Monday, December 24, 2012

you made my day~ :D

Assalamualaikum w.b.t

my mood for today:
alhamdulillah. saya gembira sangat~ :)) 
24 Disember 2012, Wida' LRKK + JSU. tak tau nak kata macam mana. tapi saya gembira dan seronok sangat. alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas nikmat yang aku dapat pada hari ini. akan ku pahatkan kenangan indah hari ini dalam hatiku. :D sampai Teluk Senangin dalam pukul 10am kot. konvoi kereta. hehhe. saya, Ummi, Ida dan Kak Fizah naik kereta Kak Najmah. memang dari duduk dalam kereta sampai nak dekat sampai asyik gelak ja. hahahha. *kecuali tyme nak dekat sampai,sebab ada org tido. :P hahaha. sampai ja sana, buat modul first, bina istana pasir~ :D tapi kena terapkan nilai-nilai kerajaan Islam. TERBAEK! semangat ja kitorang buat. hehehe. sori tak dak gambar sebab kamera org lain. huuu. *cepatla tukang upload gambar, upload kat fb~ tyme buat istana pasir tu kena taaruf sekali. orang yang lalu kat tepi laut tu pandang pelik ja kat kitorang. *'pehal diorang ni, besar-besar pun nak main bina istana pasir.' mungkin kata hati orang tu kot. HAHAHHA. dah habis bina, kena terang kat group satu lagi. pastu kena lukis ikut arahan ex-masulah JSU pulak. tak sangka lukisan pertama saya jadi lebih kurang dengan lukisan kedua. :3 *malas nak terang pasal modul tu. huhu. pastu, the best part. MAKAN~ heeeheheheheheh.. menu saya: nasi ayam + bandung ais. :) 

tyme makan tak bole tangkap gambar sangat sebab kamera yang guna tyme kat Teluk Senangin tu bateri dah exhausted.. Kak Fizah ar ni, tengok gambar lama sangat. hahaha. *saja nak pangkah. XD lepas makan singgah rumah kak Najmah. lepas tu balek UTP. dan seterusnya, saya pegi teman Kak Najmah cuci kereta Vios kesayangan tu. hoho.. nak dikatakan kat sini, yang seronoknya tyme Wida' tu la. sebabnya, banyak tangkap gambar kot. :P HAHAH. tak, tak. sebabnya, walaupun benda tu namanya Wida', tapi saya gembira. bukan gembira sebab orang tu nak grad, tapi gembira sebab ntahla. mungkin sebab....

:') seriusly.
tapi di sebalik kegembiraan tu, ada kesedihan yang terpendam. :'/ hmmm.. *tiba-tiba emo. hahah. nak nangis, tapi tak mampu dan tak boleh. tak tau kenapa. sebenarnya, orang yang sedih tapi tak mampu untuk menangis ni lagi perit rasanya daripada orang yang sedih tapi dia mampu untuk menangis. sekurang-kurangnya dia sedih dan dia dapat nangis. nangis tu bole melegakan. yang tak boleh nangis ni macam mana nak lega? sebab tu la orang yang tak boleh nangis ni sebenarnya lagi perit rasanya. bukan tak nak nangis, walaupun dah paksa air mata suruh turun, tapi tak turun jugak. huhuu. hanya air mata dalam hati yang mampu turun. T_T dah-dah, ubah topik.

ucapan dari penaja: semoga ukhuwah yang terbina bukan setakat di UTP, bukan setakat di kampus, tapi biarlah sampai bila-bila. in sha Allah. amin :') semoga akak berjaya dunia akhirat dan semoga cepat nikoh. :P last but not least, DON'T FORGET ME. ;) hahah. YOU MADE MY DAY~

goodbyes are not forever.goodbyes are not the end. they simply mean i'll miss you until we meet again. :') 
semoga ada pertemuan semula selepas perpisahan ini. :'( amin. 

untuk renungan~ [al-hujurat, 10]

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).  
(  سورة الزخرف  , Az-Zukhruf,43:67)

Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan 
yang telah bersama -sama kita lalui 
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

:'/
<3 syahirah






Sunday, December 16, 2012

minggu yang menguji~ :'/

assalamualaikum w.b.t

fuuuhhh~! TERBAEK! minggu ni sangat lah menguji kesabaran, ketabahan, kesedihan, macam-macam ke lagi la. huhuu.. serabut tu memang selalu laa. hmmm. dah tak tau nak kata apa. mula-mula serabut dengan projek Islamic Studies. dalam masa yang sama serabut jugak dengan Wida' RM. :'( tapi saya lebih rela dan sanggup serabut pikir Wida' daripada serabut pikir pasal Video Osem untuk Islamic Studies tu. tak tau la kenapa. hanya Allah yang faham macam mana. huuu..

nak dikatakan kat sini, memang menguji la. menguji macam mana nak selesaikan keja-keja untuk Wida', menguji kemarahan, kesabaran. tu yang susah tu. huhu. hanya beberapa orang yang tahu pasal keserabutan sebenar Video Osem tu. T_T dan orang tu bukan orang yang selalu saya cerita masalah saya. *padahal bukan selalu pun cerita masalah kat orang. :P Ya Allah, ajar aku untuk memaafkan orang dan melupakan apa yang dia buat pada aku yang membuatkan aku marah pada dia. amin. :/

oke, tukar mood. 16hb Disember 2012-Wida' RM Sept 12. huhuu.. entahla macam mana nak kata. tapi yang pasti dan for sure mood saya untuk Wida' kali ni bukan gembira dan bukan suka. sedih. Wida' sebelum ni takdak la rasa sedih sangat. tapi kali ni rasa macam hmmmmmmmm... SEDIHNYA~! T__T nak nangis, tapi air mata ni ketegaq, tak nak keluar. huhuu.. mungkin sem ni ada orang yang saya sayang,yang saya rapat akan keluar UTP. mungkin sebab tu yang membuatkan saya sedih sangat. wwuuuuuu~ sapa yang tak sedih kalau berpisah dengan orang yang kita sayang kan? tapi yang peliknya, tyme nak berpisah dengan kawan-kawan sekolah Irshad dulu pun saya tak rasa sedih macam ni. sedih tu satu, plus pikir macam mana la lepas ni.. hmm... serius sedih. :'( kalau tyme Wida' nanti nampak saya senyum, mungkin tu sekadar untuk memaniskan muka depan orang. dalam hati, hanya Allah yang tahu. :"(

"Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat" -riwayat Muslim.

sejak nak habis sem ni tiba-tiba emotional la pulak. dengar lagu pun sedih. emo, emo. huhuu. Ya Allah, izinkan aku untuk membina kenangan bersama orang yang aku sayang sebelum beliau menamatkan pengajian beliau di bumi UTP.amin. :'/ sobs.



hayatilah~ :'/ huhuu.. 



