Wednesday, June 20, 2012

practice puunnn~

assalamualaikum w.b.t

teringat kata-kata kawan saya tyme main badminton hari isnin hari tu. saya cuba nak selamatkan bulu tangkis tu daripada jatuh kat tempat kami, so nanti dapatla markah kan?! tapi tak berjaya, bulu tangkis tu pihak lawan bagi depan sangat. saya sampai terjatuh depan tu ingat boleh selamatkan. *sebenarnya tak sakit pun jatuh tu. ala, biasala.. gimik sikit. hahaa. tapi kawan saya kata, "huishh. dramatiknya." saya hanya senyum ja. tapi dalam hati, "ha la, ingat chong wei ja bole buat dramatik. tu la menunjukkan aku main sungguh-sungguh. kalau tak, takdaknya aku rajin nak pi pulun selamatkan jugak shuttlecock tu." hmm, nak kata kat sini, walaupun tu hanya latihan, practice tapi apa pun yang kita buat, sebagai seorang umat islam, kita kena la buat dengan bersungguh-sungguh, kan.?! barulah dapat menaikkan dan menjaga nama islam. :)

kalau dah practice pun sambil lewa + tak semangat + main-main, macam mana nak biasakan diri untuk sesuatu perlawanan, kan.?! dahtu, nanti rasa ketaq + cuak lebih ja. ==' so, sebagai seorang yang bergelar muslim/muslimah, rasanya perlu untuk kita buat yang terbaik even benda tu takdak la penting sangat.


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai olih Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)






<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment