Friday, March 9, 2012

aku rindu sayang kamu. :)

assalamualaikum w.b.t

malam 7 Mac 2012 iaitu hari rabu, saya balik rumah dengan bas. masa dalam bas, sebelum bas tu bergerak tengah tunggu orang lain, saya pun 'on'kan media player di handphone. lagu 'BILA WAKTU TELAH BERAKHIR' nyanyian opick bergema di earfon. lagu tu sedih kot. dahla malam-malam, dengar lagu sedih tu pulak, sorang-sorang pulak tu*walaupun ada orang kat sebelah, tapi dengar sorang-sorang. :)

terghalit(ghalit bahasa utara maksudnya leka) la jugak dengar lagu tu. pastu, lepas satu lagu, lagu lain pulak. pastu, lagu lain. sampaila lagu 'dengan kuasaMu' by NUR ONE. (time ni bas dah gerak dah la.) lagu yang sangat best dan sekarang telah menjadi lagu kegemaran pemilik blog ini. :) saya kenal lagu tu pun masa tyme MAS (minggu aluan siswa) di bumi UTP. sebab banyak montaj RM(rakan masjid, bukan Running Man ye. :P) diorang letak lagu tu sebagai lagu latar. best~ cubalah dengar. mantap habis. hehe.






Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta


jikalau ada seseorang yang mengatakan dia sayang padamu,
itulah saya. :)
jika ada seseorang yang mengatakan dia rindu padamu, 
sayalah orangnya :)
dan jika ada seseorang yang mengatakan dia sedia membantumu, 
itu juga saya. :)
namun, jika seseorang itu mengatakan dia akan melupakanmu, 
jawapannya, itu bukanlah saya kerana saya tidak akan melupakan orang yang saya pernah sayang. insyaAllah.:D

credit to:- someone. :)


<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment