Tuesday, September 18, 2012

ujian demi ujian :')

assalamualaikum w.b.t

hmm. esok semester baru akan bermula. dan esok bermulalah kehidupan saya sebagai seorang Mechanical Engineering Student Foundation 3rd Semester. :) harap-harap semester baru akan beri semangat baru, inspirasi baru, pakwe baru... eh, takla. lawak ja. :P mana main pakwe-pakwe, kan? emm, tapi tadi tyme on the way nak balek UTP, tayar kereta pancit. :/ mula-mula abah dengan mak pun cuak jugak. taktau nak buat macam mana. berhenti tepi jalan. tyme tu memang dah dekat nak sampai dah. tapi nak buat macam mana, dah Allah nak uji.. :) pastu, abah pun keluar kereta tanya orang yang ada kat seberang sana. taktau la apa yang ditanya. then, beberapa minit lepas tu, ada sorang laki naik moto berhenti dan tanya kenapa. lepas diterang-terang, dibual-bual, dia pun teruskan perjalanan. *mungkin nak panggil kawan dia ka apa taktau la. beberapa minit lepas tu pulak berhenti pulak sebuah kereta myvi kot. laki jugak tapi dia lebih muda dari yang tadi. lepas abah gtau tayar pancit, and nak hantar anak balek UTP, laki tadi tu pun bagitau dia nak hantar adik dia balek UiTM Sri Iskandar. hmm, dia tolong keluarkan tayar spare kat bonet kereta. sampai berpeluh-peluh dia buat sambil dibantu oleh mak. masa tu, satu lagi kereta berhenti. kereta outdoor service. abah sembang dan bagitau kat dia pasal tayar tu. then, dia pun amik peralatan, bla bla bla.. tayar pun siap ditukar. :) alhamdulillah, berkat doa yg dipohon semasa bantuan belom sampai. :') abah pun drive sampaila masuk UTP.

huuuhhh~~! tyme masuk bilik tadi, perasaan saya bercampur-baur. tak tau la nak kata camna. rasa macam resah, sedih, takut, semuanya la. lepas kemas barang, bukak laptop dan online. try cari ketenangan. baca Gen-Q, dengar lagu, baca quotes. hmm. tambah pulak dengan hidung tak selesa macam haritu. selsema. :( plus rasa rindu sangat pada seseorang. alhamdulillah, malam ni rasa macam oke sikit dari petang tadi. petang tadi tu sampai terketaq tangan. tak tau pasal apa. sampaikan nak buat garisan guna pembaris pun ada terpesong sikit. huhu. mungkin ni ujian daripada Allah sebelum masuk sem baru. :') i'allah semuanya oke esok. amin. semoga Allah akan memberi bantuan dan pertolongan padaku seperti kejadian petang tadi. amin

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]



<3syahirah

2 comments: