Monday, April 9, 2012

indahnya~ :))

assalamualaikum w.b.t

pagi tadi, lebih kurang pukul 11.00am macam tu ada smart group a.k.a SG iaitu usrah. :) seriusly, seronok sangat tadi. happening + dapat ilmu + eratkan lagi ukhuwah antara sahabat. bersesuaian dengan tajuk usrah tadi, UKHUWAH. mula-mula, majlis dibuka dengan ummul kitab al-fatihah. pastu, mc pun melakukan tugas cakap intro. hahah. then, barulah kak naqibah mula mengorak langkah(haha, ayat berbunga sikit. :P) bincang pasal ukhuwah. apa tu ukhuwah.? ada yang jawab ikatan persaudaraan. bagi saya pun macam tu jugak. tapi diam je tyme tu sebab... sebab apa ea.? sebab tak larat nak cakap kot. haha. :P lepas tu, kitorang ada main permainan pasal ukhuwah. part ni yang best. :)

kak naqibah saya bagi 1 kertas A4 kat kitorang. tapi kitorang di'partner'kan. ada 6 orang, so 3 partner. dia bagi 3 kertas kat setiap partner. then, "koyak kertas korang kepada dua." sorang dapat setengah kertas A4 la maknanya. pastu, kak naqibah pun tanya soalan & suruh tulis atas kertas tu. tyme ni, setiap partner kena membelakangkan antara satu sama lain. :)

1) tulis nama penuh partner korang.
2) nama ayah dia
3) nama ibu dia
4) adik-beradik berapa orang
5) asal mana
6) no bilik, paling kurang pun kedudukan bilik dia.

semua orang tulis dengan khusyuknya tyme ni. *macam jawab exam. =.=' dah habis semua, kak naqibah suruh bagi kat partner. then kitorang baca, sorang, sorang, sorang. sampai habis. kat situ dapatla kenal sahabat-sahabat/kawan-kawan/rakan-rakan dengan lebih dalam. :) best~ ada gelak, ada serius. *tapi tak la serius sangat. kitorang santai je. :) lepas habis tu, main lagi satu permainan. kak naqibah suruh tulis apa yg kita suka pasal kawan kita. kat belakang kertas tu kosong lagi, so kitorang tulis kat situ. dah bertukar-tukar kertas, last-last habis jugak. semua orang dah tulis apa yang kitorang suka pasal kawan-kawan kitorang. then, bagi kat tuan punya badan balik. dah dapat tu, semua orang pakat baca. HAHAHAHA. mula la gelak sorang-sorang. sorang, sorang gelak. lawak bila baca komen orang untuk kita. :) dengan ditambah ayat yang ada unsur lucu, lagila nak gelak. heheh, kak naqibah pun tergelak jugak. :P then, kitorang kena baca apa yang kawan-kawan tulis kat kertas kita tu. hehe, part ni yang best & sangat lucu + awesome. :D komen yang saya rasa semua orang letak: baik. hahah. tapi ada lagi la komen-komen lain macam rajin, comel, lembut, sopan, lawak, peramah, nampak matured.. paling tak tahan, "suka dengar cakap loghat negeri (utara)" heheh, *bangga jadi orang utara. :))

tapi saya dapat pengalaman yang memalukan tadi. huhuu,. malu sangat-sangat tadi. adoi, rasa macam nak sorok muka ja tyme tu. :P nak tau sebab apa.? sebab komen tu laa. =.=' bukan pasal komen tu negatif ke apa, tapi sebab diri sendiri yang buat bagi diri sendiri malu. :( huhuu. sebabnya, tyme giliran saya kena baca komen tu, mula-mula takpe lagi. oke je. tapi bila tyme baca komen orang yang kedua, tyme tu la saya rasa malu. komennya, "responsive,ceria, happy.suka reply msg, dpt msg dia, kita rasa happy." lepas saya habis baca ayat tu, diorang gelak. saya pun gelak sebab malu la ada orang cakap dia rasa happy bila dapat msg saya. :P pastu, tyme bergelak tu sempat lagi saya tambah, "minat aku ka.?? HAHAHA." kawan saya di sebelah pun jawab, "haih, tu kak naz la." bijik mata kalau boleh tyme tu nak terkeluar dari kelopak mata. "serius..? weh, malunya~" huhuh, tyme tu lagi la diorang gelak termasuk kak naqibah saya tu. =.=' malu, malu~ dahtu, saya habiskan komen dia yang terakhir. lepas gelak tu, tyme nak baca komen orang lain, tangan saya tiba-tiba ketaq. memang sangat nampak ke'ketaran' saya tu. adoi, malu lagi.

gembira dengan 'bulatan gembira' saya. :))

cuba jugak baca walaupun tangan ketaq. pegang kertas tu memang nampak sangat kertas bergetar. semua orang gelak. sampai sekali tu, saya letak pensel ke bawah sebab nak hilangkan ketaq + gelabah tu. huhuu. "oke tak ni syahirah.?" kak naqibah tanya. "ha, oke-oke." huhu, memang malu sangat tyme tu. dahla malu sebab perasan ada orang minat tadi. padahal kak naqibah yang komen. =.=' akhirnya, habis jugak semua orang baca komen diorang. lawak, menarik, best.! (^_^) tyme tu, terasa indahnya ukhuwah kerana Allah. :) bersyukur sangat dapat group SG yang happening macam
tu. :)


last sekali sebelum bersurai, kak naqibah pun repub*betulke.? :/ tak taula, tapi maksud saya, buat kesimpulan la lebih kurang cam tu.
tingkat ukhuwah:
1) berlapang dada. maksudmya macam husnu zon (bersangka baik) dengan sahabat
2) sama rata macam kalau kita ada sesuatu benda tu, kita nak jugak sahabat kita ada. :)
3) melebihkan sahabat(ithar) peringkat paling tinggi. macam contohnya, kita lapar, kawan kita pun lapar. kita ada roti satu. kalau kita dah sampai tahap ketiga ni, kita akan bagi roti tu kat kawan kita. :)

3 cara nak merapatkan ukhuwah:
1) makan sama-sama (pernah buat dah tyme SG sebelum ni. (^_^) dengan kawan-kawan sekolah menengah dan sekolah rendah pun pernah. :)
2) tidur sama-sama (yang ni pernah buat dengan kawan sekolah menengah ja. sampai 2 katil tidur 6-7 orang. HAHAHAH. memang kalau tak rapat lagi, tak tau la. :)
3) bermusafir bersama-sama (yang ni pun pernah, tyme nak balik rumah naik bas. ^^)

last sekali, kitorang diberi pop-kuiz. soalan-soalan yang disediakan oleh lajnah TJN (tanzim jabatan nuqaba')  adalah dalam 20 soalan. :) senyap je tyme tu. *macam jawab exam lagi, =.=' hahah then, baru kitorang bersurai.. :) frankly speaking, saya suka SG saya. :) semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. amin. thank you akak sebab adakan permainan yang awesome macam tu. nanti buat lagi ea.?! ;) hehhe.


sabda baginda Nabi Muhammad s.a.w:“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya” :) 


<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment