Monday, December 24, 2012

you made my day~ :D

Assalamualaikum w.b.t

my mood for today:
alhamdulillah. saya gembira sangat~ :)) 
24 Disember 2012, Wida' LRKK + JSU. tak tau nak kata macam mana. tapi saya gembira dan seronok sangat. alhamdulillah... terima kasih ya Allah atas nikmat yang aku dapat pada hari ini. akan ku pahatkan kenangan indah hari ini dalam hatiku. :D sampai Teluk Senangin dalam pukul 10am kot. konvoi kereta. hehhe. saya, Ummi, Ida dan Kak Fizah naik kereta Kak Najmah. memang dari duduk dalam kereta sampai nak dekat sampai asyik gelak ja. hahahha. *kecuali tyme nak dekat sampai,sebab ada org tido. :P hahaha. sampai ja sana, buat modul first, bina istana pasir~ :D tapi kena terapkan nilai-nilai kerajaan Islam. TERBAEK! semangat ja kitorang buat. hehehe. sori tak dak gambar sebab kamera org lain. huuu. *cepatla tukang upload gambar, upload kat fb~ tyme buat istana pasir tu kena taaruf sekali. orang yang lalu kat tepi laut tu pandang pelik ja kat kitorang. *'pehal diorang ni, besar-besar pun nak main bina istana pasir.' mungkin kata hati orang tu kot. HAHAHHA. dah habis bina, kena terang kat group satu lagi. pastu kena lukis ikut arahan ex-masulah JSU pulak. tak sangka lukisan pertama saya jadi lebih kurang dengan lukisan kedua. :3 *malas nak terang pasal modul tu. huhu. pastu, the best part. MAKAN~ heeeheheheheheh.. menu saya: nasi ayam + bandung ais. :) 

tyme makan tak bole tangkap gambar sangat sebab kamera yang guna tyme kat Teluk Senangin tu bateri dah exhausted.. Kak Fizah ar ni, tengok gambar lama sangat. hahaha. *saja nak pangkah. XD lepas makan singgah rumah kak Najmah. lepas tu balek UTP. dan seterusnya, saya pegi teman Kak Najmah cuci kereta Vios kesayangan tu. hoho.. nak dikatakan kat sini, yang seronoknya tyme Wida' tu la. sebabnya, banyak tangkap gambar kot. :P HAHAH. tak, tak. sebabnya, walaupun benda tu namanya Wida', tapi saya gembira. bukan gembira sebab orang tu nak grad, tapi gembira sebab ntahla. mungkin sebab....

:') seriusly.
tapi di sebalik kegembiraan tu, ada kesedihan yang terpendam. :'/ hmmm.. *tiba-tiba emo. hahah. nak nangis, tapi tak mampu dan tak boleh. tak tau kenapa. sebenarnya, orang yang sedih tapi tak mampu untuk menangis ni lagi perit rasanya daripada orang yang sedih tapi dia mampu untuk menangis. sekurang-kurangnya dia sedih dan dia dapat nangis. nangis tu bole melegakan. yang tak boleh nangis ni macam mana nak lega? sebab tu la orang yang tak boleh nangis ni sebenarnya lagi perit rasanya. bukan tak nak nangis, walaupun dah paksa air mata suruh turun, tapi tak turun jugak. huhuu. hanya air mata dalam hati yang mampu turun. T_T dah-dah, ubah topik.

ucapan dari penaja: semoga ukhuwah yang terbina bukan setakat di UTP, bukan setakat di kampus, tapi biarlah sampai bila-bila. in sha Allah. amin :') semoga akak berjaya dunia akhirat dan semoga cepat nikoh. :P last but not least, DON'T FORGET ME. ;) hahah. YOU MADE MY DAY~

goodbyes are not forever.goodbyes are not the end. they simply mean i'll miss you until we meet again. :') 
semoga ada pertemuan semula selepas perpisahan ini. :'( amin. 

untuk renungan~ [al-hujurat, 10]

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)

Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).  
(  سورة الزخرف  , Az-Zukhruf,43:67)

Pertemuan...telah ditakdirkan...
antara kita tidak pernah dirancangkan...
manalah takdir hendak dilawan...
semuanya ketentuan tuhan...

wahai sahabat sematkan semua kenangan 
yang telah bersama -sama kita lalui 
suka dan duka memburu impian...
moga teguhnya ikatan ini...

sahabat yang amatku cintai....
susah senang kau disampingku...
walau kini hilang dimata....
namun kau tetap dihatiku...

:'/
<3 syahirah






2 comments: