Friday, March 9, 2012

perjalanan~

assalamualaikum w.b.t

alhamdulillah, sampai jugak di rumah kawan saya, saffrina. :) mula-mula tadi, mak macam tak boleh hantar pagi-pagi kat summit sebab baru gitau kat mak kawan tak tau jalan nak pi rumah, so dia nak ambik kat summit. pastu, tetiba ja mak suruh siap. maknanya, bolehla hantar. dah siap semua, saya pun keluar dengan mak naik kereta gi summit. ingat nak tunggu kat pintu depan masuk summit tu, tapi pagi-pagi pukul 7, paham-paham je la macam mana. gelap+suram+sunyi+sepi+menakutkan. semua ada. haha. mak pulak tak berani nak tinggal anak dia yang sorang ni kat situ sorang-sorang. *kalau mak nak tinggal kat situ pun, saya akan pegi tempat lain yang lebih cerah. =.='

pastu, mak pun tinggalkan saya di depan hotel summit (cerah la tempat tu.) walaupun cerah, tapi kat luar tu tetap tak de orang. ada la sikit-sikit orang lalu lalang. saya pun salam dan keluar kereta. tunggu depan hotel tu. rasa takot still ada, so dalam hati pun mengingati Allah.(zikir). tiba-tiba ada sorang pakcik ni, takde la tua sangat, dia tegur saya. "nak pi mana awal-awal macam ni.?" heheh. hanya senyuman yang mampu dibalas. :) beberapa minit lepas tu, barula kawan saya tu datang. naik la motor dengan dia nak pegi rumah dia. huuuhh~ meremang bulu roma. lebih kurang ayah saya ja. duduk atas motor tu, dah tak boleh nak lepas tangan dari tempat belakang tu takot dibawa angin pulak. hahha. memang kalau nak mesej pun, singkat-singkat je. kalau nak mesej panjang-panjang memang berejam la jawabnya. dengan nak taip lagi, dengan nak pegang tempat belakang tu lagi. huuh.. seksa. :P

tapi last-last sampai jugak ke destinasi. japgi nak bertolak pi SMKA AL-IRSHAD pulak. kena tahan lagi la.. =.=' haha. takpe bila lagi nak merempit ngan dia, kan.?! :P em, ape-ape pun harap-harap selamat pegi dan selamat sampai. mintak-mintak la tak hujan harini dan esok supaya aktiviti kem KEBAS berjalan seperti yang dirancang. insyaAllah amin. :)

<3syahirahnsmr

No comments:

Post a Comment