Friday, February 24, 2012

letih vs seronok :)

assalamualaikum w.b.t

huuuhh...! agak letih hari ni. memandangkan hari ni agak padat, tambah pulak puasa sunat lagi rasa letih. tapi biasala tu.. puasa memang la letih kalau tak biasa. mungkin dah lama tak rasa penat camni sebab sebelum ni puasa kat sekolah mana ada kena naik sampai tingkat 4 pastu turun pulak gi kelas kat Lecture Hall 1, block 01-01-05 pastu pre cal punya tutorial pulak kat blok J. malam pulak kelas yang paling tak mau pegi, kelas english tutorial =.=' kat blok I. huhuu. memang terasa sangat la letihnya~ TAPI.....

rasa letih yang kita rasa, tak kira la letih gi belajar ke, letih gi main ke, letih kerja ke.. semua tu tak tertanding dengan letihnya seorang IBU melahirkan dan menjaga kita. :) siang malam sanggup bergerak pi sana pi sini. nak buat susu la, nak bagi mandi la, nak basuh baju la... semuanya la. ada ke IBU kita merungut cakap, "ish, penat aih dok jaga budak ni. dahla aku breakfast lagi." takde kan.?! kalau ada, mesti dah lama dah kita ni terbiar. tapi, alhamdulillah kita dan SAYA masih hidup di dunia yg sementara ni. :) kita tak dapat rasa betapa penat dan letihnya seorang IBU jaga kita sampaila nanti kita yang akan rasa sendiri. so, rasanya kalau letih sikit-sikit macam ni, lebih baik mehasabah diri ke, sembahyang ke, tak pun buat je la apa yang mampu.

saya nak share satu mesej yang dihantar oleh seorang akak fasi MAS di UTP ni, :) tak taula dia ambil kat mana, tapi yang pasti saya dapat mesej tu daripada dia. :) " apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, kebaikan yang dilakukan akan terus kekal... dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan itu akan terus kekal... dan ingatlah kewajipan itu lebih banyak daripada waktu :)" thanQ akak. :D

<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment