Saturday, May 26, 2012

sebab kita diciptakan oleh ALLAH

Assalamualaikum w.b.t

first sekali nak bagitau, entri kali ni saya saja nak share satu post daripada ex-Ketua Pelajar SMKA AL-IRSHAD 2011. dia ni tengah belajar di DQ dan hampir tamat. lepas tu nanti masuk UIA. insyaAllah. thanks ea KP. :) postnya bermula:


Apa ertinya kita diciptakan di atas dunia ini oleh Allah? Pernah kita tanya diri kita kenapa aku menganuti Islam? kenapa aku diciptakan sbg manusia? kenapa aku diciptakan lebih mulia daripada binatang? Paling penting, siapa aku di atas dunia ni? Sudah tanya? apa jawapannya? Pernah terasa ingin mencari jawapannya? Atau kita terlalu leka dengan hidup di dunia ni? Atau kita hanya Islam pd nama dan zahiriah. Bukan bathiniah. Mahu menambah tsaqafah? Nantikan huraian yg ringkas daripada ana (berdasarkan ilmu yg ana dapat dari sahabat ana di dq dan ana rasa ana perlu berkongsi dengan rakan) :D

Pertama - tamanya ana memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi ana kesempatan untuk berkongsi dengan antum semua satu ilmu yg kita patut tahu sebagai seorang yg bergelar Muslim. Sebenarnya ilmu ni ana dapat daripada kawan ana di darul quran. Beliau amat petah berkata - kata dan mempunyai ilmu yg mendalam.

Sebelum tu, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berkat perjuangan dan pengorbanan baginda bersama para sahabat, hasil titik peluh dan darah yg dikorbankan, kita dapat rasa dua nikmat yg besar pd masa kini, iaitu nikmat Islam dan juga nikmat iman. Firman Allah "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya" (Surah Al Ahzab:56)

Jadi kalo ditanya mengapa kita dicipitakan oleh Allah Taala di atas muka bumi ini pasti ramai akan jawab berdasarkan firman Allah dalam surat Adz Dzariat ayat 56, “Tidak Kuciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaKu.” Tapi di sini ana nak tanya, apa maksud firman Allah tersebut? Kalo kita terjemah ayat memang berbunyi begitu. Tapi bagaimana pula dengan tafsirnya?? Pernah kita selidiki??

Ana lupa nama ulamak yg mentafsir ayat tersebut. Tapi tafsirannya berbunyi begini. Beliau mentafsir kalimah 'kecuali untuk beribadah kepadaKu' dengan tafsiran 'untuk mengenali Aku'. Faham? Maksudnya Allah ciptakan hamba Nya di atas muka bumi ini untuk mengenal siapa Khaliq mereka. Atau kita boleh panggil sebagai Ma'rifatullah.

Tahap Ma'rifatullah merupakan satu darjat yg tinggi bagi setiap Muslim. Apabila Muslim mencapai tahap ni, setiap perbuatan, percakapan dan sifat mereka adalah semata - mata kerana Allah. Kerana mereka yakin Allah Maha Melihat dan Allah melihat apa yg mereka kerjakan dan mereka sedar setiap amalan mereka akan diberi balasan oleh Allah Taala. Satu analogi ana boleh bagi di sini. Contoh kita merempit di atas jalan, tiba2 kita nampak ada roadblock. Mesti kita takut kan?? hal ni kerana kita tau kita akan menerima balasan daripada polis kerana merempit. Jadi bagaimana nak mencapai tahap Ma'rifatullah ni?? Supaya kita akan rasa kita sentiasa diawasi dan dilihat oleh Allah. Supaya kita berani melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Sehingga kita gentar untuk melakukan dosa walau sebesar zarah sekali pun.

