Wednesday, March 14, 2012

tentang DIA~ :)

assalamualaikum w.b.t

semua orang tak sempurna. nobody is perfect. tapi kalau kita nak pilih kawan, kenalah cari yang terbaik. kalau nak cari yang sempurna memang tak jumpa la. kat dunia ni, ada macam-macam jenis orang yang kadang-kadang kita sendiri pun tak dapat tafsir macam mana. so, kalau nak pilih kawan tu, pilihlah kawan yang baik, yang apabila kita lihat wajahnya, kita ingat ALLAH, bila kita salah, dia tolong tegurkan, apabila kita sedih, dia yang mengubatkan kesedihan tu, bila kita gembira, dia pun tumpang gembira dan bila kita susah, dialah orang yang akan menolong kita jika terdaya. :)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.” 

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: 

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

lebih-lebih lagi untuk orang yang memasuki alam remaja dan memasuki universiti (kata kat diri sendiri  sebenarnya.. :P) kat universiti lebih banyak cabaran + dugaan + ujian (termasuk la test physics,chemistry n pre-calculus. haha) kalau kita pilih kawan yang baik, insyaAllah kita akan berada di landasan yang betul, tapi kalau kita tersalah pilih, paham-paham jela... ada ja orang yang nampak baik, tapi sebenarnya sebaliknya dan ada jugak orang yang nampak biasa-biasa ja, tapi hati suci + murni + tulus, macamla kawan saya yang saya kenal di UTP ni. :) tim & nai. (bukan nama sebenar. ) diorang orang kelate. saya pun tak tau macam mana boleh tersangkut dengan orang kelate. hahha, dah pertemuan tu ALLAH yang tentukan, :) diorang ni satu sekolah menengah dulu. sepanjang hidup saya, tak pernah jumpak pun lagi orang kelantan yang gila-gila macam diorang. (kalau dah duduk dengan diorang, memang boleh masuk tanjung rambutan la lepas tu. =.=') hahah. 

kalau nak tau, diorang ni memang baik. insyaAllah saya tak salah pilih diorang sebagai kawan saya. :) walaupun saya ni orang penang + diorang baru kenal saya di UTP, baik je diorang layan saya. macam dah kenal 5 tahun. oke, sekarang mai nak cerita pasal tim dulu. tim ni satu sg (smart group:ala-ala group usrah la.) dengan saya. kami kenal tyme taaruf dalam sg la. tak sangka boleh kawan baik dengan dia. pastu, saya dan tim ni satu lajnah & unit dalam RM (rakan masjid)  LRKK stands for lajnah rekreasi,kebudayaan dan kesenian, unit pulak unit luar. so, kalau ada meeting apa-apa yang melibatkan lajnah ataupun unit, memang orang first yang saya cari adalah tim. :) dia ni boleh dikatakan comel la jugak. *terpaksa mengaku. huhu. :'( harap-harap dia tak jumpak blog saya. :) dia ni, selalu jugak tolong saya. ada sekali tu, saya pegi bilik dia (dia satu bilik dengan nai. lupa gitau tadi. heheh) buat apa ntah, dah lupa. pastu, saya naik bilik balik. beberapa minit lepas tu, ada orang ketuk pintu. tengok-tengok tim. terkejut la jugak sebab first time dia jejak kat bilik saya yang nun jauh di tingkat 4. haha. dia pun hulur sebuah henset merah + hitam. saya punya la tu. yup, TERtinggal di bilik tim. tyme tu, dalam hati tetiba rasa terharu. sanggup dia dari tingkat 1 naik ke tingkat 4 semata-mata untuk bagi henset kawan dia sorang ni. huuh~ terharu~ :') boleh ja kalau dia nak bagi malam tu ke ataupun tunggu saya gi balik bilik dia. tapi dia hantar sendiri henset tu. memang baik dan AWESOME! :D 

oke, sekarang beralih kepada sorang lagi, nai. :) dia ni pun sama jugak macam tim. tak banyak beza. dia pun satu lajnah dengan saya tapi tak satu unit. sg pun tak sekali. huhu. yang boleh saya cerita kat sini, dia banyak tolong saya dalam printing service. :) yela, saya ada lappy je, printer takde. so, memang payah sikit la kalau orang macam saya ni nak pegi IRC tiap-tiap kali nak print. (malas gile.. :P) dah banyak dah dia tolong print. haritu, dia dan tim yang offer nak tolong print short stories untuk saya. TANPA SAYA SURUH /MINTA. bukannya sehelai dua, berhelai-helai. mungkin dalam 40 helai kot. hmm, memang bukan calang-calang orang. pastu, nak print graf untuk report fizik pun saya mintak tolong dia. assignment pun mintak tolong dia print jugak. huhu, banyak la. boleh dikatakan nak dekat 100 kot. *eh, banyak sangat la pulak. 80 kot. haha. :D saya nak bayar untuk short stories yang dia dah print untuk saya, tapi dia cakap, "tak payah, kalau kau nak bayar, bayar RM250." *gila betoi print lebih kurang 40 helai sampai RM250. hahah. so, mau tak mau, terpaksala saya tak bayar. tapi insyaAllah saya akan bayar jugak. macam tu la serba sedikit pasal kawan saya yang saya anggap agak baik di UTP ni. :) 

semoga persahabatan kita kekal selamanya di hati~ :) i <3 tim & nai. :D *kalau depan diorang jangan harap saya boleh cakap macam ni. :P segan kot~ heheh

Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya: 
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."  





<3 syahirahnsmr



3 comments:

  1. hahah. asyik komen yg sama je. :P btw, thanks. :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. insyaAllah. doa2kan la ye. :) terima kasih.

      Delete