Monday, August 29, 2011

hari lebaran~ :)

uuiiishhh...
lamanya tak update blog aku ni.. huhuu..
maklumla buzy la katakan.
em, esok raya. insyaALLAH. kalau bole, nak ja aku lama-lama dalam bulan RAMADHAN ni.. :)
bukan apa, rasa cam tenang ja walaupun ada kelas tambahan.
tak tau kenapa, tapi yang pasti aku rasa tak letih sangat pun.
mungkin nikmat daripada MAHA PENCIPTA~ :)

sat ja an, nak raya dah.
pastu,lepas raya nanti pulak aku nak trial spm.!
adoi...! beraya dengan buku la aku tahun ni..=.='
nak buat macam mana, by hook or by crook, aku kena gak raya ngan buku..
kalau tak, macam mana nak dapat straight A,kan..?!
tak pa,setiap kesusahan akan disusuli dengan kesenangan.

di kesempatan ini, aku/saya/ana/i (NUR SYAHIRAH BT MOHD RODZHAN) ingin mengucapkan........

SeLaMaT hArI rAyA.. MaAf ZaHiR dAn BaTiN. :)
aku hanya seorang insan yang tak sempurna,
so, maafkan segala salah n silap aku.
for all SPM CANDIDATES 2011,
all the best untuk trial & SPM 2011..
kita kasi gembak.! :D
<3 fimie

Sunday, June 12, 2011

BANGGA dengan dirinya~ :)

untuk pengetahuan saudara & saudari sekalian yang membaca post ni, orang yang aku bangga tu ialah: SHAFIMIE SAEDON.. a.k.a FIMIE DON.. yeah,.! bagi aku dia memang seorang artis cilik yang TERBAIK..! diulang, BAGI AKU. means pendapat aku.. clear...?! :) dalam post ni, aku nak share serba sedikit tentang apa yang aku bangga dengan si comel fimie ni.. :D cerita di bawah ni ditulis sendiri oleh fimie di fb dia..aku hanya copy paste.. :)) so,enjoy ya~ :D

Meniti perjalan seni dari usia semuda 4 tahun lagi, hanya membawa watak extra saja, itu pun kebetulan ada org minta budak kecik.Mama kata its ok to try.....hari demi hari, pandai membaca seawal 5-6 tahun.....tanpa ke sekolah tadika tapi abg sulung fizie dan kakak finie selalu buat kerja sekolah dan fimie suka duduk buat bersama mereka sehingga tanpa sedar dah pandai baca buku hahahaha....
pada usia 7 tahun mendapat watak pelakon  pembantu buat kali pertama dalam drama KUDRAT yang diterbit oleh RTM (inhouse)..... kemudian drama demi drama, Fimie dapat tawaran dr ACE motion dalam drama BONG tv9 sebagai Aiman......dilamar oleh Filem Scape untuk Hikayat Putera Shazlan yang meletupkan fimie dalam Astro Ceria.....syukur hingga kini dikenali sebagai Putera Shazlan, tuah datang lagi bila mula mendapat tawaran filem terbaik MAGIKA seronoknya hingga menjadi pelakon Kanak2 terbaik 2010. Sungguh tak sangka! ALHAMDULILLAHHH........2010 Dua buah filem fimie serentak ditayangkan 1st ramadhan iaitu senario asam garam dan magika. Dan kedua2nya watak utama.............
Perjalanan seni bukan lah senang. Sering dikutuk, dimarah, dimaki, dihamun, dihina dan macam2 tapi fimie tak takut persaingan kerana fimie percaya kami semua berbakat semua anak2 seni ada bakat masing2, boleh berlakon, menyanyi, menari, pengacara, model, dan macam2.... jadi jangan pandang rendah pada bakat anak2 seni.... akhirnya fimie menjadi pengacara termuda yang mengendalikan live talk show dalam Nasi Lemak Kopi O..... kerana petah bercakap medapat tawaran lagi didalam Ole2 Chef Zam & Fimie, kemudian Berita adik, adik di9, cutipedia, ABU international program, Chimie si anak ayam, kraf-kraf kreatif, wow, dan lebih dari 10 program fimie jadi pengacara menjadikan fimie kanak2 pertama mengenalikan pengacaraan terbanyak dan termuda.....
syukur dgn rezeki Allah berikan dari kecik. Juga fimie sudah pun merakam dan menyanyi untuk Selamat pagi Putera puteri RTM. banyak lagu dah dirakam menjadikan fimie secara tak langsung boleh menyanyi..... dan bila usia 12 tahun fimie telah berjaya menghasilkan SINGLE pertama iaitu Bintang-bintang & Untuk mama & papa...... kini usia 13 tahun fimie dah ada SINGLE ke2.....happy sangat walaupun fimie bukannya  penyanyi yang terkenal tapi syukur ada yang tau bakat fimie. Akhirnya lagu mam & papa menjadi lagu tema untuk hari ibu 1 malaysia pada tahun 2010 yang di persembahkan di depan Dato' shahrizat dan juga di persembahankan pada Tun sri siti Hasmah mohd ali perlancaran pencarian duta 1 malaysia.......dan kemudian lagu ini menjadi lagu tema drama CUCU SEORANG PRIMADONA.....  berjaya memasuki muzik2 walau tak dapat masuk carta yang lama tapi fimie tetap syukur.....
hari ini fimie puas dgn apa yang fimie dah buat tapi ingat fimie masih anak kecil berusia 13 tahun. Jauh dan banyak lagi yang perlu dipelajari.........SEMESTINYA..........
TERIMA KASIH pada semua Keluarga, Saudara Mara, Kawan2, Guru2 sek rendah dan Menegah juga tak lupa PEMINAT - PEMINAT yang sentiasa menyokong fimie.....

Dari darjah 1-5 fimie sering ponteng sekolah jap pergi jap tidak, tapi bila tahun 6 mama tolak semua tawaran DEMI untuk UPSR.... waktu ni berjuang buat yang terbaik untuk buktikan anak seni juga boleh berjaya akhirnya selepas UPSR keputusan diumumkan..... fimie mendapat 2A 2B 1C..... rasa bersyukur sangat kerana tak gagal..... tapi pada fimie PELAJARAN DAN AGAMA penting dalam hidup kita..... dan tak boleh diabaikan....

Kini Perjalanan ini masih baru, muda dan mentah..... Perjalanan ini masih awal dan jauh...... bantulah fimie bimbinglah fimie untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik......tapi tanpa PAPA & MAMA serta family....
Fimie tak akan berjaya...............
Fimie sayang semua...... TERIMA KASIH

Program yang fimie dah buat
RTM
KUDRAT/PENAWAR KE2/MENCARI SINAR LAILATULQADAR/RAMADHAN KE30/BALIK KAMPUNG/SODA SELASIH/ KEMBALI TERJALIN/DUIT RAYA/ PELARIAN NEBULA/GERAK KHAS (YANG HILANG)/STATUS QUA/ADAM/ON CALL/ BOLA SAKA/GUBRA/RUMAH KEMBAR 4 TINGKAT/BERIKAN KU KASIH/FITRAH KASIH/KAMPUNG MANA LAGI/MAHLIGAI SINGAHSANA/ CUCU SEORANG PRIMADONA/SUTERA CINTA/KLON/ALIYAN
TV9
BONG/DIAN RAMADHAN/PENGHUJUNG SENJA/DIMANAKAH KASIH/ OTAI THE SERIES/SURAT UNTUK AMIN/SEKILAS KALBU/KELAB IDOLA
NTV7
MALAM 7 LIKUR
TV3
RAHSIA GAMBAR/SUPERWOMEN/KUIH GOYANG SEHA/KONDOROWO/CUCU BETONG/ KU MILIK MU/ KUIH GOYANG SHAFIQ/ BILA MAMA PAKAI CELANA/ MASYITAH/SIMPANG 2/KASUT/KEM PINK/JUVANA/
ASTRO
HIKAYAT PUTERA SHAZLAN/LAYANG-LAYANG/RAYA JENG2 (TEAM RAJA LAWAK)/ 7 LAGU/ SERAAM 3/SUARA HATI/
ANAK KU BAPA KU

PENGACARAAN
NASI LEMAK KOPI O/OLEH2 CHEF ZAM & FIMIE/ADIK DI9/BERITA ADIK/CUTIPEDIA/KRAF-KRAF KREATIF/BAKAT I/ABU INTERNATIONAL PROGRAM/CHIMIE SI ANAK AYAM/

FILEM
CINTA/QABIL KUSHRI QABIL GHAM/SERAMM/CE-1/MAGIKA/SENARIO ASAM GARAM/8 JAM

SUARA
KATUN  : TAMAN CORAL/PERAK BOY
IKLAN  :   COLGATE/DOWNEY/SUSU SEGAR/SINGAPORE TOURISM/

IKLAN
MC'DONALD/KFC/JPJ LINTAS JALAN/PIZA HUT/BISKUT TIGER/MERDEKA PETRONAS/MERDEKA RADIO/CADBURY/ SOLIVITE/ MERDEKA BENDARA
WALAU PUN BUKAN PENYANYI TERKENAL TAPI INI SHOW YANG PERNAH FIMIE BUAT:-
Persembahan untuk Mother's day 1 malaysia - Dato' shasrizat
Persembahan untuk Pencarian Duta Kecil DBKL - Tun Sri Siti Hasham Mohd Ali
Persembahan untuk Sultan & Raja Muda Perlis- Malam Amal
Persembahan untuk Hapuskan cetak rompak - back to ori
Show di Seluruh Malaysia ketika mempromosi MAGIKA
Persembahan untuk Konsert Tourism Malaysia - Kelana jaya
Persembahan untuk bulan puasa Berjaya Hotel-meraikan anak2 yatim
Persembahan untuk Bintang Kecil
Persembahan untuk Live Nasi Lemak Kopi O - Nostalgia zaman sekolah
Persembahan untuk Anak2 Seniman
Persembahan untuk dinner Pulau Tioman
Persembahan untuk Dinner Red/black for an  appreciation
Persembhan untuk launching Feshion Week bersama Wartawan Berjaya

macam tu la serba sedikit tentang fimie don, yang aku banggakan dengan dirinya.. aku bangga dengan bakat & pencapaiannya.. :) bukan senang seorang budak yang hanya berumur 4 atau 5 tahun untuk berlakon cacat.. tapi fimie boleh. contohnya, dalam drama KEMBALI TERJALIN.. sedih, gembira, sebak & macam-macam lagi watak yang ada dalam drama tu yang dia berjaya lakonkan dengan elok.. sampaikan time babak sedih, aku tengok drama tu aku rasa nak nangis, tapi air mata ditahan sebab ada kakak aku sekali time tu.. :))
konklusinya, AKU BANGGA DENGAN FIMIE DON & SOKONG FIMIE~ :)

so, kepada sapa-sapa yang rasa fimie ni berbakat, harap dapat vote fimie kat page MY KIDS AWARDS untuk 2 kategori yang dicalonkan:best kid actor & coolest host.. ni link dia:
http://www.facebook.com/Ariff.aka.8aces/posts/1926739581728?ref=notif&notif_t=feed_comment#!/pages/My-Kids-Awards-TV3-KIDS/168572849862880

<3 fimie

Thursday, May 26, 2011

err... kepada semua yg bergelar insan

sebenarnya, aku sendiri pun tak tau nak update apa kat blog aku kali ni..
hehehe... lama tak update... rindu pulak, tambah-tambah nanti ada pulak yang rindu nak tau kehidupan aku macam zamira hamid.. :))

em, setelah dipikir-pikir, aku rasa nak update blog ni dengan....
cerita FIMIE.. boleh...? hahha...boleh ka takboleh ka, aku tetap nak buat jugak..
sebagai seorang manusia, aku berhak nakminat sapa2 pun..
kepada sesiapa yang tak berminat nak baca tentang post ni, diharap dapatla menekan butang PANGKAH.. kalau yang berminat tu, teruskan membaca & kala
u boleh, tinggalkan komen sekali.. :)

hari tu, aku sanggup tahan tido sampai pukul 2 pagi... wwoooww.!! kat rumah tu..nasib baik ada kakak aku. kalo tak jangan harap aku berani sampai macam tu..(penakut sikit)
dalam pukul 12.30 p.m aku & kakak  aku tengok cerita 'KEMBALI TERJALIN' hasil lakonan FIMIE DON.. adik kesayangan aku tu(walaupun bukan adik betol.. hahaha).. :) kalau sapa pernah tengok mesti tau.. tapi aku 1st time tengok.. komen pertama aku terhadap drama tu: SANGAT100x BEST... fimie sgt2 COMEY... dalam drama tu, fimie still kecik lagi.. comey tahap tak boleh cakap ar.. emm,tapi....
yang menarik minat aku & membanggakan aku dan juga menambahkan sayang aku kat fimie ni ialah, dia berlakon jadi budak cacat... cacat kaki.. aku yang dah fom5 ni pun tak pasti boleh buat ke tak..fimie memang TERBAIK...

ada babak yang sedih... fimie nangis.. aku rasa macam nak nangis jugak sebab tengokfimie nangis.. muka dia time tu memang nampak sedih gila... sebak gila tengok.. huhuu.. :'(
time dia buat comei, memang comey sungguh.. time diabuat sedih memang sedih sungguh..
serius, lakonan dia menjadi.. kakak aku yang tak minat fimie pun cakap dia comei.. :)


                                     ni gmbr fimie ngn pengarah drama tu.. :) comey kan..?!

dahla tyme tu dia kecik lagi.. macam dalam gambar tu..
dan baju tu pun ada dia pakai dalam drama tu.. serius comey gilaaaaaaaa... :DD
rasa cam nak peluk ja dia tyme tu.. nasib baik dia duk dalam tv.. :P
teringin tengok lagi... huhuu...kepada sapa2 yang terjumpa atau tertahu tentang drama tu jangan lupa inform aku.. nak sangat2 tengok lagi.. :))

terbaik ar fimie... ni pulak gambar tambahan...:)


                         gambar fimie ngan KRU, edry, yusry n norman.. dalam filem magika

cam tu la serba sedikit tentang perasaan aku kat drama 'KEMBALI TERJALIN' tu,..
kepada pengarah drama tu, (uncle zul) tahniah di atas drama yang sangat2 menarik.. :)
so,kepada sapa2 yang belom tengok drama tu,memang digalakkan tengok.. best~ :)

<3 fimie

Friday, April 15, 2011

perkara yang tidak diingini berlaku~ serius tak terniat langsung. :(

assalamualaikum buat semua blogger..
first sekali nak bagitau, cerita ni tentang FB.
tak taula kot tak berlaku kat orang lain. tapi rasanya memang ada berlaku kepada orang lain jugak perkara ni..
sekarang aku pulak yang jadi mangsa.. aku sendiri yang rasa perasaan tu.
mlm tadi, dalam pukul 9.30 ke atas kot aku online FB.
then, aku pun buat la apa yang patut iaitu:
1) tengok notification
2)berkomen2
3)chat ngan orang
4)TENGOK PROFILE SHAFIMIE SAEDON. :D

yang jadi masalahnya sekarang apabila bermulanya aku tertekan application untuk tengok sapa yang stalk kita..
aku rasa cam bodoh ja kenapa aku pi tekan.. mungkin perasaan ingin tahu sapa yang stalk aku.. kot2 la saffrina ka, atikah ka, zamira ka,.. aku tak pikir lain pun.
sekadar untuk tahu. dalam erti kata lain, saja2..
after that, aku tengok kat application tu ada 1 gambar perempuan. tak tau sapa.
application tu kata perempuan tu yg the most stalk aku.
aku pun biar la. buat tak tau. sebab tak kenal.

selepas beberapa saat, saffrina ropiee send inbox kat fb aku.
dia tanya:syahirah, album apa tu.?
aku pelik. album pa dia cakap ni..?ak tanya dia: album pa.? kat mana...?
dia suruh aku tengok wall aku..
barula aku taw hal sebenar. nak taw apa dia..??
ada gambar yang tak sepatutnya kat wall aku.
aku sangat100x terkejut.. bukan beruk lgi dah,. terkejut big foot kot.
time tu rasa takut+malu+aaarrrgggghhh... tak tau nak kata cam na.
aku tanya saff camna nak padam, camna nak gitau semua orang pasal hal sebenar.
saf pun nasihat punya nasihat.. last2 aku tulis kat status aku mohon maaf atas kesilapan.

time aku berbalas mesej ngan saf tu, ada sorang hamba Allah yang mulia menegur aku.
cara elok sangat. walaupun benda tu bukan dengan kehendak aku, aku rasa dapat terima teguran tu.. dia tegur suruh padam gambar tu. sebab tak elok ditonton oleh orang ramai.time tu aku memang dah padam dah gambar tu sebab saff gitau dah camna. aku cerita hal sebenar kat dia. dia cakap tak pa. insyaallah orang akan faham. dengan dorongan & sokongan & nasihat hamba Allah tu ngan saffrina, aku pun beranikan diri membuat status yang ada kat FB aku tu. memang malu tahap tak boleh bagitau kat orang dah masa tu.
hanya Allah yang tahu. sekarang aku rasa tenang sikit sebab dah padam gambar2 tu..
tapi yang aku takut sekarang ni, aku takut kalau gambar2 tu ditag kepada IRSHADIAN n orang yang mengenali aku. tersangatlah malu. aku takut orang cakap aku ni apa plak.
aku ni tak balajaq ka, aku ni lok lak ka.. takut sangat.. sekarang ni aku harap sangat2 buat semua orang yang ditag kat gambar tu tolong maafkan aku. aku tak terniat langsung nak buat macam tu. harap semua faham especially IRSHADIANZ. benda ni jadi pengajaran kat aku, jangan tekan application yang tak ketahuan hala.. :'( huhuu...

<3 fimie

Saturday, April 2, 2011

penat+sedih... tapi tetap ingin berlawan... :)

huuuh...!!! penat oh lari ngn jalan tadi...
merentas segala desa dan kelapa sawit.. :'(
emm, semalam minum air glucose sampai 2 cawan...
pagi tadi sebelum lari-lari, ratah glucose bergenggam-genggam... hahah
pastu,lari tercungap-cungap..
nasib la aku dapat number jugak & dapat menyumbang gak kat rumah burn a.k.a ABU BAKAR (tahun last)

tapi lastly, aku agak sedih... sapa tak sedih + kecewa, rumah sukan sendiri dapat number______.... HAHAHA... pandai2 la paham...
emm, tak tau la boleh kejar rumah2 lain ke tak..
harap2 dapat la..amiin~ :)
for all ABU BAKARians, jgn putus asa.. sekali kalah, bukan bermakna kalah selamanya...

jom kita ramai2 pungut mata untuk sukan nanti...hahaha..(semangatnya... :P)
kepada ketua rumah ABU BAKAR,(amir asyraf) tabah taw... jdi ketua rumah pling semart..!! hahahahaha.... xpa2.. kita boleh naik balik... jgn pikir negatif... segalanya mungkin berlaku...:)
kepada pen.ketua rumah ABU BAKAR,(syaza nadiah) cekal+tabah naa... jgn tension2.. nnt kita kejar balik... ng bagila kata-kata semangat yg semangat gila2 punya kat depa suma nanti..heheh.. semangat~:) kami sentiasa sokong ng ngan ketua kami weh..
hahahaha

keajaiban bakal berlaku... insyaAllah...
BURN boleh.! ketua umah burn: tenkiu ats semangat yg diberikn...leps ni bgi lgi... :))

<3 fimie

Saturday, March 26, 2011

kenapa...???

aku sebenaqnya nak jugak ambik lesen motor...
nampak cam best ja...huhuu...
lagipun senang sket nak pegi mana2...
baru nampak style... :)
tapi mak aku x bagi..
mak aku kata bahaya...
senang berlaku eksiden..
bila aku cakap kereta pun boleh eksiden,mak aku cakap:
kalau naik motor, kita jatuh terus atas jalan..
kalau kereta, eksiden pun kita masih ada body kereta tu untuk protect kita...
tapi bagi aku, ajal maut ketentuan Allah...

so, mana-mana pun sama ja...
cuma kena bawak kereta atau motor tu elok2 la.
kalau dah bawak tu laju2, bawak pi la basikal ke, lori ke, mampus jugak..
huhuu.. :'(

lagi satu aku heran..
macam mana nak agak jarak...??
contohnya macam,... kalau nak masukkan kereta dalam garaj ka, nak parking ka...
cam na nak agak ek..?!!
seriously cakap, aku X RETI agak...
aku takut kalau aku agak x tepat...
macam hari tu aku tengok ayah aku bawak kereta, time nak belok tu aku rasa cam kereta tu nak langgar... apa tu...? apa ntah pnggil....!! macam tebing kt tepi jalan tu... ha..!! ingat kan nak  terlaggar dah.. rupanya lepas jugak...
huhuu...
camna la ayah aku boleh agak ngan betol...

x sabaq nak ambik lesen~
hehhee...baru rasa cam besar sikit...
tapi lambat skit ar aku ambik lesen... bulan tujuh baru cukup umur... :((
apa2 pun, SPM dulu...
kena bagi dapat 12A+ dulu... amin~ :D
oke, sampai sini saja... nanti2 sambung lagi.. :)

<3 fimie

Wednesday, March 16, 2011

geram+tension+sedih

waaaaaa~~ aku nak jerit ja rasa...
nasib baik ada dalam rumah..
kalau tak, memang berkumandang dah jeritan aku kalau aku duk kat tanah lapang..
huhuu... aku geram sebab laman sosial yang bergelar FACEBOOK buat hal..
memang cari pasai betolla fb ni... :"(
macam 'kucing' lagi...
sat orang tu on9, sat orang tu off9..
macam2 hal.. adoi.. penat taw ark aku dok perbetul keadaan...
bila lah fb nak kembali kepada keadaan asal...?!! aduh~
tension btol.. dh la lambat..

tara nak remove post pun berejam...
nak anta mesej inbox pun berdekad2...
last2 sekali, dah lama sangat aku pun dah naik berang ar..
tak larat aku nak tunggu..
aku tak suka menunggu~ +_______+
huh..!!!

tak pasal2 blog ni jadi tempat aku lepas geram...
sori naa AZHIMIE... :D
huhuuu... tak larat maki fb dah..
len hari la pulak maki lain kat fb tu..
kepada fb: kalau tak mau kena maki, kau kembalila jadi keadaan yang asal.. sorry to say (jadi gila dah ni)

<3 fimie

aku adalah aku~

banyak orang cakap....
tak kira la sapa pun., orang kata aku ni tak matured sebab minat budak2...
hmm,. sejauh mana kebenaran tu....?? jeng..jeng..jeng... :D
aku bukan apa..
cuma nak berkongsi pendapat ja..
sebagai seorang manusia, aku rasa aku layak untuk berkongsi pendapat walaupun berkemungkinan tak diterima orang ramai..
oke,, first n foremost, aku nak abaq kat semua orang yang aku minat+suka+sayang+sokong kat  SHAFIMIE B SAEDON... a.k.a FIMIE DON heheheh... 