untuk yang disayangi :'(




Friday, December 7, 2012

wahai diri

assalamualaikum w.b.t

hadoii.. lamanya tak update.. bersawang + habuk banyak sangat. hahaha. :P minggu ni mungkin minggu saya tension kot. memanjangnya tension. kalau tak tension pun sedih, kalau tak pun kecewa, yang penting yang negatif-negatif la senang cita. huhuu. dari hari isnin sampai la hari ni(khamis). tapi apa-apa pun, hidup kena teruskan. satu lagi, kalau kita tension ka sedih ka, cuba jangan jadikan orang lain sebagai mangsa keadaan. kalau nak luah tu, tak dak masalah rasanya. tapi janganla sampai bila orang tegur kita elok-elok, kita melenting pulak. contoh: insan A "weh, hang dah siap assigment bla..bla..bla.. magnet kejayaan dak lagi?" *magnet kejayaan tu saja tambah buat penyedap ayat. XD insan B "aaahhhh.. hang diam bole dak?!!! lempang masuk longkang kang baru tau." *err, perbualan ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang sudah kembali ke Rahmatullah. hanya rekaan semata-mata.

hmm.. mula-mula tension dgn project english la, project thinking skills la, test thinking skills, test english.. hhuuuuuuhhhhh~~! penat mikir. -.-" huhuu. pastu dgn fop(fundamentals of programming) punya lab assignment kena hantar la. jenuh pikir nak cari sapa nak tolong printkan. alhamdulillah dapat. :) tambah pulak tiba-tiba sentap satu malam tu. *adala sebab dia kan. hehe. pikir pasal benda tu dari malam tu sampai harini. entah la. tak marah, tak terasa tapi sentap. tapi... ntah la nak cakap macam mana. haihh.. let bygones be bygones. :'/

malam tu dah tension + sentap + sedih sekali kot, KOT~ saya pun pegila merayau di Google..cari kata-kata untuk mengubat hati ni balek. then, post kat fb. huu.T.T

:')
sekarang in sya Allah oke dah kot cuma terpikir lagi maksud sebenar ayat seorang senior tuu. hadoi.. apa maksud dia, saya pun tak tau. dia dah bagitau, cuma saya rasa bukan tu maksud sebenar dia. :/ eagernya nak tau. huhuu. nak dikatakan kat sini, apa pun berbalik pada Allah. semoga Allah memberi kesenangan sesudah kesulitan. :) amin.. harini(Jumaat) present Islamic Speech Review. huuhu. doakan~ :)
mood:sedih 

<3 syahirah

Wednesday, October 17, 2012

pertemuan vs perpisahan :'/

assalamualaikum w.b.t

harini entah macam mana la pagi-pagi lagi boleh pening kepala. bangun-bangun je nak siap pegi tutor english, rasa pening kepala yang amat sangat. tapi gagahkan jugak untuk mandi. lepas mandi still tak hilang pening kepala. tyme tu dah pukul 7.30am++ tiba-tiba rasa nak muntah pulak. so, bergegas la pegi toilet untuk muntah. taktau la muntah tu keluar apa. hmm, mungkin sebab malam semalam makan nasi sikit je. *nasi yang disuap beberapa kali oleh kawan. tapi sebelum ni tak jadi apa pun. tula namanya ketentuan. dah Allah nak tentukan harini jadi camtu, tak boleh lari. lepas habis muntah tengok jam dalam pukul 7.41am. saya pun hantar mesej kat kawan yang satu tutor yang saya tak pegi tutor pagi tu. suruh dia gitau dekat tutor yang saya pening kepala. lepastu, saya pun letak minyak cap kapak dan tidur. *nak rehatkan kepala dan minda sebelum jawab quiz thinking skills petang tu. huhu.

hmm. harini saya sakit, esok lusa mana tau dah tak dak kat dunia ni lagi, kan?! kita tak tau, Allah tau. :) 

created by me during the rain + storm just now. :')

kepada semua yang mengenali, sori kalau diri ini ada salah dan silap. harap maafkan. semoga kita semua bertemu di syurga. amin. :) *kalau kita tak dapat bertemu kembali di dunia, semoga Allah temukan kita kembali di syurga. i'allah. amin. 

hayatilahh~ :'D

<3 syahirah



Saturday, October 13, 2012

Allah kan ada...

assalamualiakum w.b.t

macam biasa, tak dak idea sebenarnya. tapi rasa macam nak jugak update. hmm. hentam je la. -.-' let's begin with al-fatihah. :) *nak bagi panjang sikit. :P oke, hmmm.. *tarik nafas, hembus nafas.. loading. . .


haa. bila kita ada masalah, rasa resah, rasa tak tentu arah, rasa macam -.-'' rasa macam +____________________+ dan bermacam-macam rasa lagi la yang tak ter'describe', apa kita akan buat? hmm, seriusly saya pun kadang-kadang macam tak tau buat apa. macam dah buntu. huhu. T.T tu pun dikira ujian daripada Allah. kenala sabar + tabah. 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
– Hadith riwayat Imam Tirmizi

“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.”
(Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)


:) so, walau apa pun ujian dan dugaan yang kita terima, cuba untuk jadi seorang yang tabah dan sabar. sungguh, memang tak dinafikan agak payah *bagi saya T.T tapi tak salah dan tak dak keburukan pun yang kita dapat kalau kita sabar dan tabah hadapi semua tu. huhu. i'allah semoga Allah pinjamkan kekuatan, ketabahan dan kesabaran kepada kita. amin. bila rasa tak tentu arah tu, yes fitrah kita mesti time tu baru ingat Allah. time tu mesti kita doa banyak-banyak. same with me. memang itu la sebabnya Allah uji kita. Dia nak dengar luahan dan rindu dengan rengekan kita. so, daripadaNya kita dihidupkan dan kepadaNya kita dikembalikan. *eh, ada kaitan ke? :/ harap-harap ada. :) tapi saya harap bila saya time macam tu, akan ada seseorang yang akan bagi nasihat dan semangat pada saya untuk kembalikan balek mood dan semangat. harap seseorang akan ingatkan saya~ :') hmm. memandangkan dah lewat + kena gi event pukul 8am nanti, seriusly kena tido sekarang. Y.Y
sama-sama renungkan dan sama-sama amalkan. :) i'allah.

<3 syahirah

Thursday, October 4, 2012

dating with.... :)

assalamualaikum w.b.t

first and foremost, dating yang saya maksudkan bukanlah dengan seorang yang bergelar lelaki, pemuda ataupun guy. ataupun man. haha. yang saya maksudkan kat sini adalah satu.... satu apa ek nak panggil.?? -.-' satu application kot. er, ataupun satu program. *betoika? O.o lebih kurang laa. yang dinamakan Dev Pascal 1.9.2 :) benda ni ada dalam subject Fundamentals Of Programming yang saya perlu ambik sem ni. lecturer belum mula ajar guna benda ni lagi. ajar tu ada la, tapi belum secara praktikal. disebabkan perasaan yang ingin tahu dan ingin mencuba yang mendalam tersangat dalam saya minta tunjuk ajar daripada kawan-kawan ICT/BIS yang dah ambik subject ni sem lepas + tengok tutorial di Youtube. :)

