Saturday, March 3, 2012

dengarlah.. rintih hatiku~

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, hari ni tak terasa penat sangat. tadi pun, sampai bilik kat V2C pun lebih kurang pukul 12.45pm kot. nasib baik la ada kawan teman nak beli makanan untuk lunch. kalau tak, memang rasanya tak makan dah tengah hari tadi. (makan pun malas bila duk kat utp ni. =.=') saya beli makanan bungkus. macam biasa, lauk yang diambil pun setiap hari sama : nasi + ayam goreng + kuah gulai sikit. tula lauk yang selalunya saya beli. kadang-kadang je tambah kentang sikit. bukan apa, cuma tak minat nak makan benda lain. yela, ikan, sayur... hmm, tak terbuka hati lagi nak makan makanan yang sihat macam tu. haha. lepas makan tu, mestila basuh tangah kan. :P then, solat zuhur. lepas solat, terus bukak note physics sebab esok(AHAD) ada test 1 physics. huhuu. first tyme dalam hidup ambik test pada hari ahad. :( sambil study, sambil dengar lagu kat henset. dah berapa banyak lagu dah main... :)

tiba-tiba, daripada tengah baca tadi terhenti. letak kepala atas meja. (bukan tido ye. :P) dengan tak sengaja, air mata jernih pun jatuh.. huhuu, sebab media player henset saya mendendangkan lagu: BUATMU IBU by aeman. :) haha, sensetif jugak ea. tak tau la kenapa tetiba boleh nangis. mungkin sebab teringat kekhilafan hari tu. :'( memang lagu tu sangat sedap + sebak + sedih + seangkatan dengannya. dan rasanya memang wajar kalau saya nangis, kan.?! kalau tak nangis tu, mungkin tak berapa hayati kot. hahah. em, semoga kita dapat jadi anak yang soleh dan solehah. anak yang dapat menyejukkan mata, yang dapat menenangkan jiwa dan yang dapat menolong ibu dan ayah kita masuk ke SYURGA, bukan ke NERAKA. :)


Buatmu Ibu


Artist: Aeman
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
p/s: selalulah dengar lagu ni supaya kita sentiasa mengingati pengorbanan ibu kita. (^_^) 
<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment