Wednesday, February 29, 2012

kegilaan yang melanda diri. :p

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah selesai sudah test 1 chemistry pukul 4.30pm tadi. gile betol. memang nak dying la jugak kan.?! soalan pun,.. haih~ =.=' time first-first nak masuk MPH 2 tadi, gile ketaq. tapi saja buat cool, buat relax. kononnya dah habis baca semua la, padahal baca lecture note je pun. masuk hall, letak beg kat belakang. pastu, pilih tempat ikut suka. dah duduk tu, sementara tunggu yang lain masuk, tetiba dalam hati TERbaca doa "allah hi awwaluhu wa akhiruhu" (doa bila lupa baca doa makan). memang tak betoi, tak payah la gelak banyak-banyak, sikit-sikit sudah la. =.=' macam mane boleh baca doa tu pun saya tak tau. orang baca doa kursi ke, doa nak belajar ke, takpe jugak. ni, tetiba baca doa bila lupa nak makan. ingat nak makan ke time tu..? adoi.. mungkin ye, mungkin tak. mungkin sebab terlalu gelabah kot, tu jadi putus fius sikit. alhamdulillah, sekarang dah boleh berfungsi seperti biasa balik. (^_^) heheh.

lepas ni test 1 pre-calculus pulak menanti. ha, yang ni kena sedia awal-awal lagi. kalau tak, bukan doa bila lupa nak makan ja saya TERbaca nanti, dengan doa nak masuk tandas pun termasuk jugak nanti. tak pasal-pasal. hmm, musykil jugak kenapa boleh jadi tak betol sampai macam tu.. huhuu. harap-harap test 1 chemistry tu saya dapat keputusan yang terbaik daripada Allah.. :) kita kan kena bersangka baik dengan Allah. :D sekarang ni, tengah tunggu nak pegi kelas yang kalau boleh nak langkau je tiap-tiap minggu sampai abes sem iaitu kelas TUTORIAL ENGLISH. :((

sekarang saya sambung balik sebab tadi saya save as draft. maklumla, nak pegi english tutorial. =.=' tadi, alhamdulillah ada seorang lagi muslimah yang join kelas tuu. orang yang dulu dia tak datang tu la. tapi dia bukan sama batch ngan saya, dia bukan batch JAN 12 AWESOME :D hehehe. dia batch sept 11. huhuu. hmm, setakat tadi tu, okela. bersembang la jugak. tapi tak tau la macam mana. malam ni sir terang pasal poster yang kena buat dengan partner tu. huuuh.!! agak kecut la jugak. dahla kena lukis, banyak pulak benda yang kena ikut. itu kena buat la, ini tak boleh buat la. hmm. nak buat macam mana... dalam hidup ni semua ada peraturan. :) nak tidur pun ada peraturan, iaitu ingatla saye.. :) hehe. lawak je.

rasanya, setakat itu saje. kalau nak cerita lagi, memang tak boleh diceritakan sebab malas nak taip. hahah :)

<3 syahirahnsmr

Saturday, February 25, 2012

tak terniat pun nak buat macam tu. :'(

assalamualaikum w.b.t

kalau tak, petang tadi lagi nak update blog ni, tapi idea tak masuk. =.=' pikir punya pikir last-last ade jugak idea yang datang sebab satu perkara yang berlaku pada diri saya hari ini. SERIUSLY, saya tak suka bila saya berada dalam keadaan rasa bersalah terhadap seseorang lebih-lebih lagi orang yang saya sayang. sebabnya, boleh membuatkan saya menangis, boleh membuatkan saya menghukum diri saya sendiri tanpa orang lain yang suruh. :(

tadi, lebih kurang pukul 8.00pm macam tu la saya online fb. kebetulan, mak saya pun online jugak(maklumla, dunia dah maju, semua orang ade fb.. :P) jadi, saya pun memulakan chatting dengan mak saya. mula-mula oke la. tanya buat apa, pastu sembang la sikit-sikit pasal diri saya kat sini. tiba-tiba mak tanya, " tak nak gitau ka kat mak 8 mac ni nk balik. nak pi kem la. habaq kat along je ye." betapa terkejutnya saya. tiba-tiba rasa


bersalah pulak datang. memang tak tau nak cakap ape time tu. tapi try jugak balas. "ha, memang la nak gitau tapi tak sempat. along tu pun kebetulan dia online time tu. sori." mak saya pulak balas, "telefon kan ade boleh telefon. kan dah topup." ahhh,, rasa bersalah lagi. :'( pastu, saya balas" em, yela. tak tertaip pun mesej." masa tu memang dah blank, taktau nak balas ape dah. huhuu. mak saya balas lagi, "kalau nak suruh topup boleh pulak, kan.?" saya rasa semua orang yang berada di tempat saya akan rasa benda yang sama. bukan tak nak bagitau dan bukan jugak tak nak mesej. tak taula nak cakap macam mana. memang dah niat nak bagitau haritu, tapi terlupa dan kadang-kadang tak sempat.

yang along tu pulak, kebetulan dia online dan kebetulan sembang pasal balik rumah ngan dia. so, TERbagitau kat dia. :'( serius cakap, memang rasa bersalah tahap GIGA (dalam fizik=10 kuasa sembilan) huhuu.. tak terniat nak membelakangkan mak. tak terniat pun kat hati tak nak mak tau. tak terniat jugak dalam hati untuk mengguris hati mak. mak, angah mintak maaf sangat-sangat. angah tau mungkin salah angah sebab tak bagitau kat mak dulu, tapi angah harap sangat mak tak terasa hati dengan angah. kalau mak nak hukum angah, angah terima. kalau mak tak hukum pun, insyaAllah angah akan hukum diri angah sendiri sebab memang semulajadi angah akan hukum diri angah kalau rasa bersalah. :(

mak, tolong restu angah. angah tak kan rasa tenang selagi rasa bersalah tu ada dalam diri angah walaupun angah dapat jumpe dengan orang yang selalu buatkan angah tenang kat utp ni. insyaAllah, angah janji lepas ni angah akan cuba sedaya upaya untuk mengutamakan mak lagi daripada orang lain dan takkan bagitau orang lain selagi angah tak bagitau mak. tapi, angah mintak maaf sangat-sangat sebab angah tak boleh nak bagitau mak pasal peribadi angah. tak taula nak cakap macam mana. tapi, yang pasti bukan semua orang boleh luahkan apa yang diorang rasa. mintak maaf sangat-sangat sebab angah bukanlah anak yang baik. :'(
angah sayang mak dan abah.


<3 syahirahnsmr


Friday, February 24, 2012

letih vs seronok :)

assalamualaikum w.b.t

huuuhh...! agak letih hari ni. memandangkan hari ni agak padat, tambah pulak puasa sunat lagi rasa letih. tapi biasala tu.. puasa memang la letih kalau tak biasa. mungkin dah lama tak rasa penat camni sebab sebelum ni puasa kat sekolah mana ada kena naik sampai tingkat 4 pastu turun pulak gi kelas kat Lecture Hall 1, block 01-01-05 pastu pre cal punya tutorial pulak kat blok J. malam pulak kelas yang paling tak mau pegi, kelas english tutorial =.=' kat blok I. huhuu. memang terasa sangat la letihnya~ TAPI.....

rasa letih yang kita rasa, tak kira la letih gi belajar ke, letih gi main ke, letih kerja ke.. semua tu tak tertanding dengan letihnya seorang IBU melahirkan dan menjaga kita. :) siang malam sanggup bergerak pi sana pi sini. nak buat susu la, nak bagi mandi la, nak basuh baju la... semuanya la. ada ke IBU kita merungut cakap, "ish, penat aih dok jaga budak ni. dahla aku breakfast lagi." takde kan.?! kalau ada, mesti dah lama dah kita ni terbiar. tapi, alhamdulillah kita dan SAYA masih hidup di dunia yg sementara ni. :) kita tak dapat rasa betapa penat dan letihnya seorang IBU jaga kita sampaila nanti kita yang akan rasa sendiri. so, rasanya kalau letih sikit-sikit macam ni, lebih baik mehasabah diri ke, sembahyang ke, tak pun buat je la apa yang mampu.

saya nak share satu mesej yang dihantar oleh seorang akak fasi MAS di UTP ni, :) tak taula dia ambil kat mana, tapi yang pasti saya dapat mesej tu daripada dia. :) " apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, kebaikan yang dilakukan akan terus kekal... dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal... dan ingatlah kewajipan itu lebih banyak daripada waktu :)" thanQ akak. :D