                                                       ni la fimie don... :D

persoalannya, orang cakap aku minat fimie nampak macam tak matured.. heheh.. betulke tu..?
emm, aku minat dia ada la sebab-sebab dia kan..?! orang lain pun ada minat jugak orang tertentu kan..?! tapi bagi aku, minat fimie tak bermakna aku nampak tak matured.. lagipun fimie sekarang dah remaja... tengok kat gambar tu... kan nampak matured.. dah form 1 dh... masuk alam remaja dah dia.. huhuu... :') maknanya, dia sekarang bukan budak2 lagi.. dan aku tak minat budak2... heheheheh...

then, kalau aku kata aku minat budak2 pun, sekurang-kurangnya boleh memupuk kasih sayang terhadap kanak-kanak... kalau nanti jadi doktor kanak2 ka... (insyaAllah... tapi x mau jadi pun..) takla aku jadi doktor yang garang & tak sukakan kanak-kanak... doktor kanak-kanak mestila kena sayang kat kanak2... kalau tak, macam mana nak rawat...?!! hehehe..
lagipun kalau minat budak2, aku boleh jadi baik.. hahahahah...
sebab budak2 kan kecik lagi... mesti kena jaga depa elok2.. jaga cakap..
jaga hati... hahhaaha...
emm, tapi semua tuhanya pendapat aku...

so, aku nak mintak maaf la kalau pendapat aku bercanggah ngan orang lain..
to err is human..
rambut sama hitam, hati masing-masing berlainan... :)
sori ya...!!!


                                                          FIMIE DON tyme kecik lagi... :)

                                               FIMIE DON tyme dh meningkt remaja... :D

<3 fimie

Monday, March 14, 2011

sedih bila mengenangkan~

sedih & kesian bila aku terkenangkan nasib adik aku.. (adik sebenar.. hahaha)
emm, mak & kakak aku cerita kat aku tadi..
adik aku tanya kawan dia,. kerja sekolah apa..
kawan dia tu perempuan la kan..
pastu, time adik aku kol tu, camna ntah.. kawan dia macam ubah topik.. yang pastinya kawan dia tak bagitau pun...
aku yang mendengar ni sakit ati sangat + kesian.. kurang asam punya budak..

pastu, mak aku cakap suruh dia tanya sorang lagi kawan dia.
anak kepada kawan mak aku.. laki pulak tu..
yang bestnya,. kawan laki dia tu gitau...
sangat baik la...
bukan macam kawan perempuan tu..
harap sama kaum ja.. (kaum hawa) tapi tak mau tolong..
apa yang payah sangat nak gitau..

jeles pa ntah...
geram sangat2..
mentang2 adik aku tu kecik.,senang2 ja nak buli..
maih la buli ngan aku.. teriak satgi kot..
huhuuhu..
tak tau la nak kata camna..
tapi aku sangat kesian kat adik aku..
dapat kawan yang tak guna..

baru tanya pasal homework. tak tanya pasal menda len lagi..
adoi... harap2 adikk aku dapat cari kawan yang berguna sket lepas ni..
kalo aku jadi adik aku, memang tak kawan dah..
orang kedekut ilmu camtu..
nasib baik kawan aku baik,. kan2...??!! :) hahahahahhahah

<3 fimie

Sunday, March 13, 2011

semalam punya al-kisah~ =.=

haaa~
sebenaqnya x dak apa la sangat...
cuma nak gitau,.. semalam aku bukak laptop
dari pukul lebih kurang pukul,... pukul.... pukul brapa ntah...??! +______+
mungkin dlm lingkungan pukul 9 lebih kot.. sampaila pukul 2 pagi,..
x sangka begitu lama..  pernah aku buat camtu..

tiba-tiba aku jadi berani dok sorang2 kat tingkat atas melayan laptop..ahahhaha.. :D
kalau sapa2 yang kenal aku, taw la aku camna sebenaqnya.. hahaha..

semalam tcer hazwani aimi hasni kawin... :))
mesti best kan..?!! tapi aku x dapat pi kenduri dia sebab ada kem naqibah..hehehe..
emm, apa2 pun, saya doakan semoga tcer bahagia di samping suami.. <3 semoga kekal hingga ke anak cucu...
nanti dapat anak. jgn lupa gitau.. hahaha
tcer cun tyme kenduri tu..tcer pakai baju kelabu...
ish2...tcer sapa ntah...??! hehehe..
em, tu je kot yang nak ceritakan..