sedikit sebanyak, telah membantu saya memahami tentang program tu. walaupun tak la berapa paham kesemuanya. tapi paham la jugak daripada tak reti guna langsung, kan? ;) itupun, belajar daripada kawan via twitter dan fb. belum belajar face-to-face lagi. tak sempat nak jumpa pun. :'/ hmm. semalam saya ada cuba buat satu program tetapi sayangnya Allah tak izinkan untuk saya berjaya buat program tu. fed up pun ada jugak semalam. dah try banyak kali nak buang error tu, tetap ada jugak error. :( tapi minat saya untuk belajar Dev Pascal ni tetap ada dalam hati lagi. malam ni, saya try buat program lain, dan alhamdulillah Allah izinkan saya berjaya buat program tu. *walaupun program tu merapu. -.-' HAHAHA. hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya saya time tu. saya sendiri pun tak tau kenapa seronok + excited sangat bila berjaya buat dan seperti yang diinginkan. :D

dengan kejayaan saya membuat program tu, (bakunya bahasa -.-" hahaha) minat saya makin mendalam dan semangat nak tau pasal Dev Pascal tu lagi. emm, tiba-tiba saya terfikir, mungkin sebab tu orang cakap jangan putus asa. ya la, cuba bayang kalau semalam saya putus asa, harini saya berjaya ka buat program tu? :/ hmm, mungkin perlu sokongan bila jadi camtu. usaha tangga kejayaan. man jadda wajada, wa man zaro'a hasoda. :) rasanya dah 3 hari berturut-turut saya dating dengan Dev Pascal. :) harap-harap lepas ni saya akan lebih faham so that bolehla ajarkan kepada kawan-kawan yang kurang faham. :D
alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk belajar lagi pasal tu. :)


ingat ni. :) *peringatan untuk diri sendiri jugak


testing 1,2,3: semalam :) bolelaa~





haa,, yang ni la yang merapu tu. walaupun berjaya. :P heheheh.


semoga dapat faham lebih baik lagi. amin. :) mood: I LOVE DEV PASCAL :} suka ber'dating' dengan Dev Pascal. :D

<3 syahirah


                                                                             









Tuesday, September 18, 2012

ujian demi ujian :')

assalamualaikum w.b.t

hmm. esok semester baru akan bermula. dan esok bermulalah kehidupan saya sebagai seorang Mechanical Engineering Student Foundation 3rd Semester. :) harap-harap semester baru akan beri semangat baru, inspirasi baru, pakwe baru... eh, takla. lawak ja. :P mana main pakwe-pakwe, kan? emm, tapi tadi tyme on the way nak balek UTP, tayar kereta pancit. :/ mula-mula abah dengan mak pun cuak jugak. taktau nak buat macam mana. berhenti tepi jalan. tyme tu memang dah dekat nak sampai dah. tapi nak buat macam mana, dah Allah nak uji.. :) pastu, abah pun keluar kereta tanya orang yang ada kat seberang sana. taktau la apa yang ditanya. then, beberapa minit lepas tu, ada sorang laki naik moto berhenti dan tanya kenapa. lepas diterang-terang, dibual-bual, dia pun teruskan perjalanan. *mungkin nak panggil kawan dia ka apa taktau la. beberapa minit lepas tu pulak berhenti pulak sebuah kereta myvi kot. laki jugak tapi dia lebih muda dari yang tadi. lepas abah gtau tayar pancit, and nak hantar anak balek UTP, laki tadi tu pun bagitau dia nak hantar adik dia balek UiTM Sri Iskandar. hmm, dia tolong keluarkan tayar spare kat bonet kereta. sampai berpeluh-peluh dia buat sambil dibantu oleh mak. masa tu, satu lagi kereta berhenti. kereta outdoor service. abah sembang dan bagitau kat dia pasal tayar tu. then, dia pun amik peralatan, bla bla bla.. tayar pun siap ditukar. :) alhamdulillah, berkat doa yg dipohon semasa bantuan belom sampai. :') abah pun drive sampaila masuk UTP.

huuuhhh~~! tyme masuk bilik tadi, perasaan saya bercampur-baur. tak tau la nak kata camna. rasa macam resah, sedih, takut, semuanya la. lepas kemas barang, bukak laptop dan online. try cari ketenangan. baca Gen-Q, dengar lagu, baca quotes. hmm. tambah pulak dengan hidung tak selesa macam haritu. selsema. :( plus rasa rindu sangat pada seseorang. alhamdulillah, malam ni rasa macam oke sikit dari petang tadi. petang tadi tu sampai terketaq tangan. tak tau pasal apa. sampaikan nak buat garisan guna pembaris pun ada terpesong sikit. huhu. mungkin ni ujian daripada Allah sebelum masuk sem baru. :') i'allah semuanya oke esok. amin. semoga Allah akan memberi bantuan dan pertolongan padaku seperti kejadian petang tadi. amin

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]



<3syahirah

Wednesday, September 5, 2012

letter for flyers...

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah baru habis final exam petang tadi. bermula dengan paper calculus dan berakhir dengan paper fizik. hew~ mencabar jugak fizik tadi. bukan mencabar jugak, memang mencabar pun. :'/ papepun, harap-harap dapat oke. amin. post kali ni saya buat special untuk kawan, rakan dan sahabat yang akan sambung pelajaran diorang di Jordan iaitu Zukreena Zulkeplee, Nursyaza Nadiah Zubir dan Nor Amalina Abdul Latif. mereka ni antara ahli BFFs. tak tau nak kata apa sebenaqnya, tapi cuma nak sampaikan ucapan ja la. :) walaupun diri ni tak la sehebat orang lain.

Zuk, Syaza n Malin:---------> aku pun nak mintak maaf kat hampa. mungkin selama kita kawan ni aku pernah TERlebih melawak ka, terkata ka, terkutuk ka. yela, mungkin muka hampa buat dunno, buat normal, tapi dalam hati sapa tau kan. so, sorry for all my wrongdoing. :'/ lagipun mana tau kot-kot kita dah tak sempat berjumpak balek. :'( tapi harap-harap kita ditemukan balek oleh Allah. amin. jangan risau, aku maafkan hampa. halal aih semua. :) kalau nak tau, sekarang aku tengah taip sambil dengar lagu kesukaan aku, "SEBUAH PERTEMUAN" :') hati rasa sebak, tapi air mata tak mau turun. hmm. kalau hampa rindu aku ka, teringat aku ka, dengaq la lagu tu kat utube. best~ :D kat sana nanti, belajar rajin-rajin. tapi ingat, niat kerana Allah, bukan kerana exam tau. *peringatan untuk diri sendiri jugak. huuu~ bila kita kawan, kita kawan selamanya. i'allah. :) lagi satu, jangan lupa kat kami ahli BFFs yang lain kat malaysia ni tau. kalau bole, keep in touch la ek?! kalau tukar number ka, inform la. semoga kita dapat sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. amin. satu lagi, kalau hampa tak mau telefon aku pun takpa, tapi jangan lupa parents hampa kat Malaysia tau. tu pun kena selalu contact jugak. :) "redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa" kan? :) i'allah hampa boleh suvive kat sana. bila-bila perlukan bantuan, i'allah BFFs sudi tolong. tapi aku pasti, Allah lagi la sudi nak tolong. :D rindu aku pun, luah kat Allah na. i'allah nanti aku muncul la dalam mimpi hampa. :') lastly, aku harap kita tetap kawan sampai bila-bila. aku nak kawen nanti aku akan ajak hampa punya~ :P hehehe. k la.panjang sangat la pulak wish aku. :} semoga bahagia dan berjaya kat sana. :')

BFFs :'D




try la buat. :)

'Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. dan setiap perpisahan pasti tersirat 1001 hikmah di dalamnya.'


' Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say. '

'Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).(سورة الزخرف , Az-Zukhruf,43:67)'

'Our laughs are limitless, our memories are countless, and our friendship is endless'

'True friends are never apart, maybe in distance but not in heart'

'To forget me, it's up to u, but to forget u, i'll never do.' 


<3 syahirah





Saturday, August 11, 2012

Appreciation Night. :)

assalamualaikum w.b.t
semalam (10.8.2012) ada Appreciation Night Rakan Masjid a.k.a AN yg diadakan di undercroft. mula lepas terawih. hmm. slot paling best, tyme makan laa~ :P tapi saya tak makan banyak sangat pun. :'( taktau kenapa dan sejak bila jadi camni? minum air soya dengan makan kuih raya bebrapa ketul. tapi dah cukup kenyang bila nampak orang yang kita sayang kenyang. eh, yeke? taktau la dia kenyang ke tak. :P 

ucapan daripada ex-precident RM memang best. :D suka~ heheh. sedih pun ada jugak. huhu. pastu, ucapan precident RM 2012. not bad. yela, anak buah ex-precident la katakan~ tak banyak beza pun sebenarnya. nada cakap pun lebih kurang, mungkin kelajuan diorang bercakap kot yang membezakan. :P hehe, *melawak ja. :D tyme makan, hadirin disajikan dengan persembahan. macam-macam la. nasyid la, montaj la, touching la. paling penting, bergambar. :P lupa pulak, temanya hitam putih. tapi ada ja macam-macam warna. hahah. saat yang paling touching sekali tyme 2 orang wakil muslimin nyanyi lagu nasyid apa ntah kat abg fizi (ex-precident RM) sobs sobs. sampai ada yang menangis kot~ hebat. :') tapi bukan saya sebab saya tak berapa fokus sangat tyme tu. berjalan merata. haha. 

lepas tu, ada wakil LRKK yang buat persembahan nasyid. eh, ke sebelum tu taktau? :/ yang pasti adala. haha. untuk meringkaskan cerita, akhir sekali tengok montaj. :) alhamdulillah, semua berjalan agak lancar. mungkin ada sikit ketidaksempurnaan, biasala. manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. :) last sekali, LRKK dan yg berkenaan kena tunggu. habis suma kerja tu dalam pukul 1am baru balek bilik. huhuu. memang penat~ rasa sangat penat tu. tapi saya teringat kata-kata yang memberikan sedikit kekuatan pada saya. :') "apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranay kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal dan ingatlah kewajipan itu lebih banyak daripada waktu. :)" *someone gave this quotes to me. :D thanks kepada orang yang dimaksudkan. :)

akhir kata, saya ucapkan selamat bergraduasi kepada akak-akak dan abang-abang yang akan gradate. dan selamat berpraktikal kepada semua yang bakal berpraktikal. :) diharap jangan lupa pada kenangan di UTP. :') hewhew. semoga berjaya. doakan saya jugak. :') 

kepada yg akan graduate. :(


kepada yg bakal berpraktikal. :')


p/s: harap ada la senior yg tengok. :P hahaha.
<3 syahirahnsmr



Sunday, July 22, 2012

ke'best'an Ramadhan :D

assalamualaikum w.b.t

tajuk pun~ cam apa gi. ==' (takdak idea.) hmm, alhamdulillah dah selesai solat sunat terawih di surau v4. :) semalam solat kat masjid, tapi malam ni solat kat surau pulak. papepun, yang penting niat. bukan tempat tu. solat mana-mana pun boleh, kan?! :) hmm, harini genap dua hari umat Islam berpuasa dalam bulan Ramadhan. :D lapar tu memang rasa jugak, tapi tak tau kenapa, rasa best sebelum nak Ramadhan haritu. excited. hehe. bila dah masuk RAMADHAN lagi best. puasa first bukak kat Masjid An-Nur UTP. nasi + ayam + kuah apa ntah. air sirap ais sekali. yang bestnya, makan dalam talam. :D dan free~ hehehe. saya harap saya dapat buat macam tu dengan kawan-kawan sekolah rendah saya yang saya sayang MITOCHONDRIA dan my BFFs IRSHADIANZ. :') huhuu.

yang sedihnya, kat UTP takdak bazar Ramadhan. *setahu saya la. taktau la pulak kalu ada kat cerok-cerok mana ka. hahaha. tapi kawan saya cakap kat UiTM Sri Iskandar ada la bazar Ramadhan. hewhew. :( *tiba-tiba UiTM Sri Iskandar terlist sekali dalam blog ni. hahah. :P yang pasti, semua tu ada hikmahnya. mungkin Allah tak mau bagi saya membazir kot. mana tau kalu kat UTP ni ada bazar, tiap-tiap hari saya dok pi perabes duit beli makanan ikut nafsu ja. kesian kat duit mak abah saya. hmm.

meh nak share sikit pasal tazkirah yang kak mai (my senior in UTP) bagi tyme antara solat terawih tadi. dia cerita pasal kisah semut pada zaman nabi sulaiman. kisah keimanan seekor semut. :) http://jiwang.org/groups-ilmiah/49199-kisah-teladan-iman-semut-di-zaman-nabi-sulaiman.html  *lebih kurang la cerita dia. tapi yang kak mai cakap, setahun. hmm, apa-apa pun ambik pengajaran yang boleh kita contohi. :)
oke, nak sambung siapkan assignment chemistry ni. esok nak pegi masjid, tak boleh nak pi surau sebab esok ada kelas gamelan pukul 8pm. kelas tu dekat dgn masjid, so senang sikit nak pegi. nanti takdela lambat. hmm,. semoga Allah panjangkan umur saya, anda dan kita semua untuk menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ni. semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. amin. :')

                    
dengar la. best~ :) ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. :D 



   
Kemuliaan Ramadhan. antara lagu yang saya suka jugak. :) 

