Friday, April 13, 2012

seriously, terharu. terima kasih kawan. :)

assalamualaikum w.b.t

11.4.2012, hari yang agak menggemparkan bagi semua lebih-lebih lagi tuan empunya blog ni. :P memang sangat dahsyat la jugak. tyme kejadian 'gegar' tu, saya ada di bilik saya iaitu di tingkat 4(atas sekali. =.=') roommate pulak takdak. tak tau pi mana. huhuu. tyme tu saya tengah duduk atas kerusi, mengadap laptop, sambil-sambil buat assignment fizik, sam-sambil online. maklumla, sambil menyelam minum air. :P tyme tengah tengok fb tu, saya tiba-tiba rasa bergegar. memang rasa sangat. ingatkan kaki saya yang gegarkan. saya pun betulkan kedudukan duduk. letak kaki betul-betul kat atas lantai. pastu, rasa lagi gegar. *tak puas hati aih..saya pun bangun, berdiri. rasa macam bergoyang. tyme tu sempat lagi pikir benda lain. dalam hati dok kata "apadia la orang bawah dok buat sampai tingkat atas ni bergegar?" *sori orang bawah. :(

lepas tu, terdengar kawan-kawan yang lain keluar bilik dok heboh diorang pun rasa gegar jugak. pastu, diorang cakap orang bawah suruh turun. saya pun yang tyme tu pakai baju lengan pendek, main bantai ja sweater coklat kesayangan untuk turun bawah. tudung jangan lupa. :) walaupun sedikit seleliaq, (bahasa utara. heheh) gagah jugak turun cepat-cepat sebab cuak. haha. lepas dah reda sikit, saya naik bilik balek untuk tukar baju sebab ada usrah LRKK (lajnah rekreasi, kebudayaan dan kesenian) kat luar UTP. so, gegaran kedua saya tak rasa sebab tengah khusyuk makan kat luar. :) malam tu, roommate tak balek bilik lagi. :( tyme tu dah pukul 1am lebih kot kalau tak silap. saya pun tutup laptop & bersiap nak tido. dah tido tu, tiba-tiba terasa air hujan kena kat kaki, *katil sebelah tingkap jaa. =.=' pastu, dengan malasnya saya selimut kaki. tiba-tiba dengar guruh. kuat kot. memang rasa gegar sekali. takot gila tyme tu. dahla sorang-sorang. hanya Allah ja yang tau betapa cuak dan ketaq dan takotnya saya tyme tu.

saya doa & harap sangat-sangat roommate saya balek bilik tyme tu. sebab takot sangat dok sorang-sorang. :( tapi dia tak balek jugak. guruh + kilat makin menjadi-jadi. ada sekali tu, rasa macam kilat tu dekat sangat dengan saya walaupun kilat tu bercahaya kat luar. takot jugak kalau terkena saya. tak sempat nak ambik final exam kat UTP tercinta ni. :) heheh. tyme tu dah pukul 2am. saya pun telefon kawan baik saya, tingkat satu, mula-mula mesej je tanya dia tido tak lagi. then, dia jawab dia tak tido lagi. dia tanya saya sorang ke, kalau sorang, turunla bilik dia. dia ada bagitau dia takde kredit. lepas tu, baru saya call dia. "eh, kau sorang-sorang ke?" "a'ah. tim, takot~" huhuu.. memang penakut sikit saya ni. hehe. "eh, marila bilik aku. kau sorang-sorang tu takpe ke.?" *adoi, takpe kau kata. boleh sakit jantung aku dibuatnya kau kata takpe. haha. "aku gi amik kau kat bilik la. bawak la barang-barang kau sekali." subhanallah.. baik sangat kawan saya tu sampai nak tolong jemput kat bilik. :) "eh, takpela aku boleh turun sendiri.oke, japgi aku turun." saya pun pakai tudung & terus keluar bilik n kunci. kalih ke belah kanan, ingat nak turun ikut tangga belah situ, tiba-tiba nampak kilat. huh.! tak jadi la. pusing kiri & terus turun ikut tangga belah kiri cepat-cepat. sampai bilik dia, dia bukak pintu. tyme tu dia dah tutup lampu. on the way nak tido kot. pastu, saya pun cerita balek kat dia tyme nak turun tu, lepas sembang sikit-sikit, kitorang pun nak tido. saya tido sekatil dengan dia. share selimut sama-sama. *maklumla, sejuk.. n nak tutup mata takot tengok kilat. :P tapi last-last esok tu selimut ada kat dia saja. =.=' memang saya tak reti pakai selimut pun. hahaha. tyme sebelum tidur tu, barulah saya rasa tenang n aman sikit.
1st: sebab ada jugak saya tido dengan orang, bukan sorang-sorang. kalau ditakdirkan meninggal pun, ada jugak orang tau n orang teman. :) *thanks tim. :D
2nd: sebab first tyme saya tido dengan kawan baik saya yang sorang n sorang lagi tu dah tido tyme saya turun. kak naqibah kitorang cakap salah satu cara nak eratkan ukhuwah ialah tidur bersama-sama. :)

friend forever. :) 


aku sayang kau. :D
memang tak ramai yang boleh buat macam tu. sanggup nak naik tingkat atas semata-mata untuk jemput saya turun bilik dia. tak sangka betapa caring nya dia. :') tim, serius terharu~ alhamdulillah, pagi tadi bangun awal jugak. so, saya balik bilik dulu n solat. bersyukur sangat Allah temukan saya dengan dua orang kawan baik saya yang kedua-duanya asal dari KELANTAN. *taktau la camna saya yang dari penang ni tersesat. hehe. :P frankly speaking, saya bersyukur sebab diselamatkan daripada bencana, sebab family saya pun diselamatkan daripada bencana dan orang-orang yang saya sayang pun diselamatkan daripada bencana.
alhamdulillah. :) TERIMA KASIH sangat-sangat yang teramat sangat kepada kawan baik saya, tim. :)
semoga kau, aku & nai kawan selamanya~ amin. :) nanti aku pulak akan tolong kau, insyaAllah. :D

<3 syahirahnsmr




2 comments:

  1. jaga friendship awk elok2 tau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke2. insyaAllah. terima kasih ats peringatan tu. :) doa2kan lah ye. (^_^)

      Delete