Sunday, June 24, 2012

jom pi karnival~ :D

assalamualaikum w.b.t

hmm, macam biasa. takdak idea nak update apa. tiba-tiba teringat dengan isu semasa di UTP iaitu 'KARNIVAL MAHABBAH IKIM.FM' :) karnival tu akan diadakan di area Chancellor Hall, UTP, Tronoh, Perak. :) bagi orang-orang (macam kat sawah la pulak. =.=') okela, bagi insan-insan yang tinggal atau berada berdekatan dgn UTP, anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. bukan selalu karnival macam ni ada kan. ;) banyak aktiviti dan event yang diadakan contohnya yang paling famous sekali kat UTP sekarang ni adalah SFDM 2.0(Seminar Fiqh Dakwah Mahsiswa). best seminar tu. bro lim jooi shoon yang jadi speaker. so, tak rugi kalau gunakan duit RM20 atau ke bawah untuk pegi ke seminar tu sebab banyak ilmu yang kita dapat nanti. :)


tu salah satu daripada aktiviti yang ada. karnival tu berlangsung selama 3 hari iaitu dari 29 Jun 2012 sampai 1 Julai 2012. :) so, bayangkanla berapa banyak aktiviti yang boleh dijalankan sepanjang 3 hari tu. di kesempatan ni, saya nak ajak SEMUA sekali yang berada di bumi Allah tak kira dekat ke jauh, kalau ada kelapangan dan kesempatan, sila dan jemputla datang ke UTP untuk sama-sama join karnival mahabbah ikim.fm ni. semoga diberkati. amin~ :)





jumpa anda di sana~ :D 

<3 syahirahnsmr



Wednesday, June 20, 2012

practice puunnn~

assalamualaikum w.b.t

teringat kata-kata kawan saya tyme main badminton hari isnin hari tu. saya cuba nak selamatkan bulu tangkis tu daripada jatuh kat tempat kami, so nanti dapatla markah kan?! tapi tak berjaya, bulu tangkis tu pihak lawan bagi depan sangat. saya sampai terjatuh depan tu ingat boleh selamatkan. *sebenarnya tak sakit pun jatuh tu. ala, biasala.. gimik sikit. hahaa. tapi kawan saya kata, "huishh. dramatiknya." saya hanya senyum ja. tapi dalam hati, "ha la, ingat chong wei ja bole buat dramatik. tu la menunjukkan aku main sungguh-sungguh. kalau tak, takdaknya aku rajin nak pi pulun selamatkan jugak shuttlecock tu." hmm, nak kata kat sini, walaupun tu hanya latihan, practice tapi apa pun yang kita buat, sebagai seorang umat islam, kita kena la buat dengan bersungguh-sungguh, kan.?! barulah dapat menaikkan dan menjaga nama islam. :)

kalau dah practice pun sambil lewa + tak semangat + main-main, macam mana nak biasakan diri untuk sesuatu perlawanan, kan.?! dahtu, nanti rasa ketaq + cuak lebih ja. ==' so, sebagai seorang yang bergelar muslim/muslimah, rasanya perlu untuk kita buat yang terbaik even benda tu takdak la penting sangat.


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)






<3 syahirahnsmr

Monday, June 11, 2012

jangan tolak.!!

Assalamualaikum w.b.t

semalam time sesi sharing-meng'sharing' lepas solat maghrib di surau v4, ada seorang kawan saya yang share apa yang dia dapat time pegi MMC (Malam Mencari Cinta) malam hari jumaat haritu. malam mencari cinta ni bukannya nak suruh bercinta ka, cari pakwe ka, jauh sekali nak suruh bercouple. MMC ni adalah salah satu event kecil Rakan Masjid, kan.?! :/ *rasanya la. hahah. ada senior yang akan jadi moderator & cerita la apa yang patut pasal mencari cinta Ilahi. :) then, semalam kawan saya yang pegi MMC tu share something. *kalau tak, ingat nak pegi jugak tapi time tu takdak sapa nak pi sekali + kawan mintak tolong siapkan barang-barang untuk KPI May 12. so, apa salahnya tolong kawan kan, walaupun memang la diri ni nak pi MMC tu. :( hmm. apa yang kawan saya share tu adalah berkaitan dengan 'jangan tolak kebaikan'. mengikut apa yang dia gitau, akak moderator tu cakap jangan tolak kebaikan. contohnya: bila kak naqibah hantar mesej ajak nak buat SG (smart group a.k.a usrah), jangan tolak ataupun bagi macam-macam alasan. mana tau, lepas tu kita tak dapat ataupun payah nak dapat balek kebaikan tu. contoh kalau kita tolak, kita cakap "sori la akak. saya ada kerja, nak siapkan assignment, lab report.. bla. bla.. bla.."

dan kalau ditakdirkan Allah lepas tu henset akak tu hilang, macam mana??? mesti susah nak buat SG lagi kan.?! yela, nak kena cari number balek la. ingat senang? :/ hmm. so, point dia kat sini, jangan tolak kebaikan. tak semestinya kita tolak harini, esok kebaikan tu akan kita dapat lagi esok, lusa, tulat, tungging and so on. :)
jadi, bila kita dapat offer untuk buat kebaikan sebolehnya cubalah ambik peluang tu. :) peluang tu cuma datang sekali dan tak semua orang dapat. so, renung-renungkan dan selamat beramal. sekian. hehe :)



<3syahirahnsmr

Thursday, June 7, 2012

my MITOCHONDRIA. :)

Assalamualaikum w.b.t

cerita pasal kawan SMKA AL-IRSHAD dah. pasal rakan UTP pun dah. sekarang tinggal pasal sahabat SKAJ (Sekolah Kebangsaan Alma Jaya) pulak. :) hubungan persahabatan yang sangat lama. dari darjah 3 kot rasanya. alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang setelah menghadapi macam-macam dugaan dan ujian yang menimpa. yela, setiap orang kan diuji oleh Allah. yang beza cuma cara kita diuji. :)

lain orang, lain ragam. tapi insyaAllah semua dapat terima kekurangan yang ada pada setiap orang daripada kami dan dapat melengkapkannya dengan kelebihan diri yang ada. mulanya, ada 6 orang ahli dalam 'geng' kami. pastu, naik darjah berapa ntah bertambah lagi sorang. tapi yang lain pun kawan jugak. yang 7 orang ni la yang jadi kawan baik. Nadiah, Ekin, Shaba, Fatin, Ayu, SYAHIRAH(saya. :P) dan Shima. semua lucu, lawak, sporting, happening dan paling penting, AWESOME. :) group geng kami kat fb diberi nama 'MITOCHONDRIA'. *nadiah punya gheja la ni. amik yg berkaitn dgn bio plak. =.=' hahah. by the way, mitochondria kan menghasilkan tenaga. samala macam kami. providekan tenaga sesama kami. :) kalau nak tau, tenaga yang dihasilkan sangat efisien iaitu sekitar 30 molecule ATP. (untuk mitochondria yang sebenar) macam budak-budak mitochondria ni, samala jugak. bila ramai-ramai bagi semangat/tenaga banyaklah jugak jadinya, kan.?! *paham dak? :/ 



<3 mitochondria~ :D


diorang ni banyak tolong saya, dari sekolah rendah, sampai sekarang. alhamdulillah, sampai sekarang masih tak lost contact dan masih rapat. :D harap-harap biarla kematian saja yang memisahkan kita. walaupun tinggal berjauhan, dalam hati, kita dekat. (^_^) indahnya berukhuwwah kerana Allah. event kami yang paling latest, cuti sebelum semua orang masuk u. tyme tu saya balik dari UTP, kami usaha jugak nak jumpak semua. tapi Allah sebaik-baik perancang. semua dapat kumpul sekali tapi fatin ja tak boleh join, ada kat Nottingham, Semenyih. *dok terenyih kat sana. :P haha. kami 6 orang sleep over kat rumah shaba. hmm, dah bila kumpul semua sekali, toksah dok tanya la. tido pun 'awal' la. dekat pukul 4am kot. dok ghalit menyembang ja. gelak, makan, nasihat, call fatin. semua kami buat. satu lagi, main pusing-pusing losyen. pastu tanya soalan kat orang yang losyen tu berhenti. orang tu kena jawab jujur. so, kejujuran memang ada di situ dan kami semua open ja tyme tu. :) ayu pulak, keluarkan cerita sedih dia yang selama ni kami taktau pun. :( 

serius, sedang merindui hampa semua~ :') semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, tak kira la urusan pembelajaran, urusan dalam persahabatan ataupun urusan lain-lain. harapan aku: jangan lupa aku na. insyaAllah ada rezeki kita jumpak lagi. nanti kalau nak buat kenduri, ajakla aku sekali. :) kalau nanti hampa dapat tau aku tersasar ke lembah kehinaan, tolong, please tarik aku kembali ke pangkal jalan eh. kalau hampa tengok aku berubah ke arah yang lebih baik, (insyaAllah, amin) aku harap hampa akan still kawan dengan aku dan tetap bagi sokongan & dorongan. harap-harap kita dapat sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. amin. :) kalau satu hari nanti hampa dapat tau berita tentang kematian aku, aku harap hampa sudi ziarah jenazah aku. iringi aku dengan doa, bukan dengan linangan air mata. :) semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita akan berkekalan. insyaAllah, amin. kalau rindu aku, tegurla kat fb ataupun henset. :) insyaAllah akan dibalas kalau tak dak aral. some quotes for MITOCHONDRIA :D------> 

