Tuesday, June 5, 2012

hanya untukmu~ :)

Assalamualaikum w.b.t

boleh dikatakan setiap hari saya akan dengar lagu SEBUAH PERTEMUAN by UNIC. :) tak tau la kenapa, bagaimana dan siapa yang membolehkan saya minat sangat-sangat lagu tu. tak ingat la macam mana boleh minat. tapi yang pasti, saya mula minat + suka lagu tu sejak dua menjak ni la. bukannya dari dulu. baru ja kenal lagu tu. pastu terus jatuh cinta. :D

lirik dia sangat best + bermakna. sobs sobs. :') dan setiap kali saya dengar lagu tu, mesti dan akan teringatkan kepada seseorang. tak tahulah macam mana boleh teringat kat dia. hmm, orang tu adalah orang yang saya sayang di UTP. tapi kadang-kadang terpikir jugak kat kawan baik saya. tapi tak selalu, yang selalunya saya akan teringat pada insan tu. nama dan matrik card dirahsiakan. *matrik card dia pun tak tau. :P saya teringat lagi pertemuan first saya dengan dia di depan pintu MH(main hall). time tu sebelum mula MAS (Minggu Aluan Siswa) lagi. baru lepas daftar dan kemas bilik. then, kena pi MH. sebelum masuk MH tu la yang terjadinya SEBUAH PERTEMUAN saya dengan insan yang istimewa tu. time tu, dia tengah sembang dengan ayah saya. saya cuma menyibuk ja. tak sangka pertemuan tu boleh kekal sampai sekarang. insyaAllah. mintak-mintak kekal sampai selamanya. amin. :D

ramai yang tak tau sapa insan tu sebab saya TAK PERNAH cerita kat sapa-sapa pun pasal dia kecuali pada Far(cerita sikit-sikit ja) dan ALLAH. so, yang tau keseluruhannya hanyalah saya dan ALLAH. :') sedangkan orang tu sendiri tak tau saya menyayangi dia kerana sebuah pertemuan tu. :') *mula emo...hewhew. sudah pasti la orang tu bukan seorang lelaki. dia seorang wanita+muslimah+perempuan yang hebat bagi saya. seriusly, tak tipu. ya la, semua orang ada kelebihan dan kekurangan. tapi setakat ni, saya belum jumpa lagi satu kekurangan dia walaupun satu. :) berbalik pada lagu tadi, memang saya rasa macam nak ja bagi/credit lagu tu kat dia. tapi..... :( hanya Allah yang tahu~ kebanyakan lirik lagu tu memang betul apa yang saya rasa. hayatilah lirik lagu tu.:

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman



*teringin ja nak insan yang saya maksudkan tu baca entri ni. :( 
p/s:"akak, lagu ni khas saya creditkan untuk akak. :D hayatila~" *untuk insan yang bergelar teman tu. :) ikhlas dari hati saya. 





sayang akak kerana Allah..!!!!!!! :') 

<3 syahirahnsmr





2 comments:

  1. jom join sini :)

    http://bakul2011.blogspot.com/2012/06/nikon-giveaway-by-ieqah-blog-gajah.html

    ReplyDelete