<3 syahirahnsmr

Thursday, July 12, 2012

bersyukur sangat. alhamdulillah. :)

assalamualaikum w.b.t

alhamdlillah, Allah panjangkan umur saya dan memberi peluang kepada saya untuk menyambut hari kelahiran saya pada hari isnin lepas, 9 JULAI 2012. :) hadiah first yang saya dapat adalah daripada adik saya iaitu coklat MARS. tenkiu adik. ;)

tapi dia bagi hari ahad sebab petang ahad tu saya dah balek UTP. then, hadiah kedua adalah daripada RM (Rakan Masjid). sebenarnya, saya tak dapat pun hadiah tu. tyme tu liqo' RM. diorang bagi hadiah kat sapa yang lahir bulan rejab dan shaaban. saya 29 muharram. pastu, rasanya ada kawan saya yang bagitau kat akak tu kot esok (9.7.2012) birthday saya. lepas habis liqo', tyme makan tu tetiba akak tu bagi hadiah tu kat saya. dia cakap takpela amik je. emm, mungkin sebab ada lebih kot. daripada membazir lebih baik bagi kat orang kan?! :P heheh. terima kasih. :) lepas balik liqo' tu, dan-dan bukak fb+ twitter nak tengok orang wish. heheh. *perasan famous jap, padahal tak pun. =.=' tapi yang sedihnya, orang yang saya tunggu-tunggu untuk wish kat saya tak wish pun. :'( sampaila sekarang. tapi taktau kenapa, saya still mengharap dia akan wish kat saya walaupun 'hepi belated birthday' :( p/s: kepada orang yang rasa saya harap dia wish tu, harap-harap sudila wish belated birthday kat saya. serius saya akan hargai + bahagia. i'allah. :) agak banyak la wish yang saya dapat lebih-lebih lagi dari kawan-kawan IRSHADIANZ n BFFs :D hewhew. satu lagi saya sedih sebab kawan rapat sekolah rendah saya hanya sorang yang wish. :'( takpela, mungkin diorang lupa. huhu. *sedih, sedih.

nak dipendekkan cerita, malam tu lebih kurang pukul 9pm ++ kawan baik saya kat UTP ni ajak saya gi bilik dia. dia cakap roommate dia yang jugak merupakan kawan baik saya merajuk dengan dia + nak ajak saya makan budu. :P so, saya pun terpaksa la pegi lepas dipujuk-pujuk. ahhahaha. sampai kat bilik diorang, kawan baik saya yang kononnya merajuk tu memulakan lakonan. dia tak bukak pintu untuk kawan saya yang ajak saya gi bilik dia tu. pastu, bertengkaq sikit, last-last baru dia bukak. bila dia bukak pintu tu, bilik dia gelap. tutup lampu. pelik jugak la mula-mula. pastu tetiba dia dan kawan saya lagi 2 orang muncul depan pintu sambil bawak kek coklat + nyanyi lagu birthday. :D huhu. terharu sikit tyme tu. :') tak sangka diorang akan buat kejutan birthday + bagi kek kat saya. pastu, makan-makan, gelak-gelak, bergambar-bergambar baru saya balek bilik. diorang ada bagi kad sekali. :) bersyukur dapat kawan macam diorang. :D tapi tyme tu kesedihan still rasa lagi sebab orang yang saya harap untuk wish tu tak wish lagi. :'( hmm. esoknya, tyme petang 10.7.2012 saya bertambah sedih disebabkan sesuatu yang saya tak mampu untuk cerita kat sapa-sapa sama ada kawan IRSHAD ataupun kawan UTP. tapi yang peliknya, saya boleh pulak bagitau sebab kenapa saya sedih kat seorang senior saya di UTP ni. hmm, tak tau dari mana datangnya keberanian nak bagitau tu. :/ dan sememangnya, seperti yang saya jangka, dia bagi nasihat + kata-kata semangat + kekuatan + tarbiyah dan seangkatan dengannya. huhuu. terharu~ :'D walaupun tyme tu saya masih sedih lagi, tapi ada jugak la rasa terkesan dan dapat kekuatan sikit. yela, bukan senang nak jadi tabah dan kuat kan?! lebih-lebih lagi orang yang macam saya. huhu. terima kasih akak. :D dan sekarang alhamdulillah, saya redha dan boleh tersenyum semula. :) antara kata-kata beliau kepada saya: "senyum walaupun pahit", "umat islam dididik untuk kuat dan tabah masa susah dn senang tapi bukan semua mampu jadi kuat" terima kasih, thanks n syukran akak. :) u inspired me. :))


pesanan daripada penaja kepada semua dan diri penaja sendiri-----> kalau kita sedih, jangan libatkan orang lain. maksud saya, macam kalau kita sedih atau kecewa atau takdak mood, tapi bila orang tegur atau cakap dengan kita, cuba try cakap dan layan jugak mereka. itu apa yang saya buat. sebab saya pun tak suka orang yang bila dia badmood, dia lepaskan badmood dia pada orang lain, dengan buat dunno bila orang cakap dengan dia. kan orang selalu cakap, kalau tak nak orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang. :) hmm, dan satu ayat kawan saya bagi pada saya, "la tahzan." sambungannya, "inna Allah hamaa'na." :') pegang ayat ni sebagai kekuatan pada diri, "Dan janganlah kamu berasa lemah dan berdukacita, sesungguhnya kamu adalah yang paling tinggi jika kamu (benar-benar) orang yang beriman." 




kad yang diberi oleh kawan saya. terharu :')



kek yang kawan saya bagi. :) sedap~ heheh

<3 syahirahnsmr



Sunday, June 24, 2012

jom pi karnival~ :D

assalamualaikum w.b.t

hmm, macam biasa. takdak idea nak update apa. tiba-tiba teringat dengan isu semasa di UTP iaitu 'KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM' :) karnival tu akan diadakan di area Chancellor Hall, UTP, Tronoh, Perak. :) bagi orang-orang (macam kat sawah la pulak. =.=') okela, bagi insan-insan yang tinggal atau berada berdekatan dgn UTP, anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. bukan selalu karnival macam ni ada kan. ;) banyak aktiviti dan event yang diadakan contohnya yang paling famous sekali kat UTP sekarang ni adalah SFDM 2.0(Seminar Fiqh Dakwah Mahsiswa). best seminar tu. bro lim jooi shoon yang jadi speaker. so, tak rugi kalau gunakan duit RM20 atau ke bawah untuk pegi ke seminar tu sebab banyak ilmu yang kita dapat nanti. :)


tu salah satu daripada aktiviti yang ada. karnival tu berlangsung selama 3 hari iaitu dari 29 Jun 2012 sampai 1 Julai 2012. :) so, bayangkanla berapa banyak aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang 3 hari tu. di kesempatan ni, saya nak ajak SEMUA sekali yang berada di bumi Allah tak kira dekat ke jauh, kalau ada kelapangan dan kesempatan, sila dan jemputla datang ke UTP untuk sama-sama join karnival mahabbah ikim.fm ni. semoga diberkati. amin~ :)





jumpa anda di sana~ :D 

<3 syahirahnsmr



Wednesday, June 20, 2012

practice puunnn~

assalamualaikum w.b.t

teringat kata-kata kawan saya tyme main badminton hari isnin hari tu. saya cuba nak selamatkan bulu tangkis tu daripada jatuh kat tempat kami, so nanti dapatla markah kan?! tapi tak berjaya, bulu tangkis tu pihak lawan bagi depan sangat. saya sampai terjatuh depan tu ingat boleh selamatkan. *sebenarnya tak sakit pun jatuh tu. ala, biasala.. gimik sikit. hahaa. tapi kawan saya kata, "huishh. dramatiknya." saya hanya senyum ja. tapi dalam hati, "ha la, ingat chong wei ja bole buat dramatik. tu la menunjukkan aku main sungguh-sungguh. kalau tak, takdaknya aku rajin nak pi pulun selamatkan jugak shuttlecock tu." hmm, nak kata kat sini, walaupun tu hanya latihan, practice tapi apa pun yang kita buat, sebagai seorang umat islam, kita kena la buat dengan bersungguh-sungguh, kan.?! barulah dapat menaikkan dan menjaga nama islam. :)

kalau dah practice pun sambil lewa + tak semangat + main-main, macam mana nak biasakan diri untuk sesuatu perlawanan, kan.?! dahtu, nanti rasa ketaq + cuak lebih ja. ==' so, sebagai seorang yang bergelar muslim/muslimah, rasanya perlu untuk kita buat yang terbaik even benda tu takdak la penting sangat.


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)






<3 syahirahnsmr

Monday, June 11, 2012

jangan tolak.!!

Assalamualaikum w.b.t

semalam time sesi sharing-meng'sharing' lepas solat maghrib di surau v4, ada seorang kawan saya yang share apa yang dia dapat time pegi MMC (Malam Mencari Cinta) malam hari jumaat haritu. malam mencari cinta ni bukannya nak suruh bercinta ka, cari pakwe ka, jauh sekali nak suruh bercouple. MMC ni adalah salah satu event kecil Rakan Masjid, kan.?! :/ *rasanya la. hahah. ada senior yang akan jadi moderator & cerita la apa yang patut pasal mencari cinta Ilahi. :) then, semalam kawan saya yang pegi MMC tu share something. *kalau tak, ingat nak pegi jugak tapi time tu takdak sapa nak pi sekali + kawan mintak tolong siapkan barang-barang untuk KPI May 12. so, apa salahnya tolong kawan kan, walaupun memang la diri ni nak pi MMC tu. :( hmm. apa yang kawan saya share tu adalah berkaitan dengan 'jangan tolak kebaikan'. mengikut apa yang dia gitau, akak moderator tu cakap jangan tolak kebaikan. contohnya: bila kak naqibah hantar mesej ajak nak buat SG (smart group a.k.a usrah), jangan tolak ataupun bagi macam-macam alasan. mana tau, lepas tu kita tak dapat ataupun payah nak dapat balek kebaikan tu. contoh kalau kita tolak, kita cakap "sori la akak. saya ada kerja, nak siapkan assignment, lab report.. bla. bla.. bla.."

dan kalau ditakdirkan Allah lepas tu henset akak tu hilang, macam mana??? mesti susah nak buat SG lagi kan.?! yela, nak kena cari number balek la. ingat senang? :/ hmm. so, point dia kat sini, jangan tolak kebaikan. tak semestinya kita tolak harini, esok kebaikan tu akan kita dapat lagi esok, lusa, tulat, tungging and so on. :)
jadi, bila kita dapat offer untuk buat kebaikan sebolehnya cubalah ambik peluang tu. :) peluang tu cuma datang sekali dan tak semua orang dapat. so, renung-renungkan dan selamat beramal. sekian. hehe :)



<3syahirahnsmr

Thursday, June 7, 2012

my MITOCHONDRIA. :)

Assalamualaikum w.b.t

cerita pasal kawan SMKA AL-IRSHAD dah. pasal rakan UTP pun dah. sekarang tinggal pasal sahabat SKAJ (Sekolah Kebangsaan Alma Jaya) pulak. :) hubungan persahabatan yang sangat lama. dari darjah 3 kot rasanya. alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang setelah menghadapi macam-macam dugaan dan ujian yang menimpa. yela, setiap orang kan diuji oleh Allah. yang beza cuma cara kita diuji. :)

lain orang, lain ragam. tapi insyaAllah semua dapat terima kekurangan yang ada pada setiap orang daripada kami dan dapat melengkapkannya dengan kelebihan diri yang ada. mulanya, ada 6 orang ahli dalam 'geng' kami. pastu, naik darjah berapa ntah bertambah lagi sorang. tapi yang lain pun kawan jugak. yang 7 orang ni la yang jadi kawan baik. Nadiah, Ekin, Shaba, Fatin, Ayu, SYAHIRAH(saya. :P) dan Shima. semua lucu, lawak, sporting, happening dan paling penting, AWESOME. :) group geng kami kat fb diberi nama 'MITOCHONDRIA'. *nadiah punya gheja la ni. amik yg berkaitn dgn bio plak. =.=' hahah. by the way, mitochondria kan menghasilkan tenaga. samala macam kami. providekan tenaga sesama kami. :) kalau nak tau, tenaga yang dihasilkan sangat efisien iaitu sekitar 30 molecule ATP. (untuk mitochondria yang sebenar) macam budak-budak mitochondria ni, samala jugak. bila ramai-ramai bagi semangat/tenaga banyaklah jugak jadinya, kan.?! *paham dak? :/ 



<3 mitochondria~ :D


diorang ni banyak tolong saya, dari sekolah rendah, sampai sekarang. alhamdulillah, sampai sekarang masih tak lost contact dan masih rapat. :D harap-harap biarla kematian saja yang memisahkan kita. walaupun tinggal berjauhan, dalam hati, kita dekat. (^_^) indahnya berukhuwwah kerana Allah. event kami yang paling latest, cuti sebelum semua orang masuk u. tyme tu saya balik dari UTP, kami usaha jugak nak jumpak semua. tapi Allah sebaik-baik perancang. semua dapat kumpul sekali tapi fatin ja tak boleh join, ada kat Nottingham, Semenyih. *dok terenyih kat sana. :P haha. kami 6 orang sleep over kat rumah shaba. hmm, dah bila kumpul semua sekali, toksah dok tanya la. tido pun 'awal' la. dekat pukul 4am kot. dok ghalit menyembang ja. gelak, makan, nasihat, call fatin. semua kami buat. satu lagi, main pusing-pusing losyen. pastu tanya soalan kat orang yang losyen tu berhenti. orang tu kena jawab jujur. so, kejujuran memang ada di situ dan kami semua open ja tyme tu. :) ayu pulak, keluarkan cerita sedih dia yang selama ni kami taktau pun. :( 

serius, sedang merindui hampa semua~ :') semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, tak kira la urusan pembelajaran, urusan dalam persahabatan ataupun urusan lain-lain. harapan aku: jangan lupa aku na. insyaAllah ada rezeki kita jumpak lagi. nanti kalau nak buat kenduri, ajakla aku sekali. :) kalau nanti hampa dapat tau aku tersasar ke lembah kehinaan, tolong, please tarik aku kembali ke pangkal jalan eh. kalau hampa tengok aku berubah ke arah yang lebih baik, (insyaAllah, amin) aku harap hampa akan still kawan dengan aku dan tetap bagi sokongan & dorongan. harap-harap kita dapat sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. amin. :) kalau satu hari nanti hampa dapat tau berita tentang kematian aku, aku harap hampa sudi ziarah jenazah aku. iringi aku dengan doa, bukan dengan linangan air mata. :) semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita akan berkekalan. insyaAllah, amin. kalau rindu aku, tegurla kat fb ataupun henset. :) insyaAllah akan dibalas kalau tak dak aral. some quotes for MITOCHONDRIA :D------> 

"ukhuwwah itu indah andai ia terjalin kerana Allah. ukhuwwah itu manis andai ditautkan di bawah aqidah islamiyyah. selautan kata-kata masih tidak dapat mengungkap keindahan berukhuwwah. biarlah doa dan ingatanku mengiringimu setiap waktu tanda kasihku fillah. :) mudah-mudahan ukhuwwah yang kita bina adalah kerana Allah. amin. "

"ukhuwwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. setiap yang manis mampu dikenangi. walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui. kerana asasnya ia kekal di dasar hati. :)" 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) *saya sayang sahabat saya. :D

"Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. saat tangan terluka, mata menangis. saat mata menangis, tangan menghapuskannya. :)" 

"True friends are never apart, maybe in distance but not in heart."