Professor Syed Naquib al - Attas, seorang tokoh pemikir Malaysia telah berkata sebenarnya kita semua telah mencapai taraf Ma'rifatullah tersebut!! Terkejut?? Hakikatnya ya, kita telah capai. Persoalannya bila kita capai tahap tersebut? Ingat lagi perjanjian kita dengan Allah di alam roh?? Firman Allah (a.w): 'Maka ketika Tuhan kamu mengeluarkan keturunan Adam dari tulang sulbi mereka dan mengambil penyaksian terhadap roh mereka (dgn berfirman): 'Bukankah Aku ini Tuhan kamu?', berkata (i.e. menjawab roh): 'Bahkan (Engkaulah tuhan kami)! (Kami Allah (a.w) lakukan sedemikian itu) bahawasanya  tidak berkata mereka pada hari kiamat: 'Sesungguhnya kami adapun kami dengan ini penyaksian terlupa kami.' [Ayat 172, Surah al-A'raf] Atau, berkata mereka: 'Sesungguhnya apa-apa yg syirik ibubapa kami dari sebelum kami; dan adapun kami adalah zuriat sesudah mereka. Apakah Engkau (Allah) akan membinasakan kami dgn apa-apa yg berbuat orang-orang yg sesat dahulu itu?' [Ayat 173, Surah al-A'raf]

Ramai manusia lupa perjanjian ini. Kerana apa?? Allah campakkan kita di atas muka bumi ini kemudian Allah lupakan kita sebentar tentang perjanjian yg pernah kita buat. Kita dipanggil al - insan. Ism yg kata dasarnya ada 'nasiya' yg bermaksud lupa. Ya, kita pelupa. Apa yg kita lupa?? Perjanjian yg kita pernah buat dengan Allah.

Sebenarnya, kehidupan kita di dunia adalah untuk kembali pada perjanjian Allah tersebut. Saat di mana kita mengaku bahawa Allah Tuhan kita dan tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Allah. Allah ajarkan kita tentang Islam. Satu cara hidup yg lengkap meliputi pelbagai aspek kehidupan yg mampu mendorong kita kembali kepada perjanjian tersebut. Allah kurniakan kita dengan RasulNya, Muhammad ibni Abdullah. Manusia mulia yg memimpin manusia betul2 mendalami Islam. Jadi kenapa kita ingkar?? Fikir2 kan.

Mari kita imbas kembali firman Allah dalam surah al - Baqarah ayat 30 "Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

Allah ciptakan kita lebih mulia daripada haiwan. Allah kurniakan kita akal untuk membezakan kita dengan haiwan. Kalau kita hidup tak menggunakan akal yg Allah bagi, maka kita sama sahaja dengan haiwan. Allah kurniakan kita dengan ilmu. Manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat dengan ilmu yg mereka miliki. Sebarkan ilmu di bumi Allah ni kerana ia bukan milik kita.

Ana harap ilmu yg ana kongsi malam ni bermanfaat bagi semua warga 0711. Maaf ana x berapa pandai mengarang ayat dan menghuraikan isi. Tapi ana harap apa yg ana karang ni sedikit sebanyak bermanfaat pd semua. Sebelum ana mengundur diri, ana nak kita sama2 menghayati satu lagi firman Allah dalam surah ali Imran ayat 110 yang bermaksud :"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik."
wallahua'lam.

<3 syahirahnsmr

Tuesday, May 22, 2012

beliau seorang lagi yang aku kagumi dan sayangi. :)

Assalamualaikum w.b.t

Beliau yang kukenali, bukanlah sesiapa. bukan niat mengagungkan kerana beliau juga yang diciptakan. tetapi sebagai bukti mahalnya kasih dan cinta terhadap beliau. mata memandang sama tapi bagiku ada beza. beliau wanita biasa namun tak serupa. :) nak tau credit to sapa.??? she is GURU YANG PALING SAYA SAYANGI. :D bukan guru-guru lain saya tak sayang, sayang. tapi beliau ada ciri-ciri lain yang berbeza daripada semua. beliaulah yang bernama Puan Siti Harnani Bt Radhuan Din. nama yang tidak asing lagi bagi saya. walaupun hanya setengah tahun beliau sempat mengajar saya tyme form 4, tapi sudah cukup untuk saya menyayangi beliau sebagai guru yang paling saya sayang dan takkan lupakan. *gaya macam baru belajaq bina ayat ja. ==' hahah. tyme hari first tc nani masuk kelas, rasa macam kecut perut sikit. :P tapi bila dah tengok + rasa cara pengajaran beliau..... seriusly, i love her. alhamdulillah, selama tc nani mengajar saya, rasanya senang masuk ke otak. daripada mula-mula yang rasa kecut perut, lama-lama dah makin rasa seronok belajar Addmath dan akhirnya Addmath jadi antara subjek kegemaran saya. :))

beliau mengajar saya dan kawan-kawan dengan sangat baik rasanya. bukan tu saja, siap bagi nasihat yang membina lagi. mungkin tu yang jadi penyebab saya menyayangi beliau sangat. kata-kata yang paling saya tak lupa + yang selalu beliau nasihatkan pada kitorang, "bukak buku baru." :D setiap kali lepas exam, biasala mesti ada yang dapat elok, ada yang dapat kurang elok. so, nasihatnya macam tula. and ada lagila nasihat-nasihat yang snagat membina. alhamdulillah, UP1 tyme form4 saya dapat 98%. saya pun terkejut sebab tak expect la dapat markah camtu. yela, bole jawab tapi takla expect markah yang tinggi macamtu tapi syukur la dapat jugak rasa Addmath 98% :P mulai dari tu la saya makin minat sebab dapat skor. tapi tyme exam lepas tu (PPT kot ka UP2 ntah) result Addmath saya menurun. 75% kot. *tak ingat. tapi menurun la. haha. then, ayat yang sama tc nasihatkan pada kami semua. :) lepastu, tiba-tiba tyme bulan 7 dengar khabar angin kata tc nani nak pindah. :'( WHAT..?? rasa macam tak mau percaya ja. tapi penolong ketua tingkatan ada tanya tc, betulke? tc cakap taktau lagi.

then, tc buat pengumuman depan kelas satu hari tu. tc cakap tc nak pindah minggu depan. hanya Allah yang tahu macam mana sedihnya saya tyme tu. tapi air mata tak keluar sebab mahal kot. :P tc bagi nasihat lagi. yes, she never forget to give us some advices. :) tanggal 14hb JULAI (nasib baik bukan 9hb :P) berakhirlah khidmat tc yang paling saya sayangi di bumi Al-Irshad. petang tu, saya dan kawan-kawan yang lain pegi jumpak tc. saya bagi album gambar daripada 4IK. pastu kitorang sembang-sembang buat kali terakhir dengan tc. :'( tyme tc nak pegi tc salam dengan kami semua. saya ingat lagi, tyme tc salam saya, tc kata, "jaga diri elok-elok" i will tc. tc pun ada pesan kat kitorang, JANGAN LUPA ADDMATH. :) tyme tc nak pi tu, muflihah menangis. mungkin sangat sedih dan dia mudah touching kot bab-bab macam ni. saya sedih sangat-sangat jugak tapi air mata tak mau keluar, tak dapat den nak nolong. haha. walaupun lepas tc nani keluar Al-Irshad, saya tetap contact dengan tc. memang bukan semua mesej saya tc balas, tapi tak terasa pun sebab saya paham tc busy. :) lupa pulak, tc pindah pi melaka. :)

ada sekali tu, ayah saya nak bawak family saya termasuk saya pi melancong. ayah saya tanya nak pi mana, jawapan say, "melaka" dengan niat nak jumpak tc nani. rindu sangat dengan beliau. tapi takde rezeki, so tak jumpak. tc kata tc kat penang. ==' nak dipendekkan cerita, matrik pun saya pilih melaka, antara sebabnya adalah nak jumpak tc nani. tapi tak kesampaian jugak sebab dah masuk UTP. takpela, redha ja. yang terbaru, saya hantar mesej hari guru pada beliau. *takkan saya lupa guru yang paling saya sayang ni. tc balas, "terima kasih. semoga dimudahkan urusan kamu di hari-hari mendatang. dalam bergelar pelajar, banyak cabaran dan dugaan. cikgu sayang kamu' :D seronok dapat mesej daripada tc. tak pernah jemu bagi nasihat. :)

