Sunday, March 11, 2012

pengalaman sebagai faci buat kali pertama untuk hari terakhir di KEBAS :)

assalamualaikum w.b.t

hari ni hari last KEBAS. huhu, *sedih~ :'( pagi-pagi tu ade aktiviti RUHUL JADID. lawak betol la senaman tuu. hahaha, try tengok. :D

 serius lawak. tak boleh tahan gelak dengan effect current tu. HAHAHA. :P lepas senaman, makan pagi. alhamdulillah makan bihun singapore. sedap jugak. (makanan free, ade ke yang tak sedap.? haha) pastu, semua faci dan adik-adik form1 masuk surau. ada aktiviti amali wudhuk + solat. faci-faci kena check diorang punya cara berwudhuk dan solat. *tegur sekadar yang tahu je. :) pastu diorang solat dhuha :) time diorang solat tu la faci kena tengok apa yang tak betul. dah habis semua orang solat, faci kena tegur apa-apa yang dirasakan perlu ditegur. first, saya tegur pasal rukuk, sujud, duduk antara dua sujud. yang tu je kot yang ingat. :P partner faci saya pulak tegur pasal takbir. :) *walaupun ilmu tak seberapa, tapi nasib baik kat UTP haritu dah buat amali solat jugak dengan kakak-kakak faci. :) thanQ akak. :D

lepas amali tu, ada slot ukhwah dan ikhtilat(pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi). time slot ikhtilat tu lagi best kot sebab dalam slot tu, adik-adik diberi 2 keping puzzle dan diorang kena pegi ke tempat-tempat yang ada papan puzzle yang serupa dengan kepingan puzzle yang diberi (dalam surau jugak la,.) time tu la faci-faci kena tengok cara pergaulan diorang. ada beberapa orang faci yang jadi paparazi, tangkap gambar time diorang nak letak puzzle tu lebih-lebih lagi bila time diorang tak perasan + dok dekat-dekat. haaa~ hahaha. :P lepas tu, saya sempat jugak la pegi jumpak tcer biology, tc hafifah. :) *kalau sembang dengan tcer. memang tak boleh lepas. tyme tu tcer tengah jaga exam untuk budak-budak yang tak ambik exam haritu sebab pegi olahraga. mungkin tcer bosan kot sebab tu tcer kata boleh je jumpak tcer kat belakang. haha. best jugak la, rindu~ :D lepas solat zohor baru ada explorace. saya join dengan kawan saya yang jaga checkpoint iklan. kat checkpoint tu, adik-adik kena bincang buat iklan berkaitan dengan benda apa yang diorang dapat daripada cabutan soalan yang kitorang bagi. macam-macam, pasal helikopter, stoking, arnab, kucing. tapi sayangnya tak berapa menarik. huhuu. *usaha lagi ye dik. heheh :P nak jadi ceritanya, tyme  satu kumpulan adik lelaki ni buat iklan tu, faci lelaki yang jaga checkpoint tu dengan kitorang tak puas hati(kawan sekelas saya. hahah) so, dia bagi denda *tapi tak macam denda pun. apa daa~ =.=' dia tanya, "antara tiga-tiga orang kak-kak tu kan, sapa yang dah masuk u.?" kureng betoi hang din. dalam hati je, gila nak kata depan-depan. haha. dia bagi satu peluang ja kena teka. pastu, bila diorang dah bersepakat, diorang pun gitau jawapan. malangnya jawapan yang diberikan salah. calon-calon tu ada yang pakai tudung hijau, pink(sayaa, hehhe) dan coklat kot, seingat saya. hehhe. adik tu bagi jawapan yang pakai tudung hijau. haahah. *awet muda lagi rupanya aku ni, ke muka tak nampak matured lagi macam budak u..? =.=' taktaula nak kata. hahah.

lepas habis explorace, ada acara bagi hadiah untuk dua kumpulan yang TERBAEK. tapi kumpuln saya tak menang pun. huhuu. haha. dah lepas bagi hadiah dan ucapan daripada ustazah, faci laki cakap bolehla bersalaman dengan faci-faci.. :) semua pun pakat salam. huhuu, sedih pulak. :'( ramai je yang salam dengan faci-faci semua. saya pun tak terkecuali. hehhe. ada jugak la bagi nasihat(kononnya la. :P) "belajar elok-elok naa. jangan lupa kat kami. " macam tu la lebih kurang nasihat saya kepada adik-adik form1 tuu. tapi saya tak sempat pun nak salam semua sebab mak dah sampai untuk ambik bawak balek rumah. hahah. harap-harap lepas ni diorang dan faci-faci termasuk saya akan menjadi lebih baik dan mengaplikasikan apa yang dah belajar di KEBAS tu. :) seriusly, first tyme jadi faci. (^_^) dan agak best pengalaman ni. :)

semoga ukhwah yang dah terjalin antara faci dan adik-adik form1 2012 akan kekal. :)


ukhwah fillah. :D hehhe




KEBAS 2012 TERBAEK..!! :D

<3 syahirahnsmr




No comments:

Post a Comment