"Saujana alam, damai di latifah Rabbani. seindah persahabatan ini, seUnic persahabatan kita, seIn-team ikatan ukhuwah. moga persahabatan kita kekal selamanya De Hearty." 

"If you are alone, i will be your shadow. if you want to cry, i will be your shoulder. if you want a hug, i will be your pillow. if you need to be happy, i will be your smile. but if anytime you need a friend, i will just be me. :)"

"Hatta engkau turun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku cintakan engkau keranaNya. mahu berpimpin tangan tika masuk ke syurga sana. ukhuwwah hingga ke syurga. insyaAllah. amin." 



some hadith untuk renungan~ :) 

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)


“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai”(Bukhari)
"Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)




"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."(Az-Zukhruf,43:67)


<3 syahirahnsmr 




Tuesday, June 5, 2012

hanya untukmu~ :)

Assalamualaikum w.b.t

boleh dikatakan setiap hari saya akan dengar lagu SEBUAH PERTEMUAN by UNIC. :) tak tau la kenapa, bagaimana dan siapa yang membolehkan saya minat sangat-sangat lagu tu. tak ingat la macam mana boleh minat. tapi yang pasti, saya mula minat + suka lagu tu sejak dua menjak ni la. bukannya dari dulu. baru ja kenal lagu tu. pastu terus jatuh cinta. :D

lirik dia sangat best + bermakna. sobs sobs. :') dan setiap kali saya dengar lagu tu, mesti dan akan teringatkan kepada seseorang. tak tahulah macam mana boleh teringat kat dia. hmm, orang tu adalah orang yang saya sayang di UTP. tapi kadang-kadang terpikir jugak kat kawan baik saya. tapi tak selalu, yang selalunya saya akan teringat pada insan tu. nama dan matrik card dirahsiakan. *matrik card dia pun tak tau. :P saya teringat lagi pertemuan first saya dengan dia di depan pintu MH(main hall). time tu sebelum mula MAS (Minggu Aluan Siswa) lagi. baru lepas daftar dan kemas bilik. then, kena pi MH. sebelum masuk MH tu la yang terjadinya SEBUAH PERTEMUAN saya dengan insan yang istimewa tu. time tu, dia tengah sembang dengan ayah saya. saya cuma menyibuk ja. tak sangka pertemuan tu boleh kekal sampai sekarang. insyaAllah. mintak-mintak kekal sampai selamanya. amin. :D

ramai yang tak tau sapa insan tu sebab saya TAK PERNAH cerita kat sapa-sapa pun pasal dia kecuali pada Far(cerita sikit-sikit ja) dan ALLAH. so, yang tau keseluruhannya hanyalah saya dan ALLAH. :') sedangkan orang tu sendiri tak tau saya menyayangi dia kerana sebuah pertemuan tu. :') *mula emo...hewhew. sudah pasti la orang tu bukan seorang lelaki. dia seorang wanita+muslimah+perempuan yang hebat bagi saya. seriusly, tak tipu. ya la, semua orang ada kelebihan dan kekurangan. tapi setakat ni, saya belum jumpa lagi satu kekurangan dia walaupun satu. :) berbalik pada lagu tadi, memang saya rasa macam nak ja bagi/credit lagu tu kat dia. tapi..... :( hanya Allah yang tahu~ kebanyakan lirik lagu tu memang betul apa yang saya rasa. hayatilah lirik lagu tu.:

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



*teringin ja nak insan yang saya maksudkan tu baca entri ni. :( 
p/s:"akak, lagu ni khas saya creditkan untuk akak. :D hayatila~" *untuk insan yang bergelar teman tu. :) ikhlas dari hati saya. 





sayang akak kerana Allah..!!!!!!! :') 

<3 syahirahnsmr





Saturday, June 2, 2012

for BFFs :)

Assalamualaikum w.b.t

minggu ni tak balik rumah. tak tau la kenapa. mungkin malas packing, ataupun nak sep duit ataupun feelingless. =.=' tapi minggu ni ramai yang balik rumah lebih-lebih lagi budak-budak foundation. huhuu. orang yang dok u, balek rumah. orang yang ada kat rumah, kena pi u pulak. HAHA.. sebenarnya, entri ni dikhususkan untuk BFFs yang nak masuk u. :) ada yang masuk UIAM, UITM, USIM, UM, IRSHAD n macam-macam lagi la. :P

1. Nursaffrina bt Ropiee
2. Siti Farzana bt Rosley
3. Nur Athirah bt Aris
4. Nur Addeena Syamimi bt Maslil
5. Nur Zamira bt Hamid
6. Zukreena bt Zulkeplee
7. Nur Anati bt Mohamad Saufee
8. Nadhratul Wardah bt Adnan
9. Fateen Syifa' Nadhirah bt Mohamad Mazalan
10. Nurul Athirah bt Ariffin
11. Nur Atikah bt Mohd Aripin
12. Farah Zahiah bt Jamil
13. Aisyah Yusairah bt Mohd Zaidi
14. Nur Idayu Nadiah bt Yaazi
15. Nor Amalina bt Abd Latif
16. Nurul Aina bt Azizan
17. Nursyaza Nadiah bt Zubir
18. Nurazimah bt Salleh
19. Anis bt Abu Hassan (ni dah masuk u awal jugak. :))

kata-kata untuk BFFs: sila berbangga sekejap sebab aku buat post untuk hampa ni. bukan senang. :P hahaha. first skali, aku nak mintak maaf kalau ada buat salah kat hampa. samada yang sengaja ataupun yang tak sengaja. then, besar harapan aku nak tengok kita semua berjaya. *adoi, macam mak-mak la pulak. HAHA. seriusly, aku teringin sangat nak angan-angan kita yang nak bukak satu syarikat, dalam syarikat tu ada macam-macam ect: doktor, engineer, arkitek, lawyer, macam-macam lagi la. huhuu. memang tu satu angan-angan tapi tak mustahil kan boleh jadi kenyataan. kan best.! :D amiin.. aku harap nanti kita semua belajar elok-elok na. tapi jangan lupa betulkan niat belajar kerana Allah. bukan sebab nak dapat pointer tinggi ja. :) lagi satu nak pesan, INGAT PESAN NI, jangan lupa orang yang paling osem dalam BFFs tu tau, Syahirah Rodzhan. :P hehehe. kalau nanti hampa dapat tau aku tiba-tiba terpesong daripada akidah yang sebenar, JANGAN lupa tarik aku balek. :') tapi kalau hampa dapat tau aku tiba-tiba berubah ke arah yang lebih baik, aku harap hampa still kawan dengan aku + bimbing & bagi sokongan lagi kat aku. :') *sedih~* ingat janji kita, tapi aku tak tau la kot janji far ja. haha, "sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu kita hantar mesej sesama kita. at least, jangan la lost contact." kenang daku dalam doamu. bila dapat kawan baru, jangan lupa kawan lama na. sedih aku kalau hampa lupa aku. :P satu gi, kalau nanti bila-bila hampa dengar khabar kematian aku, harap-harap hampa sudi ziarah aku + iring jenazah aku sampai ke kubur. jangan iring aku dengan linangan air mata, tapi iringla aku dengan doa. :)) akhir kata daripada aku yang masih lagi belajar ni, all the best. semoga kita semua tabah & sabar hadapi ujian & dugaan yang datang. sayang hampa kerana Allah. :D


“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)




Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim) 

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(  سورة الزخرف  , Az-Zukhruf,43:67)


Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say.

A best friend stands by you       
When no one else cares
Understands you
When no one else tries
Believes in you
When no one else does

Our laughs are limitless, our memories are countless, and our friendship is endless.









edit by: syahirahnsmr :)


#dengaq tau lagu tu. :) till we meet again. in sha Allah kalau ada rezeki. :)

<3 syahirahnsmr 








Saturday, May 26, 2012

sebab kita diciptakan oleh ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

first sekali nak bagitau, entri kali ni saya saja nak share satu post daripada ex-Ketua Pelajar SMKA AL-IRSHAD 2011. dia ni tengah belajar di DQ dan hampir tamat. lepas tu nanti masuk UIA. insyaAllah. thanks ea KP. :) postnya bermula:


Apa ertinya kita diciptakan di atas dunia ini oleh Allah? Pernah kita tanya diri kita kenapa aku menganuti Islam? kenapa aku diciptakan sbg manusia? kenapa aku diciptakan lebih mulia daripada binatang? Paling penting, siapa aku di atas dunia ni? Sudah tanya? apa jawapannya? Pernah terasa ingin mencari jawapannya? Atau kita terlalu leka dengan hidup di dunia ni? Atau kita hanya Islam pd nama dan zahiriah. Bukan bathiniah. Mahu menambah tsaqafah? Nantikan huraian yg ringkas daripada ana (berdasarkan ilmu yg ana dapat dari sahabat ana di dq dan ana rasa ana perlu berkongsi dengan rakan) :D

Pertama - tamanya ana memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi ana kesempatan untuk berkongsi dengan antum semua satu ilmu yg kita patut tahu sebagai seorang yg bergelar Muslim. Sebenarnya ilmu ni ana dapat daripada kawan ana di darul quran. Beliau amat petah berkata - kata dan mempunyai ilmu yg mendalam.

Sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berkat perjuangan dan pengorbanan baginda bersama para sahabat, hasil titik peluh dan darah yg dikorbankan, kita dapat rasa dua nikmat yg besar pd masa kini, iaitu nikmat Islam dan juga nikmat iman. Firman Allah "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Jadi kalo ditanya mengapa kita dicipitakan oleh Allah Taala di atas muka bumi ini pasti ramai akan jawab berdasarkan firman Allah dalam surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” Tapi di sini ana nak tanya, apa maksud firman Allah tersebut? Kalo kita terjemah ayat memang berbunyi begitu. Tapi bagaimana pula dengan tafsirnya?? Pernah kita selidiki??

Ana lupa nama ulamak yg mentafsir ayat tersebut. Tapi tafsirannya berbunyi begini. Beliau mentafsir kalimah 'kecuali untuk beribadah kepadaKu' dengan tafsiran 'untuk mengenali Aku'. Faham? Maksudnya Allah ciptakan hamba Nya di atas muka bumi ini untuk mengenal siapa Khaliq mereka. Atau kita boleh panggil sebagai Ma'rifatullah.

Tahap Ma'rifatullah merupakan satu darjat yg tinggi bagi setiap Muslim. Apabila Muslim mencapai tahap ni, setiap perbuatan, percakapan dan sifat mereka adalah semata - mata kerana Allah. Kerana mereka yakin Allah Maha Melihat dan Allah melihat apa yg mereka kerjakan dan mereka sedar setiap amalan mereka akan diberi balasan oleh Allah Taala. Satu analogi ana boleh bagi di sini. Contoh kita merempit di atas jalan, tiba2 kita nampak ada roadblock. Mesti kita takut kan?? hal ni kerana kita tau kita akan menerima balasan daripada polis kerana merempit. Jadi bagaimana nak mencapai tahap Ma'rifatullah ni?? Supaya kita akan rasa kita sentiasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Supaya kita berani melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Sehingga kita gentar untuk melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pun.

Professor Syed Naquib al - Attas, seorang tokoh pemikir Malaysia telah berkata sebenarnya kita semua telah mencapai taraf Ma'rifatullah tersebut!! Terkejut?? Hakikatnya ya, kita telah capai. Persoalannya bila kita capai tahap tersebut? Ingat lagi perjanjian kita dengan Allah di alam roh?? Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya  tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]

Ramai manusia lupa perjanjian ini. Kerana apa?? Allah campakkan kita di atas muka bumi ini kemudian Allah lupakan kita sebentar tentang perjanjian yg pernah kita buat. Kita dipanggil al - insan. Ism yg kata dasarnya ada 'nasiya' yg bermaksud lupa. Ya, kita pelupa. Apa yg kita lupa?? Perjanjian yg kita pernah buat dengan Allah.

Sebenarnya, kehidupan kita di dunia adalah untuk kembali pada perjanjian Allah tersebut. Saat di mana kita mengaku bahawa Allah Tuhan kita dan tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah. Allah ajarkan kita tentang Islam. Satu cara hidup yg lengkap meliputi pelbagai aspek kehidupan yg mampu mendorong kita kembali kepada perjanjian tersebut. Allah kurniakan kita dengan RasulNya, Muhammad ibni Abdullah. Manusia mulia yg memimpin manusia betul2 mendalami Islam. Jadi kenapa kita ingkar?? Fikir2 kan.

Mari kita imbas kembali firman Allah dalam surah al - Baqarah ayat 30 "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Allah ciptakan kita lebih mulia daripada haiwan. Allah kurniakan kita akal untuk membezakan kita dengan haiwan. Kalau kita hidup tak menggunakan akal yg Allah bagi, maka kita sama sahaja dengan haiwan. Allah kurniakan kita dengan ilmu. Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dengan ilmu yg mereka miliki. Sebarkan ilmu di bumi Allah ni kerana ia bukan milik kita.

Ana harap ilmu yg ana kongsi malam ni bermanfaat bagi semua warga 0711. Maaf ana x berapa pandai mengarang ayat dan menghuraikan isi. Tapi ana harap apa yg ana karang ni sedikit sebanyak bermanfaat pd semua. Sebelum ana mengundur diri, ana nak kita sama2 menghayati satu lagi firman Allah dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
wallahua'lam.

<3 syahirahnsmr