<3 fimie

Sunday, March 6, 2011

hmm,.... what in my mind right now...?????!!! =.=

hah.....???!!
sedar tak sedar dah masuk bulan Mac,..
emm, rasa macam baru semalam aku duk kat kelas 4 IBN KHALDUN..
rupa-rupanya aku dah duduk kat kelas 5 IBN KHALDUN~ =.=
huhuu...kelas yang _ _ _ _ _ _(isi tempat kosong..hahha) tak taw nak kata camna.... +_________+

esok(7/3/2011) UP1 utk thun 2011... subjek yang exam esok, sejarah(ngantok.. =.=), english(lingkup... :p) ngan bahasa melayu(bahasa ibunda,. tu pun tak pasti dapat a ke tak..?)
tak taw la nak kata habis study ke belom.. kalau ikutkan memang  tak habis explore semua lagi..
tapi dah esok nak exam, terpaksa cakap dah habis study walaupun hakikatnya belom,.. :(
yela,. kalau tak habis study gi pun, tak kan cikgu nak bagi tempoh masa lagi kot..??? ingat sekolah bapak aku..? heheh...
kalau ahli sejarawati macam saffrina, atikah ipin, aina n lain-lain tu tak pa la..
adoii..if boleh, nak saja aku drop subjek sejarah tu... huhuu..

apa2 pun, kena pulon dari sekarang gak...
demi SPM 2011, chaiyok2 untuk aku ngan kawan2.. :)
kepada semua friend2 aku, gud luck n all the best untuk semua n segala jenis exam...
0711 TERBAIK...!! kasi gempak 1 IRSHAD.... heheheh... (semangat) :))
oke2...  nak balek hostel dah petang ni... so, kepada semua yang baca post ni, doa2 la untuk aku ye... tenkiu... :))

<3 fimie... :D

Saturday, March 5, 2011

seronok~ gembira :)

first sekali aku nak gitaw,.. aku terharu,....
aku syiok... :))
best,.. huhuuu.... :')
semalam ada berlaku sesuatu yang aku tak jangka pun sebenaqnya..
tyme aku tengah berFB, tiba2 enset aku berbunyi n berdering... hahahaha...
aku ingatkan orang miskol... yela,.kot2 la secret admirer... huahahah... :D
pas2, aku pun tengok enset... =.=
TIBA-TIBA.........!!!!!! jeng..jeng...jeng....

orang yang aku minat+suka+sayang kol aku... :))))
heheheh... tapi yang tak bestnya, dia tak banyak tanya aku sangat...
aku yang dok asyik perah otak nak cakap pa ngan dia.. adoi.... emm,
papepun, aku hepi sangat...
aku cakap ngan si dia('adik' aku)  selama 2 minit 20 saat.. :D
riiiiinnduuuu giler bangang...!!!!! :)
hmm, harap2 aku dapat la cakap ngan dia lagi.. amiin~

Friday, March 4, 2011

huhuu... berbulan-bulan.. :')

hahahaha.....
assalamualaikum,,. tersilap plak x bagi salam..
wooww....!!! setelah berBULAN-BULAN lamanya ak x bukak blog ak..
akhirnya masanya dh tiba... wakakaka (ayat skema)
sbelum ni ak x aktif blog LANGSUNG...
sebabnya, ak x  boleh nk post... dunno why... :"(
skrg bru bleyh... jdi, harapn ak kt blog ni agr dpt bertahan..
jgnlah bgi ak fedup mcm dulu lagi..
jenoh tunggu...
emm, sekarang ni pun masih berjinak-jinak di alam blogging...
harap2 semua yang baca blog ak dapat follow n bagi komen ye...
tenkiu... :)
<3 fimie...