<3 syahirahnsmr

Tuesday, February 21, 2012

kepupusan wanita di UTP :(

assalamualaikum w.b.t

selama ni ingatkan perempuan sentiasa ramai daripada lelaki. maklumla, akhir zaman~ rupa-rupanya ada jugak tempat yang lelaki lebih ramai daripada perempuan iaitu di UTP. huhuu.. fakta ini terbukti bila saya dapat kelas tutorial untuk english dalam group 20. first, perempuan hanya 3 ke 4 entah. yang pasti tak lebih 7 kot. second, i am the only muslimah(perempuan+muslim) in the class. :'( sebenarnya, ada sorang lagi nama perempuan dalam kelas tu, tapi dah dua kali tak datang pun kelas. tukar la kot. panjang ceritanya kalau nak cerita kenapa tiba-tiba ja saya sorang ja perempuan islam yang ada dalam kelas tuu. huhuu.. sedih.. tak boleh digambarkan~

dahla sorang ja muslimah kat situ, kelas pulak malam. rasa macam tak nak gi tutor pun ada. :( tapi nanti tak lepas untuk sem depan pulak. hmm.. nak buat macam mana, dah takdir. redha je la. tapi takut jugak. kelas tutor tu pulak malam hari rabu & khamis. kalau nak puasa hari khamis, terpaksa la berbuka dengan biskut je macam haritu sebab takut tak sempat. :'( ade orang cakap sempat lagi makan nasi goreng usa. tapi haritu makan beberapa ketul biskut dengan sedikit air pun sampai kat kelas pukul 8.15pm. terlewat 15 minit. dah tu pulak kelas buat kat BLOCK I. lain kali buat la kelas kat BLOCK 19. senang sikit, biar sampai pukul 9pm. burn 1 jam. haha. :P

yang menariknya, time MIKRAJ (majlis ilmu rakan masjid junior)*kalau tak silap la :p perempuan lebih daripada lelaki. heheh.. TERBAEK! harap-harap berterusan. :) hmm, sekarang ni terpaksala saya menjaga diri saya dengan lebih baik dan teratur. (teratur..? =.=' paham-paham jela.) tak lupa jugak, rasanya saya kena lebih dekat dengan MAHA PENCIPTA untuk mintak perlindungan selalu.. :D

<3 syahirahnsmr

Sunday, February 19, 2012

surat untuk dia... =)

assalamualaikum...

'Surat Untuk...' tiba-tiba haritu terbaca entri seorang akak faci MAS ni.. punyala semangat baca, ingatkan surat untuk sapa, rupanya surat untuk UMAR.. ayat tu dahla berbunga-bunga, romantik pulak tuu. papepun, tuan punya badan tau sapa sebenarnya umar. :) tapi yang pasti umar tu bukanlah sesuatu yang bergelar manusia. =.=' adoi... "apela akak ni. buat suspen je." :) so, terdetik la pulak saya nak tulis surat tapi bukan untuk Umar, surat ni untuk seorang insan bergelar ALONG. =)

memang ramai pun yang pegang gelaran along ni. tapi insyaAllah ni khusus untuk along yang ada di UM kelantan tuu. tapi sebenarnya, harap-harap dia tak baca.. :p segan kot.

assalamualaikum w.b.t

along, sebenarnya, angah nak mintak maaf.. banyak sebab, tapi antaranya sebab:-
1. angah dapat laptop, tapi along guna notebook je. padahal along anak sulung, yang patut dapat dulu. tapi angah pulak yang dapat laptop.
2. angah dapat hadiah sebelum keluar result spm lagi. along yang dah dapat result pun belum dapat hadiah lagi.. (seingat saya la.. )

sori sangat-sangat. bukan angah yang mintak kat mak & abah. angah mintak notebook sebab kesian kat mak & abah nak kena keluar duit banyak-banyak. tapi mak cakap guna laptop lagi senang, ada tempat bubuh CD. kalau lecturer nak assignment dalam CD senang la. notebook takdak tempat buh CD. (walaupun taktau ada ke lecturer mintak assignment dalam CD..? =.=') hmm,. bila dah ada laptop memang la senang. senang nak online, :P senang nak tengok e-learning, dan senang jugak nak update blog. :) tapi dalam masa yang sama rasa bersalah pulak kat along. for the last time, sori, sori n sori.. :( harap-harap along tak ambil hati sebab ni..

<3 syahirahnsmr
assalamualaikum...

sebenarnya, setiap kali nak update blog, takdak idea. asal nak update je, mesti otak jadi blank~ time tak nak update banyak plak idea-idea datang menjenguk. huhuu. so, rasanya boleh kot kalau saya nak share apa yang saya buat time otak tengah blurr+takdak keja nak buat.. bila dah takdak keja nak buat, mula-mula berangan. lepas berangan terdetik pulak nak buat karya yang sebenarnya tak layak dipanggil karya pun. :( bila-bila free ja, mesti terlintas nak buat karya iaitu lukis huruf blok. maklumla, kat utp join RM (rakan masjid) dalam lajnah LRKK a.k.a lajnah rekreasi, kebudayaan n kesenian. :) jadi, hati pun tergerak nak berseni. buat masa sekarang baru sepuluh karya yang dihasilkan. maknanya, sepuluh kali ja ka ada masa lapang..?

eh....! takkan la sepuluh kali ja masa lapang, ada lagi masa lapang. tapi takkan setiap kali free nak lukis tulisan blok..? mau jadi blok jugak tangan ni nanti. :) emm, nilah hasil lukisan daripada tangan seseorang yang tak berapa berseni, tapi ada la jugak. hahaha. :D antaranya yang di bawah ni. ada lagi 4 tapi malas nak upload.. :p







itu saja yang mampu saya tunggu. hehe. yang lagi empat insyaAllah nanti-nanti kot. for your information, semua ayat-ayat ataupun kata-kata tu saya lukis berdasarkan apa yang terlintas dan teringat di fikiran time tu. mungkin ada pihak yang terlibat secara tidak langsung tapi macam biasa, nama, alamat dan ic dirahsiakan. :) lastly, i<3 art. :D

<3 syahirahnsmr

Sunday, February 5, 2012

BELIAU... idolaku di UTP :)

Assalamualaikum.

first sekali, saya nak petik sedikit rangkap daripada sebuah lagu BISIKAN NURANI dari kumpulan In-Team.
 http://www.youtube.com/watch?v=9LmMwiHbgDo

                                   bukan aku memuji,
                                   apalagi memuja,
                                   salahkah kukagumi... :D

harap-harap semua tak salah faham. memang idola first sekali nabi muhammad s.a.w tapi idola saya ni hanyalah seorang yang saya kagumi dan hormati di utp. dengan kata lain, idola saya di utp. em, paham-paham jela macam mana. tak reti nak terang macam mana dah. :(

of course beliau adalah seorang perempuan dan muslimah. :) nama, alamat, birthday, ic semua dirahsiakan. biarlah rahsia~ haha :) alhamdulillah buat masa sekarang, hanya saya dan ALLAH saja yang tahu siapa gerangannya. :))  saya bukan suka-suka tiba-tiba jadikan beliau idola saya. ada sebab-sebab yang membuatkan saya jadikan beliau idola saya. (sori kalau ayat tunggang langgang) sebabnya.... :-

1) seorang yang baik :)
2) lemah lembut
3) sopan sangat mcm perempuan melayu terakhir. heheh
4) lawak jugak. kadang-kadang cara cakap dan kadan-kadang perlakuan beliau yang melucukan. :D
5) tak pernah pulak nampak beliau sembang dengan fasi laki tyme MAS.
6) cara bercakap pun sopan
7) berjalan pun sopan. boleh dikatakan semuanya lah sopan+lembut
8) wajah beliau lembut dan dapat menyejukkan mata yang melihat. (taktau la kot-kot mata saya sorang ja.)
9) penyayang
10) suka tengok+dengar bila beliau bercerita.


dan ada lagi la sebab-sebab lain yang tak dapat ditulis di sini. tak kan nak tulis semua kot. jenuh la~ =.=' hahah. semoga ukhuwah yng terjalin antara saya dan idola saya tu akan lebih erat dan berkekalan.. :)) amin...
kalau nak tau sapa, text la saya. insyaAllah saya tak bagitau. :P sori. heheh.

<3syahirahnsmr