Saturday, March 24, 2012

terima kasih ya allah, atas dugaan itu. :)

assalamualaikum w.b.t

memandangkan sekarang ni musim baru habis dapat result bagi pelajar-pelajar SPM 2011, so sukacitanya ingin berkongsi pengalaman walaupun takla seberapa sangat pengalaman tu. =.=' bak kata orang, "pengalaman mendewasakan kita." yup, memang betul. "SPM is something but it does not determine your success or failure in life. i believe SPM is not a measure of holistic intelligence." *copy dari tweet kak wardina safiyyah. :) biasala, ada yang dapat result elok, ada yang dapat kurang elok. tapi yang pasti semua yang berlaku tu, mesti ada hikmahnya. alhamdulillah, saya bersyukur sangat dengan keputusan SPM yang saya dapat. terima kasih kepada ibu bapa, keluarga dan cikgu-cikgu yang banyak tolong dan bagi sokongan, nasihat, dorongan, kata semangat dan macam-macam lagi la. jasamu dikenang. insyaAllah. :)

sebenarnya, bukan nak cerita pasal result SPM, tapi pasal benda yang berkaitan jugak la dengan SPM. yup, trial. for your information, trial SPM adalah result saya yang paling teruk dalam sejarah exam saya sepanjang saya tingkatan 5. memang tyme tu rasa down + frust + putus asa + tension semua yang seangkatan dengannya. frankly speaking, trial saya dapat 7A daripada 12. bukan tak bersyukur, tapi rasa down disebabkan beberapa peristiwa. antaranya sebab result addmath (subjek kegemaran). trial haritu, saya dapat addmath b. agak sedih sebab sepanjang saya hidup, addmath pernah sekali ja dapat b. ingatkan tak mau dapat dah. rupa-rupanya trial tu dapat b lagi. sedih sangat. sampai saya bertukar jadi seorang yang pendiam, tak dak mood sepanjang minggu dapat result tu. kawan-kawan pun perasan. ada yang tanya kenapa jadi camni..? "takdak apa aih." tu ja jawapan yang mampu dibalas. ada kawan yang paham, ada kawan yang tak paham kenapa saya jadi macam tu.

tyme minggu balek tu, saya hantar mesej kepada seorang guru kesayangan saya yang sekarang mengajar di melaka. beliau ajar saya addmath masa saya form 4. guru kesayangan sebab pengajarannya yang dapat difahami dan beliau suka bagi nasihat yang membina. :) nasihat yang selalu beliau bagi, "buka buku baru. " :) hehehe. saya cerita apa yang saya rasa termasuklah rasa tak layak untuk mengajar kawan-kawan. rasa diri ni macam tak layak sebab takot saya bagi ajaran yang silap. keyakinan nak ajar tu dah takde. rasa macam nak lari je bila kawan tanya soalan addmath kat saya, tapi takot diorang cakap apa pulak. kadang-kadang je saya bagi alasan, "tanyala orang lain yang lagi pandai." memang down sangat tyme tu. pastu, tcer addmath kesayangan saya pun balas mesej saya dengan nasihat yang sangat memberi kekuatan dan semangat pada saya.

"janganla camtu. allah yang lebih tahu apa yang terbaik buat kita. kita ni janganla putus berdoa. semua ada hikmah. bila dugaan camni jadi lebih awal, maka kita akan lebih beringat. tcer memang sangat yakin, syahirah boleh buat tyme SPM nanti.bukan saja addmath, malah semua subjek gak. jadila apa yang kita mampu." (saya taip sebijik dengan apa yang ditaip dalam mesej beliau.) saya dapat kekuatan sikit daripada nasihat beliau. dan selepas tu, bermulalah perjuangan saya untuk improve segala yang kurang. hasilnya, SPM sebenar saya dapat result yang elok walaupun tak dapat straight A, tapi saya bersyukur dengan dugaan yang allah bagi pada saya tyme trial tu. mungkin kalau allah tak bagi dugaan macam tu, saya akan lalai.. :') terima kasih ya allah.

walau apa pun result yang kita dapat, kenala sentiasa bersyukur. bagi yang dapat result elok, janganlah berasa bangga dan bagi yang dapat result yang kurang elok janganlah bersedih dan rasa down. sesungguhnya ALLAH yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. kita hanya boleh usaha, ikhtiar dan tawakkal. kalau dapat result elok tu, alhamdulillah.. kalau kurang elok, itu mungkin allah nak uji keimanan kita. :) *peringatan untuk diri sendiri jugak.

"...... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." surah al-baqarah ayat 216. 



<3 syahirahnsmr







No comments:

Post a Comment