"ukhuwwah itu indah andai ia terjalin kerana Allah. ukhuwwah itu manis andai ditautkan di bawah aqidah islamiyyah. selautan kata-kata masih tidak dapat mengungkap keindahan berukhuwwah. biarlah doa dan ingatanku mengiringimu setiap waktu tanda kasihku fillah. :) mudah-mudahan ukhuwwah yang kita bina adalah kerana Allah. amin. "

"ukhuwwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. setiap yang manis mampu dikenangi. walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui. kerana asasnya ia kekal di dasar hati. :)" 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) *saya sayang sahabat saya. :D

"Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. saat tangan terluka, mata menangis. saat mata menangis, tangan menghapuskannya. :)" 

"True friends are never apart, maybe in distance but not in heart."

"Saujana alam, damai di latifah Rabbani. seindah persahabatan ini, seUnic persahabatan kita, seIn-team ikatan ukhuwah. moga persahabatan kita kekal selamanya De Hearty." 

"If you are alone, i will be your shadow. if you want to cry, i will be your shoulder. if you want a hug, i will be your pillow. if you need to be happy, i will be your smile. but if anytime you need a friend, i will just be me. :)"

"Hatta engkau turun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku cintakan engkau keranaNya. mahu berpimpin tangan tika masuk ke syurga sana. ukhuwwah hingga ke syurga. insyaAllah. amin." 



some hadith untuk renungan~ :) 

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)


“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai”(Bukhari)
"Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)




"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."(Az-Zukhruf,43:67)


<3 syahirahnsmr 




Tuesday, June 5, 2012

hanya untukmu~ :)

Assalamualaikum w.b.t

boleh dikatakan setiap hari saya akan dengar lagu SEBUAH PERTEMUAN by UNIC. :) tak tau la kenapa, bagaimana dan siapa yang membolehkan saya minat sangat-sangat lagu tu. tak ingat la macam mana boleh minat. tapi yang pasti, saya mula minat + suka lagu tu sejak dua menjak ni la. bukannya dari dulu. baru ja kenal lagu tu. pastu terus jatuh cinta. :D

lirik dia sangat best + bermakna. sobs sobs. :') dan setiap kali saya dengar lagu tu, mesti dan akan teringatkan kepada seseorang. tak tahulah macam mana boleh teringat kat dia. hmm, orang tu adalah orang yang saya sayang di UTP. tapi kadang-kadang terpikir jugak kat kawan baik saya. tapi tak selalu, yang selalunya saya akan teringat pada insan tu. nama dan matrik card dirahsiakan. *matrik card dia pun tak tau. :P saya teringat lagi pertemuan first saya dengan dia di depan pintu MH(main hall). time tu sebelum mula MAS (Minggu Aluan Siswa) lagi. baru lepas daftar dan kemas bilik. then, kena pi MH. sebelum masuk MH tu la yang terjadinya SEBUAH PERTEMUAN saya dengan insan yang istimewa tu. time tu, dia tengah sembang dengan ayah saya. saya cuma menyibuk ja. tak sangka pertemuan tu boleh kekal sampai sekarang. insyaAllah. mintak-mintak kekal sampai selamanya. amin. :D

ramai yang tak tau sapa insan tu sebab saya TAK PERNAH cerita kat sapa-sapa pun pasal dia kecuali pada Far(cerita sikit-sikit ja) dan ALLAH. so, yang tau keseluruhannya hanyalah saya dan ALLAH. :') sedangkan orang tu sendiri tak tau saya menyayangi dia kerana sebuah pertemuan tu. :') *mula emo...hewhew. sudah pasti la orang tu bukan seorang lelaki. dia seorang wanita+muslimah+perempuan yang hebat bagi saya. seriusly, tak tipu. ya la, semua orang ada kelebihan dan kekurangan. tapi setakat ni, saya belum jumpa lagi satu kekurangan dia walaupun satu. :) berbalik pada lagu tadi, memang saya rasa macam nak ja bagi/credit lagu tu kat dia. tapi..... :( hanya Allah yang tahu~ kebanyakan lirik lagu tu memang betul apa yang saya rasa. hayatilah lirik lagu tu.:

