Monday, March 5, 2012

isnin kawan dengan khamis. :)

assalamualaikum w.b.t

hari ni isnin, 5/3/2012. kepada yang puasa sunnat, alhamdulillah. kepada yang tidak berpuasa, untuk dapat pahala jugak, tolonglah sediakan makanan untuk orang yang berpuasa. :) em, esok lusa dah nak balik rumah. excited gile. tak sabar sebab.... nak jumpak family dan nak join kem kat SMKA AL-IRSHAD (sekolah kesayangan. :D) kem tu adalah kem ibadah untuk budak-budak form 1 tahun 2012 dan dinamakan KEBAS stands for, KEm Bersama Angkatan Senior 2012. :) hahah. idea sapa ntah. insyaAllah saya hanya ditugaskan untuk menjaga checkpoint kot. kalau faci tak cukup baru diorang masukkan nama saya sebagai faci. tak kisah pun jadi faci ke tak, cuma teringin nak join ja. :) *nak jumpak kawan-kawan sekali sebenarnya. hehhe.

eh, macam keluar tajuk pulak. =.=' sebenarnya saya nak share kelebihan puasa sunat isnin dan khamis. sebelum tu, bolehla saya share kelebihan hari isnin dan khamis dulu. :) antaranya:-

hari isnin 

 1.) Nabi Idris as. naik kelangit
 2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
 3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
 4.) Lahirnya Rasulullah SAW
 5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW  

 6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
 7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin 


hari khamis


 1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir
 2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan
 3.) Bunyamin datang ke Kota Mekah
 4.) Ya'akub as datang ke Mesir
 5.) Nabi Musa masuk ke Mesir
 6.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah
tu baru kelebihan hari isnin dan khamis belum kelebihan puasa sunat isnin dan khamis lagi. :) heheh. ni baru la nak gitau kelebihan puasa sunat kedua-dua hari tuu. 

pertama:Diriwayatkan dari 'Aisyah r.a menceritakan bahawa;"Adalah Rasulullah s.a.w amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis
(Riwayat Imam Tarmizi.menurut beliau hadis ini soheh)

kedua:Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah bersabda;"Dibentangkan amalan-amalan dihadapan Allah pada hari isnin dan khamis.Maka aku menyukai dibentangkan amalanku(dihadapan Allah) pada ketika aku berpuasa"
(Riwayat Imam Tirmizi)

ketiga;Abi Qatadah menceritakan bahawa Rasulullah ditanya tentang puasa hari isnin.Baginda menjawab;"Itulah hari aku dilahirkan dan hari aku diutuskan(menjadi nabi) atau hari diturunkan wahyu kepadaku"
(H.R Imam Muslim)

kalau nak tau dengan lebih lanjut, bolehla search kat internet. semuanya di hujung jari. :) semoga kita dapat bersama-sama berpuasa sunat isnin dan khamis. kalau tak mampu dua-dua, sehari pun cukup la. takpe, pelan-pelan. lama-lama biasala, kan.?! :D "apabila kamu merasa letih membuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang, kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal." puasa tu pun salah satu kebaikan. (^_^) insyaAllah Allah akan tengok kebaikan yang kita lakukan. bersangka baiklah dengan Allah. :)

<3 syahirahnsmr

2 comments:

  1. suka baca.. :) tenang je :)

    ReplyDelete
  2. yeke..? bagusla. :) nanti boleh la baca lagi + komen ape2. tak semestinya semua post saya tenang kan.?! ;) tenkiu for your komen. i really appreciate. :D

    ReplyDelete