saya sangat berharap dapat jumpak tc nani sebelum saya menutup mata selamanya. mana tau kan, ajal maut kan Allah yang tetapkan. dan bila saya perlukan pandangan, sokongan, dorongan, nasihat dan kata semangat, saya sangat harap dapat semua tu daripada tc nani. sebab kata-kata semangat beliau selalunya menaikkan balik semangat saya. seriusly, tak tipu. orang lain pun ada jugak. :) tapi tak selalunya la. heheh. lastly, saya doakan tc sentiasa bahagia bersama suami (en. fairos) dan anak tersayang (hudiya hana).:D semoga dipermudahkan segala urusan tc. SAYA SAYANG TC. sebab tu la saya rindu tc dan takkan lupakan tc. insyaAllah. :) terima kasih tc sebab sudi ajar saya sampai boleh membuatkan saya sayang Addmath. :D terima kasih jugak sebab selalu bagi nasihat, dorongan n seangkatan dengannya. :)) semoga berjumpa lagi. amin.

tc nani bersama suaminya :) semoga kekal sampai  ke syurga. amin
*to forget me, it's up to you. but to forget you, i'll never do. :) you are my lovely teacher that i ever had. :D

<3 syahirahnsmr


Friday, May 11, 2012

lelaki muda~

Assalamualaikum w.b.t

lamanya tak update blog. :') rindu pulak. hehe. tiba-tiba terbaca satu post oleh kawan saya di UTP kat akaun fb dia. tapi cerita ni saya pernah dengar dah time pi PLKN dulu. (sempat 2 minggu ja sebab kena daftar UTP.:)) tapi ustaz yang cerita tu kata orang tu buta. yg kawan saya post ni lelaki muda. hmmm, takpela. apa-apa pun bukan orang tu yg penting. yg pentingnya, pengajaran dan i'brah daripada cerita tu. :) ceritanya camni... tersebut al-kisaahhhh~ :P hehhe..

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan 
menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.


Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu 
menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk 
menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat 
subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:


AKU ADALAH SYAITAN !


Lelaki muda itu sungguh terkejut..!Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid. Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'




MORAL :


Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita 
perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

macam tu la kisahnya. :) semoga menjadi iktibar dan pengajaran pada kita. 

<3 syahirahnsmr

Tuesday, May 1, 2012

study week~ :)

assalamualaikum w.b.t

em, kata kat orang dah lama tak update blog, tapi blog sendiri pun dah lama tak update. :P mungkin disebabkan kekangan masa + tak dak idea nak update apa. lagipun, sekarang musim STUDY WEEK. final exam untuk batch JAN 12 mula 3hb may 2012. tak lama dah tu. hhuhu. :( sebab tu kot yang tak update. ni pun curi masa sikit. haritu, masulah LRKK ada ajak makan kat kafe v2 untuk ahli LRKK muslimat la. alhamdulillah, 6 orang student JAN 12 datang. makan-makan tu sebab ada sorang ahli LRKK nak kelua UTP. nama, alamat dan id number dirahsiakan. :)

so, kitorang makan-makan tu kira kali terakhir la dengan dia. lepas makan-makan, sorang, sorang bagi ucapan kat dia. last sekali baru dia bagi ucapan untuk semua. tapi, walaupun dia keluar UTP keahlian dia sebagai ahli LRKK dalam group fb tak diremove. tengok, baik kan.?! :P hehe. by the way, jom kita sama-sama perbetulkan niat. bukan belajar semata-mata nak lulus exam, tapi belajar kerana Allah. *peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya. :) jangan lupa DUIT. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal. :D insyaAllah, Allah bagi yang terbaik untuk kita. Ya Allah, redhailah aku dan sahabat-sahabat aku yang lain dan berikanlah kami keputusan yang terbaik yang Engkau redhai. amin. :)

WIRID SUPAYA ALLAH REDHA DENGAN USAHA KITA
Mudah-mudahan tidak menjadi seorang muslim professional yang munafiq, tidak terikut-ikut sikap orang Nasrani dan Yahudi (Nasihat dari Prof. Ustaz Hashim Yahya, Mufti Selangor)
doaallahredahusahakita
Telah bersabda Rasulullah: Barangsiapa yang berkata ketika petang (zikir yang tersebut) Allah tetap akan meredhakannya (Riwayat Tarmizi)


edit by myself. :) *walaupun tak berapa cantik, alhamdulillah, puas hati. 
p/s:sori kalau entri kali ni tak berapa baik. :(

<3 syahirahnsmr