Tuesday, March 6, 2012

roti bun bilis pun dikira sedekah. :)

assalamualaikum w.b.t

"eh, syahirah. aku nak beli roti bun tu dari kau boleh.? aku x de selera la nak makan nasi." roommate yang baru masuk bilik, tetiba tanya macam tu. "boleh, boleh. tak payah bayar la."
"takpe, aku bayar." bertikam lidah la dua orang manusia ni. =.=' lepas solat maghrib, saya pun ambik bun bilis satu, bagi kat roommate. "nak kena bayar berape.? (sambil tengok harga kat plastik bun tu) oh, RM0.90. nanti aku bayar." ish, tak paham-paham lagi roommate aku ni. "laa, tak pe. tak payah bayar.amik je." dalam hati berharap dia tak la mintak nak bayar, payah pulak kalau bergaduh nanti. hahah. buat macam besar sangat masalah. :P

on the way nak gi toilet, dalam hati pulak berkate, "ala, RM0.90 je pun. sikit je kalau nak banding dengan rezeki yang Allah bagi kat aku. lagipun, bukannya aku takde roti bun tu lagi. beli sampai 4 ketul. apa salahnya sedekah je. adoi, apesal la kau tak paham yang aku nak sedekah kat kau ni roommate.. =.=' huhuu. " last-last, rasenye dia pun terima je kot tawaran saya untuk amik free je bun bilis tu. (kalau bun bilis tu RM100.00 kot la kena bayar. haha)

Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.” H.R. Muslim



“Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal 
maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai 
Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah 
dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )


Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim 
itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk 
dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si 
penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )


Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala 
bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )


"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada 
jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh 
tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan 
melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah 
Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (  AlBaqarah : 261 )

serba sedikit sharing hadis dan ayat al-quran tentang amalan bersedekah. :) walaupun RM0.90, itu juga dikira sedekah kalau kita niat nak bersedekah. insyaAllah, Allah akan lihat amalan yang kita lakukan. allah kan Al-Basir(Maha Melihat) lagi Al-Alim(Maha Mengetahui). :) 



<3 syahirahnsmr

6 comments:

  1. Nanti ada masa aman nak kenal ngan romate syahira...coz aman nak bagi dia bun bilis banyak2....hehe...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. boleh2. :) tapi dia takde blog la. ala, nak bagi bun bilis tu, kat sape-sape pun takpe. asalkan ikhlas, kan.?! :) *nak tergelak baca komen tadi. hahah

      Delete
  2. ala...camne nak bagi bun bilis nie..?? kalo xdapat nak contact dia..hehe...

    ReplyDelete
  3. hmm. xpayah la bgi. roommate dia ni ada. :) hahah.

    ReplyDelete
  4. nice blog :)
    jom jamu mata dengan design kad2 yang cantik++boleh tmbah kenalan :)
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100003470518425

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. :) hehe. kalau nice, sudi-sudila follow ea.?! :)

      Delete