Monday, April 2, 2012

yeay..!! dah graduate~ :D

Assalamualaikum w.b.t

"weh, bila hang nak update blog hang tu.??" "hehehhe.. aku buzy la." *bajet macam buzy sangat. =.=' "tak sangka aku hang follow aku. haha." "aku bukan setakat follow, blogwalking semua cukup." tetiba tyme lab chemistry tadi, peminat saya(hahah, kononnya~) keluarkan soalan cepumas macam tu. sebenarnya, bukanla sebab  buzy sangat, tapi sebab takdak idea pun nak tulis apa. kebetulan sekarang saya baru je selesai graduate di SMKA AL-IRSHAD. :) so, sekarang dah bergelar ex-irshadianz la.. tak digelar budak irshad dah. *eh, yeke.? ;) sebelum HARI GRADUASI 2012 tu, kitorang ada raptai dua hari. khamis dan jumaat. saya dan kawan-kawan satu sekolah yang ada kat UTP pun terpaksa la balik petang rabu tu. bas pukul 4.15pm macam tu la. kitorang naik bas tu kat medan gopeng. dari UTP nak gi sane alhamdulillah dapat jugak transport. seorang senior UTP yang baik hati yang sudi hantar~ :D terima kasih akak. :)

muka, gaya, personaliti akak tu lembut. tapi bila mai tyme bawak kete, michael shcumaker & alonso pun kalah. HAHHA. :P *gurau je, hiperbola tu. tapi seriusly, agak laju. lebih kurang ayah saya bawak kete la. disebabkan dah biasa naik laju-laju takde la rasa takot sangat, cuma terkejut. haha. akhirnya sampai dengan selamat jugak kat medan gopeng. pastu, kitorang naik bas & balik rumah masing-masing. *malas explain dah. :P raptai hari khamis tu, takde pape yang menarik pun. macam biasa je. cikgu cuma tunjuk cara nak naik pentas, ambil hadiah, tunduk & semua benda alah tu la. hari jumaat yang best.! :D sebab lepas raptai, saya dan kawan-kawan saya di IRSHAD (BFF) pegi jusco lepas raptai tu. hehhe. AWESOME OUTING namanya. :P saya naik motor dengan saffrina. yang lain naik bas. hahah, kesian~ :P emm, mentang-mentang la kat highway, apa lagi. 100km/h dia bawak motor tu. *adoi, tak ingat ka hang dok tengah bawak anak orang.? HAHAH. alhamdulillah sampai jugak dengan selamat~ kami solat zohor kat surau PETRONAS dulu. then baru gi jusco. sampai jusco, semua pakat dok borong, shopping dulu. saya beli beg BODY GLOVE n sweater CHEETAH je. yang lain ada yang beli purse, beg tangan, (=.=') headfon. macam-macam laa..

dalam pukul 4 camtu kot, kitorang gerak gi PIZZA HUT. :)) event yang dinanti-nanti. hehhe. saya belasah + melantak 3 keping pizza, 1 ketul ayam kepak, *:'( 1 keping garlic bread, 1 mangkuk mushroom soup, 4 gelas air pepsi. :)) hahaha, gila tak kenyang~ :D balik rumah tu, memang perut macam nak meletop. nasib baik perut boleh tahan daripada meletop. hahaha. tapi bila difikirkan balik, "kuat sungguh nafsu makan aku." =.=' takpela, mungkin tu kali terakhir kot buat macam tu. :P papepun, memang enjoy gila graduasi n awesome outing. :))

alhamdulillah, dah graduate dari sekolah menengah, tinggal nak graduate untuk  u je. :)
<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment