Friday, March 16, 2012

sori, tak dapat jadi yang terbaik.

assalamualaikum w.b.t

seronok. petang tadi dalam pukul 5.45pm LRKK ada buat usrah lajnah. alhamdulillah 7 org pegi termasuk masulah. yang lain tak pegi, ada sebab-sebab tertentu. :) best la usrah tadi. first, baca al-quran surah at-taubah ayat 38-43 bersama maksudnya sekali. lepas baca al-quran tu, barula mula aktiviti yang masulah nak buat iaitu SENI. (teringat cikgu seni SMKA AL-IRSHAD. huhuu) kami semua buat seni tangan. haa, bukan dok main lawan tangan ka, conteng tangan ka, tapi kami buat DOMO. hehhe. domo versi LRKKians. :) sebenarnya, domo tu keychain untuk letak kat henset. nasib baik la saya ni pernah menjahit. so, hasilnya pun boleh tahan. hehehe. memang enjoy jugak tadi. first time buat benda tu. nak tengok DOMO yang kami buat.?

haa, saya punya yang hujung sekali mulut pink. :P *sejak bila minat pink pun taktau la. haha
usrah habis tyme azan maghrib. pastu, terus balik bilik. elok-elok bukak pintu bilik, nampak roommate saya tidur atas katil dia, tapi mata terbuka sikit. so, saya pun pegi la kat dia. "aku rasa aku demam la.." huh..?! :/ "try pegang tangan aku, panas tak.? " saya pun sambut tangan dia yang dihulur. em, memang rasa macam pegang cerek yang tengah mendidih. demam rupanya roommate aku ni. dalam hati, "macam mana ni.? aku bukan pro sangat bab-bab ni. tula, dulu pbsm bukannya nak dengar elok-elok tyme orang terang. haha." saya tanya dia, "aku ada minyak cap kapak, nak tak.?" dia tak mau. pastu dia suruh panggil kawan baik dia tapi bila saya pegi bilik tu, orangnya tak de. huhuu. dah pukul 7 lebih dah tyme tu. pukul 8 nak kena pegi tutor english pulak. =.=' macam mana ni.? pastu, saya pun hantar mesej kat beberapa orang kawan lagi, 3 orang kot. tanya diorang ade ubat demam tak. pastu, ada salah sorang antara diorang balas ada panadol. hmm, panadol pun panadol la. sekurang-kurangnya boleh jugak kurangkan sakit kepala daripada biar ja. saya pun bersiap-siap nak pegi tutor. sebelum pegi tutor, saya turun bilik kawan saya ambik panadol pastu naik atas bilik balik. bagi panadol dan minyak cap kapak tu kat roommate saya. risau jugak tinggal dia sorang-sorang. tapi apa nak buat, takat tu je saya boleh tolong dia tyme tu. :( lepas habis tutor english + beli roti dan air mineral, saya terus balik bilik.

bukak je pintu, nampak sorang lagi kawan tengah urut belakang roommate saya. ya, allah teruknya aku. roommate aku, orang lain yang jaga. :( rasa bersalah menyelubungi diri. terlalu bersalah. tyme tu, atas dahi roommate saya dah ada cool fever. atas meja dah ada bubur. saya tanya, "dia dah makan belum.?" kawan saya pun cakap, "makan bubur sikit." memang sikit pun, tak luak pun nampak. pastu, tanya lagi, "dah makan ubat ke belom.?" dah. lega sikit rasa bila dengar dia cakap dah. lepas kawan saya tu bagi nasihat kat roommate suruh makan, dia pun balik bilik dia. "tadi pegi klinik tak.?" "tak pun, tak larat." hmm, then ada la sembang sikit-sikit. saya pun tak mau kacau dia. dahla penat, nanti tambah penat jawab soalan saya pulak. =.='

lepas beberapa minit, dia tidur. saya pulak duduk atas katil. still rasa bersalah. roommate (bukan nama sebenar) aku mintak maaf sebab aku tak dapat jaga kau tadi. bukan aku taknak, tapi aku tak berkesempatan. bukan aku tak sudi, tapi aku tak berapa pro bab-bab macam ni. sori tak dapat jadi roommate yang baik. sori sebab aku hanya tolong carikan panadol je untuk kau. sori sebab tak dapat urut kau dan tak dapat sedia makanan untuk kau. kalau kau tak dapat jaga aku nanti tyme aku sakit, takpe. aku tak marah dan tak salahkan kau. aku terima, sebab mungkin tu balasan untuk aku sebab tak jaga kau. sori tak dapat jadi roommate yang baik.


<3 syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment