nak jauhkan diri dari sahabat, perasaan sayang tu tak boleh paksa untuk pudar. memang, memang aku tak reti, tak pandai, tak tahu dan jahil bab-bab nak nasihat, pujuk sembang dengan kau. tapi jauh di sudut hati aku, nak sangat tegur, sembang dengan kau macam dulu. macam dulu. :'(

kadang-kadang aku sendiri sentap. sentap sebab aku tak mampu nak tarik kau, aku tak mampu nak gembirakan kau. aku takut, takut sangat kalau kalau kita tak boleh kembali macam dulu. (na'uzubillahiminzalik) sahabat, ego tu semua orang ada. aku sendiri pun ngaku aku ada ego tu. cuma kita kena ingat, kita ada Allah. semua orang diuji, cuma yang bezanya cara Allah uji kita. ada yang diuji dengan nikmat kekayaan, ada yang diuji dengan kekuasaan, ada yang diuji dengan musibah dan ada jugak yang diuji dengan diri sendiri. takpa, pelan-pelan. u can take your time but please make it not too long. :)

bagi aku sendiri, memang kalau boleh jangan expect too high to someone or apa-apa ja la. kalau expectation kita tak tercapai, kita yang akan tereffect, kita yang merana. yes, some people said "aim high." but for me, aku rasa macam tak applicable sebab takut camtu la. at least kalau kita tak expect too high, kita akan rasa lega dan kalau resultnya lebih dari expectation, kita akan rasa terharu. *huuuuhhh, apa yang aku merapu ni? serabut ja ayat.* -.-" harap kau faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

even diri ni bukanlah sesiapa, kau lagi hebat kalau nak dibanding dengan aku. *ni serius, bukan nak ambik hati ka apa. tapi aku sedar, perjalanan kita ni jauh lagi. memang aku tak hebat, nak dibanding dengan kau, apatah lagi dengan arwah kak atikah. cuba bayangkan apa arwah kak tikah rasa kalau dia tau kita macam ni? ya Allah, tak sanggup aku nak kecewakan naqibah kita sekali lagi. aku harap kita ingat balik apa yang kak tikah nasihat, cakap kat kita malam tu. :'( tapi aku cuma tanamkan dalam hati, dalam diri, Allah tak cabut nyawa aku lagi sebab Allah nak bagi peluang kat aku untuk jadi hebat macam orang-orang lain. Allah nak bagi aku peluang buat baik banyak-banyak so that nanti boleh mati dalam husnulkhotimah. how i wish you can understand what i try to say.

<3 syahirah

Monday, March 24, 2014

Where are you?

assalamualaikum w.b.t

*cuci-cuci habuk* first sekali, aku bersyukur Allah masih hidupkan aku. kedua, tak sangka boleh update blog lagi setelah beberapa bulan berhabuk macam rumah usang hujung kampung. *leuls, scary~

somehow, post ni special dedicated to one of my sahabat.

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG


siapalah aku nak dibanding dengan orang lain. tapi aku yakin orang lain pun rasa yang sama. aku tak tau macam mana nak jadikan keadaan kita yang dulu, yang sebelum ni happy happy, yang sebelum ni karok sekali, yang sebelum ni makan tak kenal erti kenyang, yang sebelum ni sengal nak mampos. *maaf ayat kasar. jauh di sudut hati aku memberontak "aku nak kau yang dulu~!!!!" mungkin kita tak tau macam mana nak mula, tapi aku sentiasa harap sangat suatu hari (dalam masa terdekat) kita dapat pulihkan balik apa yang berlaku sekarang. serius, i don't know how. #ifuknowwhatimean sobs sobs. :( aku orang paling gembira kalau persahabatan kita jadi macam dulu lagi. :') sekian. sincerely me for you.

<3 syahirah