Thursday, June 7, 2012

my MITOCHONDRIA. :)

Assalamualaikum w.b.t

cerita pasal kawan SMKA AL-IRSHAD dah. pasal rakan UTP pun dah. sekarang tinggal pasal sahabat SKAJ (Sekolah Kebangsaan Alma Jaya) pulak. :) hubungan persahabatan yang sangat lama. dari darjah 3 kot rasanya. alhamdulillah, masih kekal sampai sekarang setelah menghadapi macam-macam dugaan dan ujian yang menimpa. yela, setiap orang kan diuji oleh Allah. yang beza cuma cara kita diuji. :)

lain orang, lain ragam. tapi insyaAllah semua dapat terima kekurangan yang ada pada setiap orang daripada kami dan dapat melengkapkannya dengan kelebihan diri yang ada. mulanya, ada 6 orang ahli dalam 'geng' kami. pastu, naik darjah berapa ntah bertambah lagi sorang. tapi yang lain pun kawan jugak. yang 7 orang ni la yang jadi kawan baik. Nadiah, Ekin, Shaba, Fatin, Ayu, SYAHIRAH(saya. :P) dan Shima. semua lucu, lawak, sporting, happening dan paling penting, AWESOME. :) group geng kami kat fb diberi nama 'MITOCHONDRIA'. *nadiah punya gheja la ni. amik yg berkaitn dgn bio plak. =.=' hahah. by the way, mitochondria kan menghasilkan tenaga. samala macam kami. providekan tenaga sesama kami. :) kalau nak tau, tenaga yang dihasilkan sangat efisien iaitu sekitar 30 molecule ATP. (untuk mitochondria yang sebenar) macam budak-budak mitochondria ni, samala jugak. bila ramai-ramai bagi semangat/tenaga banyaklah jugak jadinya, kan.?! *paham dak? :/ 



<3 mitochondria~ :D


diorang ni banyak tolong saya, dari sekolah rendah, sampai sekarang. alhamdulillah, sampai sekarang masih tak lost contact dan masih rapat. :D harap-harap biarla kematian saja yang memisahkan kita. walaupun tinggal berjauhan, dalam hati, kita dekat. (^_^) indahnya berukhuwwah kerana Allah. event kami yang paling latest, cuti sebelum semua orang masuk u. tyme tu saya balik dari UTP, kami usaha jugak nak jumpak semua. tapi Allah sebaik-baik perancang. semua dapat kumpul sekali tapi fatin ja tak boleh join, ada kat Nottingham, Semenyih. *dok terenyih kat sana. :P haha. kami 6 orang sleep over kat rumah shaba. hmm, dah bila kumpul semua sekali, toksah dok tanya la. tido pun 'awal' la. dekat pukul 4am kot. dok ghalit menyembang ja. gelak, makan, nasihat, call fatin. semua kami buat. satu lagi, main pusing-pusing losyen. pastu tanya soalan kat orang yang losyen tu berhenti. orang tu kena jawab jujur. so, kejujuran memang ada di situ dan kami semua open ja tyme tu. :) ayu pulak, keluarkan cerita sedih dia yang selama ni kami taktau pun. :( 

serius, sedang merindui hampa semua~ :') semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan, tak kira la urusan pembelajaran, urusan dalam persahabatan ataupun urusan lain-lain. harapan aku: jangan lupa aku na. insyaAllah ada rezeki kita jumpak lagi. nanti kalau nak buat kenduri, ajakla aku sekali. :) kalau nanti hampa dapat tau aku tersasar ke lembah kehinaan, tolong, please tarik aku kembali ke pangkal jalan eh. kalau hampa tengok aku berubah ke arah yang lebih baik, (insyaAllah, amin) aku harap hampa akan still kawan dengan aku dan tetap bagi sokongan & dorongan. harap-harap kita dapat sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. amin. :) kalau satu hari nanti hampa dapat tau berita tentang kematian aku, aku harap hampa sudi ziarah jenazah aku. iringi aku dengan doa, bukan dengan linangan air mata. :) semoga ukhuwwah yang terjalin antara kita akan berkekalan. insyaAllah, amin. kalau rindu aku, tegurla kat fb ataupun henset. :) insyaAllah akan dibalas kalau tak dak aral. some quotes for MITOCHONDRIA :D------> 

"ukhuwwah itu indah andai ia terjalin kerana Allah. ukhuwwah itu manis andai ditautkan di bawah aqidah islamiyyah. selautan kata-kata masih tidak dapat mengungkap keindahan berukhuwwah. biarlah doa dan ingatanku mengiringimu setiap waktu tanda kasihku fillah. :) mudah-mudahan ukhuwwah yang kita bina adalah kerana Allah. amin. "

"ukhuwwah itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. setiap yang manis mampu dikenangi. walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui. kerana asasnya ia kekal di dasar hati. :)" 

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud) *saya sayang sahabat saya. :D

"Persahabatan itu seperti tangan dengan mata. saat tangan terluka, mata menangis. saat mata menangis, tangan menghapuskannya. :)" 

"True friends are never apart, maybe in distance but not in heart."

"Saujana alam, damai di latifah Rabbani. seindah persahabatan ini, seUnic persahabatan kita, seIn-team ikatan ukhuwah. moga persahabatan kita kekal selamanya De Hearty." 

"If you are alone, i will be your shadow. if you want to cry, i will be your shoulder. if you want a hug, i will be your pillow. if you need to be happy, i will be your smile. but if anytime you need a friend, i will just be me. :)"

"Hatta engkau turun ke neraka, aku tetap akan terjun untuk mengambilmu semula kerana aku cintakan engkau keranaNya. mahu berpimpin tangan tika masuk ke syurga sana. ukhuwwah hingga ke syurga. insyaAllah. amin." 



some hadith untuk renungan~ :) 

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

“Barangsiapa menutup keaiban saudaranya di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari Kiamat” (Bukhari dan Muslim)


“Saling memberi hadiahlah sesama kamu, maka kamu akan saling mencintai”(Bukhari)
"Tidaklah seorang muslim mendoakan saudaranya yang tidak berada di sisinya, melainkan berkata para Malaikat: Dan bagi kamu seperti apa yang kamu doakan” (Muslim)




"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."(Az-Zukhruf,43:67)


<3 syahirahnsmr 




No comments:

Post a Comment