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



*teringin ja nak insan yang saya maksudkan tu baca entri ni. :( 
p/s:"akak, lagu ni khas saya creditkan untuk akak. :D hayatila~" *untuk insan yang bergelar teman tu. :) ikhlas dari hati saya. 





sayang akak kerana Allah..!!!!!!! :') 

<3 syahirahnsmr





Saturday, June 2, 2012

for BFFs :)

Assalamualaikum w.b.t

minggu ni tak balik rumah. tak tau la kenapa. mungkin malas packing, ataupun nak sep duit ataupun feelingless. =.=' tapi minggu ni ramai yang balik rumah lebih-lebih lagi budak-budak foundation. huhuu. orang yang dok u, balek rumah. orang yang ada kat rumah, kena pi u pulak. HAHA.. sebenarnya, entri ni dikhususkan untuk BFFs yang nak masuk u. :) ada yang masuk UIAM, UITM, USIM, UM, IRSHAD n macam-macam lagi la. :P

1. Nursaffrina bt Ropiee
2. Siti Farzana bt Rosley
3. Nur Athirah bt Aris
4. Nur Addeena Syamimi bt Maslil
5. Nur Zamira bt Hamid
6. Zukreena bt Zulkeplee
7. Nur Anati bt Mohamad Saufee
8. Nadhratul Wardah bt Adnan
9. Fateen Syifa' Nadhirah bt Mohamad Mazalan
10. Nurul Athirah bt Ariffin
11. Nur Atikah bt Mohd Aripin
12. Farah Zahiah bt Jamil
13. Aisyah Yusairah bt Mohd Zaidi
14. Nur Idayu Nadiah bt Yaazi
15. Nor Amalina bt Abd Latif
16. Nurul Aina bt Azizan
17. Nursyaza Nadiah bt Zubir
18. Nurazimah bt Salleh
19. Anis bt Abu Hassan (ni dah masuk u awal jugak. :))

kata-kata untuk BFFs: sila berbangga sekejap sebab aku buat post untuk hampa ni. bukan senang. :P hahaha. first skali, aku nak mintak maaf kalau ada buat salah kat hampa. samada yang sengaja ataupun yang tak sengaja. then, besar harapan aku nak tengok kita semua berjaya. *adoi, macam mak-mak la pulak. HAHA. seriusly, aku teringin sangat nak angan-angan kita yang nak bukak satu syarikat, dalam syarikat tu ada macam-macam ect: doktor, engineer, arkitek, lawyer, macam-macam lagi la. huhuu. memang tu satu angan-angan tapi tak mustahil kan boleh jadi kenyataan. kan best.! :D amiin.. aku harap nanti kita semua belajar elok-elok na. tapi jangan lupa betulkan niat belajar kerana Allah. bukan sebab nak dapat pointer tinggi ja. :) lagi satu nak pesan, INGAT PESAN NI, jangan lupa orang yang paling osem dalam BFFs tu tau, Syahirah Rodzhan. :P hehehe. kalau nanti hampa dapat tau aku tiba-tiba terpesong daripada akidah yang sebenar, JANGAN lupa tarik aku balek. :') tapi kalau hampa dapat tau aku tiba-tiba berubah ke arah yang lebih baik, aku harap hampa still kawan dengan aku + bimbing & bagi sokongan lagi kat aku. :') *sedih~* ingat janji kita, tapi aku tak tau la kot janji far ja. haha, "sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu kita hantar mesej sesama kita. at least, jangan la lost contact." kenang daku dalam doamu. bila dapat kawan baru, jangan lupa kawan lama na. sedih aku kalau hampa lupa aku. :P satu gi, kalau nanti bila-bila hampa dengar khabar kematian aku, harap-harap hampa sudi ziarah aku + iring jenazah aku sampai ke kubur. jangan iring aku dengan linangan air mata, tapi iringla aku dengan doa. :)) akhir kata daripada aku yang masih lagi belajar ni, all the best. semoga kita semua tabah & sabar hadapi ujian & dugaan yang datang. sayang hampa kerana Allah. :D


“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)




Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim) 

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).
(  سورة الزخرف  , Az-Zukhruf,43:67)


Everyone hears what you say. Friends listen to what you say. Best friends listen to what you don't say.

A best friend stands by you       
When no one else cares
Understands you
When no one else tries
Believes in you
When no one else does

Our laughs are limitless, our memories are countless, and our friendship is endless.









edit by: syahirahnsmr :)


#dengaq tau lagu tu. :) till we meet again. in sha Allah kalau ada rezeki. :)

<3 syahirahnsmr