Tuesday, January 24, 2012

no smoking!

assalamualaikum...

tajuk ni pun tetibe je muncul time tengah pikir nak buat entry ape. and one more thing yang saya lupa tulis kat blog ni, I HATE SMOKER. dan rasanya bukan saya sorang saja yang tak suka perokok, kan.?! ramai lagi yang tak suka. tapi kenapa ramai jugak yang jadi perokok? pelik pelik betol manusia zaman globalisasi ni. =.=' teringin jugak tau sape pencipta rokok ni sebenarnya.

tapi tak boleh nak salahkan pencipta rokok tu seratus peratus. mungkin 80.79%. haha. sebenarnya salah si perokok tu sendiri jugak. sapa suruh dia yang pilih nak merokok.? bukannya Allah kata rokok tu wajib. so, buat apa nak rokok.? banyak lagi benda lain yang boleh buat, rokok jugak yang dipilih. lagipun rokok kan banyak keburukan daripada kebaikan. sebab utama saya tidak menyukai dan menyenangi orang yang merokok ialah: orang yang merokok bukan saja membahayakan kesihatan dirinya tapi bahayakan kesihatan orang lain jugak.

kalau perokok cakap diorang merokok sebab nak melepaskan tension, adakah hanya cara tu saje yang boleh release tension.? rasanya banyak cara lain lagi. for example, diorang boleh solat hajat ke, taubat ke, tak pun baca al-quran. :) tenang pun tenang. dapat pahala pulak tuu. yang saya tak paham, bukanke kat kotak rokok tu ade gambar yang tunjuk peparu rosak.? tapi still beli jugak rokok tu. dah terang lagi bersuluh rokok tu bahaya, kenapa nak paksa diri jugak beli.? daripada membazir duit gi beli rokok, lebih baik simpan duit tu. sekurang-kurangnya, boleh la beli iPhone ke, PSP ke, tak pun sedekah je kepada orang yang memerlukan.

tapi yang pasti, saya harap sangat-sangat my future husband is not a smoker. :) bagi yang hendak mencuba untuk merokok, saya nasihatkan tak payah la susahkan diri nak try. tak payah sebok-sebok nak cuba. cukupla dengan perokok-perokok yang dah ade kat malaysia ni. jangan ditambah lagi. daripada merokok, lebih baik la pegi tolong mak sidai baju ke, gi kedai ke, tak pun tolong ajar adik-adik study. kan molek?! ;)

semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang merokok supaya dapat berhenti merokok dengan segera. amin... :)


<3 syahirah nsmr

Monday, January 23, 2012

experience yg paling berharga kot di UTP :)

assalamualaikum warga blogger. :)
since 17hb jan 2012 saya daftar masuk ke UTP stands for universiti teknologi petronas, banyak pengalaman menarik, sedih, gembira, unik & banyak lagi yang hanya dapat kat utp bukan di tempat lain.
untuk pengetahuan semua, before masuk utp, tanggapan saya utp ni sebuah universiti yang hanya hebat dalam akademik, kalau agama tu mungkin biasa-biasa saja. tapi lepas masuk u tu, totally different dari apa yang saya anggap. ada SMART GROUP(yang lebih kurang usrah tapi advanced sikit), ada RAKAN MASJID, kakak-kakak senior pun ramai yang tudung labuh. :) best tengok suasana macam tu. islamic.

actually, entry kali ni saya nak cerita pasal pengalaman saya semalam. semalam, 21hb jan 2012 merupakan hari paling cuak dalam hidup saya kot. malam semalam la malam terakhir untuk minggu aluan siswa a.k.a MAS. malam tu, ada lakonan daripada SRN, lepas habis lakonan & tunjuk video macam-macam tu, bermulalah adegan yang biasa dilakukan malam-malam sebelum ni. masa untuk kena torcer. :| out of the blue time siswa dan siswi tengah sembang, ada sorang senior siswa ni jerkah dari pintu masuk. dan-dan senyap semua orang. pastu diorang tanya, sapa yang kutuk fesi...?? agak terkejut. berani betoi ada orang kutuk fesi. dahla fesi cakap kutuk kat fb. fesi-fesi semua suruh sapa yang kutuk tu bangun. none of us got up. pastu, diorang panggil nama. dan nama sayalah yang pertama disebut. SYAHIRAH. jantung rasa macam nak tercabut dari badan. then, cakap kat kakak fesi, 'ada ramai nama syahirah la'. pastu, diorang panjangkan sikit nama, nor syahirah. saya nur, nama yg dipanggil tu nor. ejaan lain tapi sebutan sama. so, saya bangun sebab dah kena jerkah oleh diorang. takut benda lain pulak jadi nanti. time berjalan gi depan tu, memang doa gila-gila punya supaya diri ini dapat dibela. pastu diorang suruh gi kat depan. dengan muka yang memang sangat tebal dari kamus oxford tu, saya pi depan. berdiri sebelah sorang lagi yang nama dia kena panggil jugak. time berdiri tu, seriusly saya rasa lutut saya vibrate. ketaq. rasa cam nak jatuh pun ada. hanya Allah saja tau macam mana saya rasa time tu. hari tu dalam sejarah saya kena pegi ke depan orang ramai. kalau nak tau perasaan saya masa tu ialah cuak+takut+ketaq+sedih+malu tahap tera+rasa hilang maruah diri+rasa macam nak sorok muka dalam jamban+rasa nak pengsan+kecewa sebab tiba-tiba naik nama saya dikatakan sebab kutuk fesi, dahla laptop pun takda nak bukak fb. macam mana la saya bole kutuk diorang pulak. =.='

pastu, fesi-fesi siswa pun memulakan peranan. marah punya marah punya jerkah, sampai saya time tu memang tak berani nak angkat muka. cuak. mana taknya, discipline department ada depan mata. tambah pulak dengan head facilitator yang tak pernah marah pun tiba-tiba jerkah. gile tak cuak. :p dewan tu bergema dengan suara-suara marah fesi. yela, diorang yang tolong student-student baru masuk bilik tiba-tiba dapat tau kena kutuk. tiba-tiba diam. then, saya angkat muka sikit, nampak cahaya macam lilin. tanya orang sebelah, dia cakap 'dah agak dah. birthday.' oke, fine. time tu baru tau diri ini ditipu. cuak +takut punya pasal sampai TERnangis saya time kakak-kakak fesi datang depan peluk kitorang yang kena panggil tadi. huhuhuu. :'( sampai hati. hahaha. time tu air jernih yang agak mahal keluar dari mata saya. :) nasib baik x parah sangat. hehe. pastu, kakak fesi pun pujuk jangan nangis. ada jugak yang minta maaf. adoyai. then, saya duduk balik tempat saya. diorang pun paparkan nama yang kena panggil tadi. time tu baru tau sebenarnya bukan nama saya, orang lain yang tak ngaku nama sendiri. then, ramai-ramai nyanyi lagu birthday kat diorang. saya tak nyanyi sebab sedih. haha.

pastu, semua fesi-fesi buat ucapan dan resigned. :( sedih. memang cukup sedih ditambah pulak dengan lagu sedih. lagi la sedih. (apa punya ayat daa..) lepas tunjuk video-video semua tu, siswa dan siswi intake jan 2012 pun disuruh bersalaman dengan fesi-fesi yang TERBAIK tu. seriously, memang style+hebat gile fesi-fesi untuk batch gen 12. kami pun salam, peluk cium semua. hahah. pastu barulah bole bersurai. yang bestnya video yang dihasilkan oleh fesi-fesi media department. gila style! love it. hmm, rasanya tu saja kot pengalaman paling cuak yang belom pernah saya rasa sebelum ni. semoga bertemu lagi & doakan saya berjaya untuk graduate di UTP plus berjaya jadi seorang mechanical engineer yang berjaya bukan saja dunia tapi akhirat sekali. sekian.

<3 syahirah nsmr



beg MAS+button batch mechanical engineering
p/s sori terpaksa senget kepala sikit. :)